CDAB 19

10.9K 309 10
                                    

BUTIK ARESSA menjadi pilihan mereka bagi mencari baju pengantin untuk Laila dan Hairul. Puan Hasmah juga turut datang ke butik itu bersama mereka.

"Jom lah masuk" kata Puan Hasmah selepas keluar dari kereta milik anak tunggalnya itu.

Mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam butik itu. Seterusnya, mereka juga disambut oleh pekerja di situ dengan lemah lembut. Semua pekerja di butik itu mengenakan baju kemeja khas yang direka oleh pemilik butik itu sendiri a.k.a kawan rapat Puan Hasmah.

"So Hasmah, You all nak design yang macam mana? Ala-ala tradisional? Modern? Ala-ala korea?" Tanya puan Zaimila pemilik butik itu.

Laila dan Hairul cuma menjadi pemerhati. Bagi mereka, tidak kesah dengan segala cadangan Puan Hasmah berikan. Yang penting, semua itu settle dengan cepat.

"Ermm... kamu nak ala-ala yang macam mana?" Tanya Puan Hasmah lalu memandang kearah Laila dan Hairul.

"Simple!" Serentak mereka menjawab. Puan Zaimila ketawa kecil. Lalu, dia bangun mengaturkan langkah ke meja kecil yang terletak disebelah almari. Kemudian, dia datang kembali bersama satu buku koleksi baju pengantin yang sesuai bagi pilihan Hairul dan Laila.

"Try you alls tengok-tengok dulu. Maybe ada yang menjadi pilihan untuk kamu semua?"

Hairul mengambil koleksi itu dan tekun membelek. Laila pula, bangun dan berjalan sekeliling butik itu.
Tiba-tiba, Laila menghentikan langkahnya didepan satu gaun pengantin yang menjadi tarikannnya. Gaun itu sangat cantik dan dipenuhi dengan labuci-labuci di pinggang kanan membentuk bunga Rose. warnanya putih cream. Sedikit manik-manik hijau dilekatkan bagi menampakkan seri lagi gaun itu. Nampak Simple but nice! Laila sangat suka Gaun itu.

Pooommmmmmm!!!

"Oppocott meletup! Pong! Pongg!" melatah sakan Laila dibuatnya.

"Haa, tersenyum-senyum. Ingatkan siapa tu ha?" Tanya Hairul selepas dia mengejutkan Laila yang tidak menyedari akan kehadiran dia.

"Mana ada saya senyum-senyum. Kalau saya senyum pun. Bukan masalah awak kan?"

"Of course la jadi masalah saya. Sebab, awak buat saya sakit tau tak?" Hairul meninggikan sedikit suaranya.

"Sakit? Sakit apa?" Tanya Laila kebingungan.

"Sakit kencing manis."

"Kencing manis? Kenapa pulak?"

"Sebab senyuman awak manis sangat. Macam gula-gula kapas." Kini, Hairul pula yang senyum sambil terkebil-kebilkan matanya.

Berdesupp! Merah padam muka Laila. Omg! Laila tergelak kecil tapi masih boleh lagi cover.

"So,nak kena cakap chiaa chiaa la ni ehh??"

"Isyhh awak ni. Tak sporting langsung la."
"Apa awak buat dekat sini? Penat saya panggil awak tadi tau sebab nak tunjuk baju pengantin dekat awak. Tup tupp.. awak pulak yang hilang."

"Erm sorry. saya jalan-jalan tengok baju je."
"Ni haaa.. cantik kann" Laila menunjukkan baju gaun yang menjadi sukaannya kepada Hairul.

"Not bad" Hairul meneliti baju itu dengan teliti. Kemudian, dia mengambil baju itu dan diserahkan kepada Laila.

"Pergi test"

Dengan wajah yang berbunga-bunga. Laila segera ke fitting room. Dalam beberapa minit kemudian, Laila keluar dengan memakai baju pengantin.

Ternganga Hairul memandang bakal isterinya. Cantik gila ar! Tubuh Laila yang langsing lagi menampakkan baju itu sangat sesuai dengan Laila.

Laila melambai-lambaikan tangannya. Namun, masih tidak berlaku apa-apa. Hairul masih termenung memandangnya. Tiba-tiba Laila mendapat satu idea. Balasan akan dijatuhkan kepada Hairul!

"Terbakar.. terbakar!! Tolong! Tolonggg!!"

