CDAB 32

10K 277 7
                                    

FLASHBACK

"Apa salah aku? kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa bila aku dah sayang kau.. kau buat aku macam ni.. kau tau kan aku tak nak orang yang aku sayang, tinggalkan aku. Aku dah tak ada sapa-sapa lagi.. aku cuma ada kau untuk jadi peneman hidup aku! Tergamak kau buat aku macam ni Hairul! Aku ingat kau betul-betul dapat terima aku.. tapi aku tersilap..bukan aku yang kau sayang.."meracau Laila didalam kereta sambil menghentak-hentak sterengnya. Laila menekan lagi pedal minyak dan kini dia memecut laju.

Dalam perjalanannya.. ada sebuah kereta yang mengekorinya dari tadi.. bila Laila lajukan keretanya.. kereta belakang turut membuat perkara yang sama.. sedang asyik Laila melihat nombor pendaftaran kereta di side mirror belakang. Tiba-tiba dia terdengar satu hon panjang di hadapannya. Satu cahaya kuat menyuluh pada anak matanya dan menyebabkan Laila langsung tidak dapat mengawal keretanya. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk membelok ke kanan. Kemalangan tidak dapat dielak lagi.. akhirnya, kereta Laila bertembung dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan. Kemudian, kereta Laila terhimpit diantara kereta itu dengan penghadang jalan. Kepalanya mula terasa sakit. Cecair merah mula menuruni laju dipipi. Pandangannya mula kabur.. dan gelap...

End Flashback.

"KES apa ni Fairuz?" Tanya Hairul dengan kuat kepada Fairuz didalam kereta bomba itu. Disebabkan siren berbunyi, Hairul terpaksa menguatkan percakapannya.

"Kes kemalangan. Diorang cakap teruk jugaklah.. tapi tak tahulah mangsa tu selamat ke tak." Jawab Fairuz sambil membetulkan topinya.

Tapi dalam hati Hairul kuat untuk berdoa agar isterinya selamat sahaja. Namun perasaan tidak sedap hati mula menguasai diri. Dimana kau Laila? Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal yang kau nak datang kat sini? Aku harap kau selamat sampai dan cepat-cepat jumpa aku sayang.' Kata hati Hairul.

Sudah sampai ditempat kejadian. Pihak Bomba dan Penyelamat datang tepat pada masanya. Orang ramai sudah mula berkerumun.

"Tolong beri laluan.. beri laluan" tegas Fairuz meminta orang ramai bekerjasama untuk memudahkan kerja mereka.

Hairul mengikuti Fairuz dari arah belakang. Tiba-tiba.. matanya tertarik kepada sebuah kereta Axia yang tersepit itu. Lama matanya termenung pada nombor plat kereta itu. Macam pernah nampak nombor tu... 'jangan-jangannn...'

Hairul segera bergegas menghampiri kereta Axia itu. Sungguh tidak percaya.. isterinya kini sudah menjadi mangsa dalam kemalangan itu. Habis segala urat sendinya menjadi lemah ketika itu. Mahu sahaja dia rebah disitu juga. Tapi. Dia perlu menyelamatkan Laila! Ya.. selamatkan Laila.

"Lailaa!! Lailaaa.. ni abang Laila. Bangun Laila.." panggil Hairul sambil mengerak-gerakkan tubuh isterinya. Namun, tiada apa-apa respon yang diberikan oleh Laila. Hairul mencari nadi ditangan Laila. Mujur.. nadinya masih lagi berdenyut. Cuma tidak teratur sahaja.

Dengan sedaya upaya Hairul mahu mengeluarkan Laila dari kereta. Namun tidak berjaya. Laila tersepit diantara stereng kereta dengan tempat duduknya.

Dalam kemalangan itu, cuma Laila sahaja yang tidak sedarkan diri. Mangsa dalam kereta lain itu selamat dan cuma luka ringan sahaja. Keadaan menjadi lebih sukar apabila hujan mula turun dengan lebatnya

"Kenapa ni Hairul. Kenapa hang tak keluarkan lagi mangsa ni?" Tanya Fairuz setelah siap selamatkan mangsa dalam kereta lain.

"Ni.. nii. Tak bolehh.. dia.. dia bini aku Fairuz.. tolong aku.." Hairul tidak dapat melakukan tugasnya dengan betul. Mungkin disebabkan orang yang perlu dia selamatkan itu adalah orang yang dia amat kenal. Iaitu isteri dia sendiri.

"Ya allah.. hang ni.. rileks Hairul.. kau tak boleh macam ni. Sini.. aku tolong!" Segera Fairuz menggerakkan tempat duduk Laila dengan menarik butang ditepi seat. Seterusnya barulah Laila dapat dikeluarkan dengan selamat. Hairul mengangkat kedua-dua belah tangannya dan diletakkan diatas strecher. Sebelum Laila dimasukkan kedalam Ambulans. Tiba-tiba Fairuz menegur Hairul.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now