SUDAH beberapa kali memikirkan tentang permintaan arwah Makngah sebelum meninggal, Laila akhirnya bersetuju untuk menerima Hairul sebagai suami dalam hidupnya. Kalau benar Hairul itu adalah Jodoh yang telah dihantar oleh Allah sebagai suaminya.. Dia redha dengan ketentuan Allah.
*****
Laila sibuk mencari baju-baju yang sesuai untuk dipakai ke rumah Mama Hairul. Kalau tidak memang dia tak nak pergi rumah 'bakal mak mertuanya' tetapi Hairul memaksa juga dia untuk datang kerumah kerana mamanya mahu melihat juga bakal menantunya.
Dia mengambil baju kebaya berwarna hijau pucuk pisang yang diberi oleh arwah Makngahnya dari almari. shawl soft cream dililit rapi dikepalanya. Setelah berpuas hati dengan pakaiannya, dia segera mengambil handbage dan segala barang peribadi dibawa bersama.
Kini, cuma tunggu Hairul datang menjemput sahaja. Tunggu dalam beberapa minit, kereta Civic merah milik Hairul sudah berada di depan rumah Laila. Hairul keluar dari perut kereta dan......
Apa?? Masih berpakaian bomba?? Biar betul dia ni.
"Kenapa awak tengok saya macam nampak hantu je ni??"tanya Hairul dengan hairan.
"Err.. awak tak mandi lagi ke?"
"Hehee.. belom"Hairul menunjukkan jari peace✌ sambil mengenyitkan matanya.
Ya Allah. Jantung dah rasa macam nak keluar dari badan ni haa.. Dupp dapp Dupp Dapp.
"Dah dah la tu tenung saya macam tu.. buat takot saya je." Hairul membuka pintu kereta untuk Laila di sebelah pemandu. Laila tanpa bantahan cuma mengikuti sahaja tindak-tanduk Hairul. Seterusnya, mereka meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Laila.
*****
"Laila... Laila" panggil Hairul perlahan. Masih tiada apa-apa respon dari Laila. Tidur mati gamaknya.
"Awak.. Lailaaa... bangun la, kita dah sampai ni." Masih jugak menyepi.
Haih jangan sampai Hairul menggunakan cara lain sudah. Dalam beberapa minit, akhirnya Hairul mula merancang strategi!
Hairul mula mencari Audio yang sudah lama disimpan didalam telefon bimbitnya. Itupon melalui ahli dalam group yang menghantar Audio dalam aplikasi Whatsapp. Sebenarnya, Audio itu adalah bunyi siren Bomba sahaja. Hehehe..
Hairul menekan butang Play and... untuk menjadikan situasi lebih menarik, Hairul menepuk-nepuk cermin kereta supaya menjadi lebih bising.
"Tolongg!.... tolongg... Kebakarann!.. api!.. Apii!!!!" Lantang suara Hairul menjerit di telinga Laila.
Dengan kelam kabutnya Laila terjaga. Menggelabah tahap gaban. Laila berusaha membuka pintu kereta tetapi tidak dapat dibuka. Laila menarik pula tali Seat belt namun tidak dapat dibuka. Padahal itu semua rancangan Hairul. Tiba-tiba, Laila terasa dirinya tengah diperhatikan oleh seseorang. Alamak! Kenapa dia boleh terlupa pulak yang dia sekarang berada di dalam kereta Hairul. Laila memandang sebelah kepada lelaki yang sedang berdekah-dekah tawanya.
Hampir kecut perut Hairul melihat adegan yang dirancangnya sempurna. Tapi yang membuatkan tawanya meletus apabila Laila mula gelabah dan mahu menyelamatkan diri tetapi tidak berjaya.
Apabila keadaan kembali tenang. Hairul mula membuka bicara.
"Itulah akibatnya bagi orang yang tidur mati. Orang kejut berkali-kali bukannya nak bangun. Atau awak nak orang cium dulu baru nak bangun?" Hairul menjongket-jongketkan keningnya.
