CDAB 14

10.6K 348 2
                                    

SURAH Yassin bergema di rumah Laila. Mendayu terdengar di anak telinga Laila. Air mata tidak jemu mengalir di pipi putih Laila. Dia redha akan pemergian Makngahnya. Namun, sempat juga arwah makngahnya berpesan.

*flashback*

Nafas yang naik turun memaksa dia untuk melafazkan kata-kata terakhir untuk anak saudara perempuannya yang tersayang. Walaupun kesakitan yang dialaminya sekarang sangat perit baginya. Demi Laila, dia mahu melihat Laila bahagia setelah dia pergi nanti.

"Laila, terima kasih kerana sudi hidup bersama dengan makngah. Tak jemu dengan sikap makngah ni. Tapi.. kali ni, makngah nak kamu bahagia disamping orang yang kamu sayang. Makngah dah bincang dengan Abang Hakim kamu.. yang makngah nak jodohkan kamu dengan abang....." belum sempat makngah mengaturkan kata-kata yang terakhir. Makngah terlebih dahulu meninggalkan Laila buat selama-lamanya

Gugur serta-merta air mata jernih Laila kerana dia sudah ditinggalkan oleh orang yang amat dia sayangi.

*End flashback*

Satu minggu kemudian...

Di dalam kelas 1 Hekto

"Wey, hang pasaipa ambik buku aku!"

"Mana ada. Aku tak ambik ponn"

"Kau nak tau tak... ada drama baru sekarang. Cita dia Suamiku Tak Nak Balik Rumah."

"Aku dah beli jam baru.. tengoklah ni".

Suara murid-murid dikelas itu semakin kuat apabila Laila tidak mengambil apa-apa tindakan. Terlalu bising!. Riuh rendah.

Seorang murid lelaki datang menghampiri Laila.

"Cikgu, kenapa monyot ja ni? Cikgu tak sihat ke? Cikgu sakit apa?" Amir mula bersuara.

"Ehh, tak ada apalah. Amir janganlah risau ye"

Wajah gurunya dipandang. Dia tahu disebalik wajah itu dipenuhi dengan perasaan resah dan rindu yang mendalam. Mana taknya, harini Laila mengajar 15 minit sahaja, kemudianya ulang kaji selebihnya.

Loceng panjang berbunyi. Itu tandanya sudah tamat sesi persekolahan untuk hari ini.

Langkah Laila lemah menuju ke keretanya. Pintu kereta Axia dibuka dan menempatkan tubuhnya layu di tempat pemandu. Nafas dihembus perlahan. Laila mula menghidupkan enjin lalu laju meninggalkan perkarangan sekolah.

Setibanya di selekoh,Laila membelok ke kanan dan memberhentikan keretanya.

******

Batu-batu kecil dilemparkan jauh kedalam tasik. Tasik yang mengingatkan kembali sejarah silamnya sewaktu dia menjadi mangsa keadaan. Matanya dipejam rapat.

"Ehem.. kalau nak tidur pon janganlah kat sini. Orang tengok tu"

Terkejut Laila mendengar suara itu. Segera dia memusingkan badannya kebelakang. Lalu, sekujur badan berpakaian T-shirt berlengan pendek dan seluar track paras lutut. Rambutnya yang basah dengan peluh membuatkan wajahnya nampak smart. Dalam sedih pon, sempat lagi kau menggatal eh Laila!! Lelaki itu mencabut sebelah fon telinganya.

"Ha..Hai.. Hairul?"

"Ye saya ni. Kenapa?" Hairul menjongketkan kening tebalnya setelah melihat gadis didepannya seperti terkejut dengan kehadirannya.

"Ehh.. ma.. macam mana awak boleh ada dekat si.. sini?"

"Awak ingat tasik ni, awak sorang je ke boleh duduk dekat sini?"

Terukir senyum sinis Laila apabila mendengar jawapan Hairul. Laila melemparkan kembali pandangannya kearah tasik.

