CDAB 8

11.9K 381 6
                                    

KINI tiga orang lelaki itu betul-betul berada dihadapan Laila.

"Hai, Cik Adik"

"Cik adik nak pergi mana ni"

"Tergesa-gesa je nampak"

"Meh abang temankan nak?"

Tanya tiga orang lelaki itu sambil mencuba untuk memegang lengan Laila.

"Heyy, apa pegang-pegang ni!" Cemas Laila.

"Wau, garangnyaa. I like" kata salah seorang pemuda yang berparut dikening itu.

Jantung Laila bagaikan keretapi yang bergerak laju tanpa henti. Kini, dia pula yang menjadi mangsa keadaan oleh tiga orang lelaki itu.

Semakin lama, mereka bertiga makin dekat menghampiri Laila. Salah seorang daripada mereka cuba mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Zapp! Pisau yang boleh dilipat itu diajukan ke Laila.

"Hey perempuan, aku dah perati kau lama dah. Baik kau bagi apa yang aku nak!" Suara yang lantang memecah suasana.

"Kau nak apa hah? Duit? Kereta? Aku boleh bagi!" Suara Laila mula kendur dan air matanya juga sudah bertakung. Tunggu sahaja bila air matanya mahu menitis.

"Aku nak kau!"

Terbutang matanya dan akhirnya gugur juga air matanya. Takot yang teramat!

"Ya allah ya tuhanku. Kau selamatkanlah hambamu Ya allah." Berdoa sahaja yang mampu setakat ini.

Dua orang lelaki itu terus mengunci Tangan Laila sehingga dia tidak berdaya lagi untuk melawan dengan kekuatan mereka.

Air mata tidak henti mencurah ke pipi. Mereka bertiga membawa Laila ke sudut yang agak semak berhampiran di taman tasik itu. Laila cuba meminta pertolongan namun mereka lebih cepat menekup mulut Laila. Dengan suasana yang sunyi dan tiada orang, kemungkinan 'misi' mereka akan berjaya.

Laila ditolak jatuh ke tanah. Badannya betul-betul rasa lemah. Salah seorang daripada mereka mula membuka tali pingang dan dua orang lelaki lagi, cuba menahan Laila daripada bergerak.

Tangisan berganti tangisan. Dia tidak tahu lagi cara untuk menyelamatkan dirinya daripada diratah oleh mereka bertiga. Disebabkan dia begitu takut, dia hanya memejamkan mata. Dia tahu, Tuhan akan membantu hambanya yang tidak bersalah.

"Kurang ajarrr!" Laung seorang pemuda itu dari arah gelap.

Pemuda itu menumbuk ketiga-tiga lelaki itu. Habis ketiga-tiga lelaki itu dikaratenya. Seorang jatuh kedalam tasik, ada yang terhumban ke dalam semak, ada juga mukanya sudah tidak seperti muka asalnya. He he he

Sempat lagi Laila mencuri lihat siapakah pemuda yang telah menyelamatkannya.

"Lebih baik korang blah dari sini! Kalau tidak, tak teragak-agak aku hantar korang ke kubur nanti!" Tegas pemuda itu bersuara.

Dengan jalan terhinjut-hinjutnya, mereka meninggalkan dengan secepat mungkin. Namun, sempat lagi salah seorang dari mereka bertiga menjeling kepada Hairul.

"Awak, awak ada cedera apa-apa tak?" Tanya pemuda itu dengan prihatin.

Matanya mula rasa kabur. Laila tidak nampak siapa yang bercakap. Matanya membesar dan mengecil diibaratkan macam scan sesuatu.

"Awak jangan tenung saya macamtu. Tak tenteram tau saya"

Suara pemuda itu seakan familiar. Ditenungnya lagi.

Pemuda itu melambai-lambai tangannya pada muka Laila.

"Awak, awak okay ke tak ni? Ni sayalah Hairul."

"Haa? Abang bomba tu?"

"Yaa.. sayalah ni Hairul. Abang Bomba tu" saja Hairul ajuknya kembali.

Secara automatiknya, matanya sudah jelas dan nampak segala apa yang berada dihadapannya. Mungkin kabur tadi disebabkan air mata yang tidak berhenti kot.

"Err.. macam mana awak boleh ada dekat sini?" Tanya Laila dengan perasaannya yang keliru.

"Ow, tadi saya baru balik dari kerja. Alang-alang saya lalu kawasan ni tadi. Saya tarnampak kereta Axia milik awak tu. Bila saya pergi ke kereta awak. Tuan punya kereta pulak yang tak ada. Saya pon carilah awak dikawasan ni. Tak tahu pula awak hampir sahaja menjadi mangsa keadaan orang yang tak berguna tu. Nasib baik saya datang cepat."

Panjang lebar Hairul menjelaskan kepada Laila. Laila yang dari tadi menggeletar cuba bangun tetapi.. dia tidak berdaya. Kakinya rasa lemah semacam.

"Awak, jom saya hantar awak balik."

"Ehh, saya dah okay ni. Tak apalah saya boleh balik sendiri."

"Jangan nak memandai, awak tu perempuan tau tak. Sekarang ni dah pukol berapa? Awak nak kes tadi berlaku lagi? Tak nak kan? So, biar saya yang hantar awak balik. Pasal kereta awak tu, tinggal dulu kereta awat tu dekat sini. malam ni jugak saya akan uruskan. Faham?" Tanya Hairul dengan tegas.

Laila yang tiada cara lain untuk membantah, Dia cuma mengangguk sahaja selepas mendengar Hairul bersuara.

"Awak boleh bangun ke tak ni?"
Tanya Hairul apabila melihat Laila yang berusaha untuk bangun.

"Boleh, boleh" yakin Laila menjawab.

Arhhhhh!

Pada ketika itu, sempat Hairul menyambut Laila daripada tersungkur. Laila terpegang lengan Hairul. Kakinya mungkin terseliuh dek terpelecok kerana batu. Tak guna! Tapi jap..

1... 2... 3

Cepat-cepat Laila dan Hairul membetulkan posisi berdiri mereka.

Aduhaii..

dup dap dup dap

Haih, jantung ni buat rentak disco pulak aih.

Keadaan pula semakin sunyi.

"Jomlah cepat, kang tak pasal-pasal pejabat agama tangkap kita pasal kes khalwat pulak. Awak nak kahwin free ke?" Tanya Hairul sambil menjongket-jongketkan kening tebalnya itu.

" ye la, yela. Saya tengah cepat la ni. Lagipon saya pon Tak nak lah kahwin free dengan awak." Balas Laila.

"Cehh, tengoklah nanti." Lalu Hairul mula mengaturkan langkah menuju ke keretanya.

"Tengoklah nanti? Tengok apa?? Apa yang nantinya?" Desis hati Laila dan mengikuti jejak Hairul.






Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now