Tersentak Hairul. Hairul dengan menggelabahnya menjawab panggilan dengan menggunakan tangannya sendiri.

"Ya yaa..hello. hello.. siapa disana."Hairul merasa janggal dengan keadaan tersebut. Lalu, dia telah sedar bahawa dia mengelamun jauh di Laut Afrika.

Tercetus tawa Laila. Hampir terburai isi perut menahan ketawa yang dilakukan oleh Hairul.

Tiba-tiba dua orang perempuan masuk kedalam butik itu dengan berpakaian Skirt bawah lutut dan freehair.

"Hye Hairul. You buat ape kat sini?" Tanya salah seorang dari mereka."

Hairul berpaling kearah suara perempuan itu. Terkejut beruk dibuatnya. Kerna perempuan yang dihadapannya sekarang ialah perempuan yang dia mahu jauhi selama-lamanya. Disebabkan dia, papa dan mamanya hampir mahu sahaja menyambungkan kembali ikatan pertunangan mereka.

"Kau Amyra?" Tegas Hairul bertanya.

"Takkanlah you dah tak kenal I, Hairul?"
"Emm.. you buat ape kat sini?"

"Aku beli baju pengantin la kat sini. Takkan lah bukak kedai Dobi kot?" Hairul jawab acuh tak acuh.

"semenjak kita tak jadi bertunang. You dah pandai nak marah-marah I kan"
"You cakap tadi nak beli baju pengantin kan tadi. Emm you ni pon satu, I'm so sorry. I tak sedar you buat semua ni untuk kita. I tak tahu pulak you masih terima I untuk jadi isteri you. I happy sangat." Amyra datang dan cuba memegang lengan Hairul.

Pantas Hairul menepis. Laila pula, hanya menjadi cctv pada ketika itu. Dia kebingungan, 'siapa pulak yang sembang dengan Hairul tu? Lepas tu, cuba nak sentuh Hairul pulak. haihh ni tak boleh jadi. Ehh, aku Jealous ehh? Emm, ha'ahh. Memang aku jealous!!'. Bentak Laila didalam hati.

"Heyy perempuan! Kau jangan nak berangan eh! Aku nak kau simpan kata-kata aku ni, Untuk pengetahuan kau, kau langsung tak layak jadi isteri aku!"marah Hairul.

Ternganga luas mulut Amyra. Dalam beberapa saat kemudian, Amyra tersenyum sinis kepada Hairul. Puan Hasmah datang kearah mereka setelah merasa terganggu semasa dia berborak dengan Puan Zaimila.

"Ehh, kamu rupanya Amyra? Kamu buat apa dekat sini?" Tanya Puan Hasmah.

"hai, auntie." Amyra menyalam tangan mama Hairul.

"Amyra datang sini sebab teman kawan Amyra tengok-tengok baju pengantin dekat sini. Lagipon, lagi 2 bulan dia nak bersanding dah Auntie." Jawab Amyra dengan lemah lembut.

"Ooh macam tu. Emm Laila? Buat apa tercegat dekat situ? Dah cari baju pengantin yang sesuai untuk kamu dan Hairul?" Lantas Amyra memandang Laila dengan riak muka yang tak puas hati.

Laila yang sedar akan pandangan tajam yang diberikan oleh Amyra. Terus dia mengalihkan pandangannya.

Kemudian, Amyra dan kawannya memilih untuk beredar dari situ. Sempat lagi, Amyra pergi kearah Laila dan memeluk. Lalu, dia sempat membisik sesuatu ke telinga Laila.

"Dasar perempuan perampas. Aku takkan biarkan kau bahagia dengan Hairul!!"

Segera Laila menolak sedikit Amyra. Apa yang dia cakap tadi? Kenapa? Dia tu siapa?

*****

Di dalam kereta, Laila hanya menyepi. Tidak berkata apa-apa. Hairul yakin, ada sesuatu yang Laila cuba sorokkan dari dia..

"Lailaa.." panggil Hairul dengan lembut.

"Hemm."

"Awak kenapa ni? Selepas keluar je dari butik tu, awak terus senyap macam ni."

"Hairul, saya nak tanya something boleh?"

"ye, boleh. Tanyalah."

"Perempuan yang datang ke butik tu siapa ye? Siapa dia dengan awak?"

Hairul mengeluh panjang. Dia mengambil sedikit masa. Sekarang, tiba masanya, dia akan cerita tentang siapa perempuan itu sebenarnya. Lebih dikenali sebagai Amyra.








Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now