"Awak buat apa dekat sini?" Tanya lembut Hairul sambil menempatkan dirinya disebelah gadis itu. Wajah gadis itu dipandang sekilas. Hairul tahu, Laila mungkin datang kesini untuk mengenangkan fikiran. Sudah tentu, gadis disebelahnya sekarang sudah tiada tempat untuk dia berkongsi penderitaan dan kegembiraannya pada orang yang dia sayang. Kau kena kuat Laila!

"Saya tak buat apa-apa pon. Saya cuma nak berehat je kat sini."

"Tenangkan kat sini? Sejuk je rasanya." Cuma kata-kata itu sahaja yang terluah dibibirnya.

Hairul faham keadaan Laila sekarang. Pada saat ini, dia pula yang risau akan keadaan Laila yang mahu keseorangan. "A.ahh kat sini tenang sangat. Awak suka duduk dekat sini?"

Laila hanya mengangguk perlahan.
Dia tidak berani untuk berkata-kata lagi. Sedih yang disimpan selama ini mahu sahaja keluar sekarang juga. Air mata jernih ini yang sudah lama bertahan. Akhirnya.. jatuh berguguran dihadapan Hairul.

Hairul perasan akan riak wajah Laila yang sudah berubah. Hairul Mula menggelabah. Aku ada cakap apa-apa ke sampai dia menangis ni? Rasanya bukan. Mungkin Laila mahu mengeluarkan segala apa yang dia pendam selama ini?

"Laila... Laila..." perlahan Hairul memanggil namanya.

Laila mengangkat wajahnya dan tidak berpaling langsung ke arah Hairul. Biar sahaja lelaki itu berkata-kata.

"Laila.. awak kena kuat Laila. Awak tak boleh macam ni selalu. Saya tahu, awak yang jenis kuat semangat. Kalau awak terus begini. Awak akan hilang segala -galanya Laila. Jangan terperangkap diri sendiri. Awak kena kuat.. jangan beri alasan yang mak ngah awak sudah tiada, awak jadi macam ni. Arwah mak ngah akan merana kalau awak sedih. Walaupun awak sudah tiada siapa-siapa untuk berkongsi cerita kisah pasal awak.. awak jangan risau.. saya ada untuk mendengar segala cerita awak. Saya akan selalu ada disamping awak. Kita kan Kawan" Hairul menjongketkan berkali-kali keningnya.

Laila tergelak kecil dengan kelakuan Hairul tadi. Namun, ketawanya cuma sekejap sahaja. Laila berfikir panjang. Lelaki itu pula yang berdiam diri. Harap Laila faham apa yang dia sampaikan tadi. Risau pula, laila mengambil hati akan dia menyebut pasal Arwah makngahnya tadi.

"Hairul, saya nak tanya awak ni?"

Terkejut mendengar soalan yang tiba-tiba dari gadis dihadapannya itu.

"Awak nak tanya apa?"

"Sebelum ni, ada ke yang saya cakap yang kita ni berkawan??

Hairul mengagak-agak dengan soalan Laila. "Err.. memang la awak tak.. tak.. cakap pon yang kita ni berkawan.. tapi.. alahhh.. mana ada kalau orang nak berkawan nak kena jumpa tok kadi dulu untuk pengesahan sah sebagai kita ni berkawan. Lainlah kalau kita pergi jumpa tok kadi untuk pengesahan sah kita sebagai seorang suami isteri. Awak nak ke??" Laju Hairul mengaturkan ayatnya. Namun, jelas diwajah Laila mula kemerah-merahan. Hah.. malu la tu. Tau pon.

Serta-merta muka Laila membahang. Haihh.. ada sahaja yang nak dikatakan oleh lelaki itu. Secara tak sengaja, dia sendiri yang memasang perangkap tetapi dia sendiri yang terjunam ke dalam perangkapnya sendiri.. hahh, padanlah kau Laila.. tanya soalan yang pelik-pelik lagi.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now