CDAB 1

27.6K 613 23
                                    

LAGU Sudah Ku Tahu dari Projektor Band dimainkan dari telefon bimbitnya. Terkumat kamit mulutnya mengikut baris lirik lagu itu.

untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
air mataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu
mengapa masih lagiku
berdiriku menunggu cintamu mengapa masih adamu
menyakiti disiang malamku...

Yaa.. sebelum tu, korang mesti nak tau kan aku ni siapa? Haa, meh aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Laila Aryssa. Aku anak yatim piatu yang telah kehilangan ibu bapa. Sewaktu aku berumur 5 Tahun lagi aku dah mula hidup berdikari. Kini aku cuma hidup bersama Mak Ngah aku seorang sahaja. Dia juga kehilangan Suaminya yang meninggal akibat Kanser Otak peringkat 4. Dia juga tidak dikurniakan seorang anak pun. Senang cerita, tiada rezeki. Kami hanya hidup berdua sahaja dirumah ini.

Satu ketukan menghentikan lamunan Laila. Terbantut lagu kesayanganya itu..

"Laila.. Mak ngah nak pergi kedai kejap ni, nanti kamu tolong masakan ikan goreng tau. Mak ngah dah bersihkan dah ikan tu, cuma tunggu nak goreng je." Muncul muka mak ngah disebalik pintu bilik Laila.

Aku hanya mengangguk. Aku terus mematikan lagu ditelefon. Aku segera ke dapur untuk menjalankan tugas.

Aku mengambil 3 ekor ikan kembung, diletakkan sedikit serbuk kunyit bersama garam secukup rasa. Digaulkan. Seekor lagi untuk Momo.

Meowww! Meoww..

Kucing kesayangan yang bernama Momo itu menggesel-geselkan ke kaki aku.

"Momo.. kejap ye.. nanti kita makan sama-sama tau" kata Laila. Bau aroma ikan itu telah menusuk kehidung Momo agaknya. Itu sebab dia datang menggesel-gesel. Hehe.

Satu persatu ikan diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam kuali. Sementara menunggu ikan itu masak. Aku sempat pergi ke tingkap di ruang tamu. Kelihatan Mak Jemah sedang menyapu di laman luar rumahnya.

"Mak jemah! Alang-alang sapu la sekali depan rumah kami ni haa"

"Amboi kamu ni, ingat mak jemah ni rajin sangat ke haa?"

"Mana la tau, Ehh, Mak Jemah. Cam comel je arini? Pakai Qu Puteh eh." Terbahak-bahak Laila kerjakan Mak Jemah harini.

Mak Jemah dah masak sangat dengan Laila yang perangainya yang selalu menyakat orang. Mak Jemah terpandang di atas atap rumah Laila.

"Ehh, Laila. Kamu bakar sampah kat belakang rumah ke?"

"Ehh mana ada Mak Jemah."

"Habis tu. Cer tengok atas atap rumah kamu tu hah.. bukan main tebal asap tu."

"Asap? Asap apa.... Ya Allah!"
Jerit Laila setelah ingat akan ikan goreng yang dia masak di dapur itu.

"Mak Jemahhhh! Terbakarr!"
Laung Laila dengan kuat di dalam rumah.

Mak Jemah terkejut dengan laungan suara Laila dan terus masuk kerumah untuk dail pasukan penyelamat.

"Assalamualaikum. Balai Bomba dan Penyelamat, Balik Pulau, pulau Pinang

"Waalaikumussalam, disini ada berlaku kebakaran.. tolong cepat kesini!"

"Dimana tu Puan? Boleh kami dapatkan alamat?"

"Taman Manggis, Jalan Perdana Balik Pulau" *main hantam sajalah*

"Kami akan kesana segera,Puan"

****

Asap yang berkepul-kepul membuatkan aku mula rasa sesak nafas. Mataku mula berair. Api juga makin mula menjalar ke kain meja.

Meoww! Meoww!

Momo! Momo!.. meoww!

Laila ternampak kucing kesayangannya diatas almari. Paling mengejutkan Laila, kucingnya dikelilingi dengan api yang marak.. makin deras tangisannya.

Aku menarik leher baju lalu menutup hidungku agar aku dapat bernafas sedikit. Asap mula menerpa ke mukaku. Mataku pedih dan tidak nampak langsung apa yang berada dihadapanku. Aku mahu selamatkan Momo!

"Arghh!"

Dalam perjalanan nak menyelamatkan Momo, Laila terpijak tin lalu terhantuk bucu meja.

Cecair pekat didahi, aku sentuh. Mataku mula berpusing-pusing. Kepala aku mula berat. Dalam beberapa saat, pandanganku mula gelap dan gelappp...

****

Bomba dan penyelamat sampai di tempat kejadian. Terlihat Seorang wanita yang berusia mula menghampiri mereka.

"Agaknya makcik ni lah yang buat panggilan tadi" kata seorang ahli Bomba kepada ketua Penyelamat mereka.

"Nak.. cepat nak! Ada seorang perempuan terperangkap dalam rumah tu." Kata Mak Jemah dengan termengah-mengah.

"Baik Puan, kami akan menjalankan tugas kami dengan segera. Bersabar ya Puan" tegas ketua penyelamat itu.

"Dua orang lagi ikut saya cari mangsa di dalam dan yang lain cuba padamkan api dengan segera!" Tegas suara ketua penyelamat menyuruh ahli kumpulannya menjalankan tugas mereka masing-masing.






Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now