SATU minggu kemudian....
"Baik boss. Semua akan okay kalau kami yang uruskan nanti." Kata dua orang pemuda yang berpakaian serba hitam.
"You alls pastikan apa yang I cakap tadi, semua berjalan dengan lancar! Kalau tak, satu duit pun I tak kasi dekat You." Tegas suara Perempuan itu.
"boss jangan risau. Tapi... sebelum tu... takkan lah tak ada wang pendahuluan dulu untuk kami bos?" Salah seorang itu menaikkan bulu keningnya.
Lagu Drag me down nyanyian kumpulan dari One direction menghentikan perbualan mereka.
Perempuan yang berpakaian skirt labuh bawah lutut itu segera mencari telefon bimbitnya didalam beg tangan.
"hello ma? Kenapa call Amyra ni? Ade pape ke?"
Suara disebalik talian menjawab.
"Kamu pergi mana sebenarnya ni? Dari pagi kamu keluar sampai ke malam tak balik-balik lagi. Apa nak jadi kamu ni. Takkan lah, sebab Hairul dah berkahwin kamu jadi lebih teruk macam ni?" Bebel panjang Puan Anita.Amyra menjauhkan sedikit telefonnya daripada telinga. Bingit rasanya apabila ibunya sudah berleter panjang.
"Yee yee.. japgi Amyra balik yee. Ok Bye" Amyra terus mematikan telefon bimbitnya. Dua orang pemuda itu dipandang.
"You alls kena ingat! Jangan siapa-siapa tahu tentang agenda kita kali ini. Biar pecah perut Jangan sampai pecah di mulut! Faham!!??" Tegas Amyra memberikan arahan. Risau juga kalau misinya kali ini dapat dihidu oleh orang yang dia kenali. Naya nanti..
*****
Hari ini merupakan hari pertama Hairul Dan Laila mula bekerja kembali.
Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Waktu persekolahan sudah lama tamat. Cuma Laila sahaja yang pulang lambat sedikit berbanding dengan guru yang lain. Dia mahu mengemas barang diatas mejanya sebelum pulang. Biar semua nampak Perfect gitu ya..
Kereta milik Laila laju meninggalkan kawasan sekolah. Dalam perjalanan pulang, telefon bimbit Laila berbunyi tanda ada panggilan masuk. Lantas Laila memasang earphone di telinganya supaya mudah untuk dia berinteraksi dengan si pemanggil lagipon dalam keadaan Laila yang sedang memandu. Nama Hairul tertera diskrin telefon bimbitnya. Lalu, dislide ke tepi.
"Assalamualaikum abang, kenapa call ni?"
"Waalaikumussalam. Aikk takkan tak boleh call sayang kot." Gurau Hairul disebalik talian.
"Laila tengah drive ni.. abang cakaplah apa yang abang nak cakap."
"Ow okay.. macam ni.. abang cuma nak bagitahu yang malam ni abang tak jadi nak makan kat luar. Tetiba rasa rindu pulak nak rasa air tangan sayanggg.. mm boleh tak sayang?"
Laila ketawa kecil. Mengada betul suaminya sekarang. Dah macam budak kecik. Haihh.. nasib sayanggg..
"Mm.. boleh je.. tapi Laila nak kena beli dululah barang basah.. Dalam peti ais tu pon cuma tinggal sayur je.. Laila ingat nak singgah dekat Tesco kejap.."
"Okay sayang... kalau macam tu.. sayang hati-hati tau.. jaga diri elok-elok.. okaylah.. abang sambung kerja dulu okay.. nanti abang balik."
"Okay bang. Assalamualaikum."
"Waaikumussalam.. bye love you"
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
Любовные романыPengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...