"Err.. mana la saya dengar!"balas Laila.
"Ehhh, dia pulak yang marah. Ke malu ni. Hahaha."
"Mana ada saya marah."
"Dah la.. Jom.. kita dah sampai rumah Mama saya. Cepat keluar. Mama dah lama tunggu kat dalam"
Laila dan Hairul pun bersama-sama keluar dari perut kereta. Ada seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 40 sudah menunggu mereka di hadapan rumah. "Mungkin wanita itu mama Hairul." Kata Laila didalam hati.
Wanita itu menyambut mereka dengan baik. Senyuman manis dilemparkan kepada Laila.
"Ni kenalkan. Mak mentua awak" hairul segera memperkenalkan Mamanya kepada Laila. Laila segera menyalam tangan mama Hairul
"Apa kamu ni. Gelojoh betul. Tak reti nak sabar. Haa, ni lagi satu. Bertuah punya anak, tak malu ke kamu ni, masih berpakaian kerja lagi?. Nampak sangat kamu tak mandi lagi ni" Puan Hasmah menampar bahu anaknya.
"Kenapa pulak ma? Betulkan apa yang Hairul cakap tadi. Lagipon, Hairul nak Laila biasakan dengan Mama."
"Alaa ma, Hairul memang nak mandi dekat sini pon." cuma senyuman Hairul dilemparkan kepada mama kesayangannya itu.
Puan Hasmah tergelak kecil apabila melihat kelakuan anak tunggalnya itu.
Wanita didepannya dipandang sayu, melihat kegembiraan yang berlaku didepan matanya. Keriangan daripada wajah seorang ibu. Sunguh! Sungguh dia rindukan arwah ibunya dan tidak lupa juga kepada Arwah makngahnya. Hairul yang perasan akan riak wajah Laila segera menukar topik perbualan bersama mamanya.
"Ma, taknak jemput kami masuk kedalam rumah ke?"
"Ow, ye ye.. lupa pula. Jomlah masuk Laila. Jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri ye." Kata Puan Hasmah.
"Aikk, ajak bakal menantu je bawak masuk rumah? Anak sendiri macam mana? Ma Lupa lagi?"
"Isyh kamu ni, jangan nak mengada-ngada sangat." Puan Hasmah mencubit lengan Hairul dan mereka bersama-sama masuk ke dalam rumah.
Pada mulanya, Laila terkejut dengan melihat rumah Mama Hairul ni. Rumah Banglo besar berdiri megah. Dengan kolam ikan yang besar ditepi rumah. Terdapat juga mini garden. Pokok-pokok bunga juga banyak ditanam. Ada juga beberapa buah kereta mewah dibawah tempat letak kereta yang berbumbung. Paling mengejutkan, siap ada lagi security guard baqhangg! kalau nak dibandingkan rumah dia dengan rumah dihadapannya sekarang, berlipat kali ganda nampaknya. Tapi pelik juga. Rumah besar, kenderaan semua mewah berlaka, mama dan papa Hairul juga kaya, tapi kenapa Hairul cuma bekerja sebagai bomba sahaja? Macam tak logik!
"Laila.. kamu duduk la dekat situ dulu. Mama nak ke dapur kejap."
pelawa Puan Hasmah.Laila cuma melemparkan senyuman kepada Mama Hairul. Laila terus duduk diatas sofa yang lembut itu dan memerhati keadaan sekeliling.
Cepat betul Puan Hasmah itu membahasakan dirinya kepada Laila sebagai mama. Setengah orang, kalau orang kaya macam ni, confirm diorang bahasakan diri mereka sebagai Datin dan Aunty. Tapi lain pula dengan Mama Hairul ni, Laila tak kahwin dengan anak dia lagi dah bahasakan diri dia sebagai mama. Lagipon, Laila tidak kisah sebenarnya, memandangkan dia dan Hairul akan berkahwin tidak lama lagi.
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
Любовные романыPengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...