CDAB 28

8.8K 263 0
                                    

Seminggu kemudian...

"Kamu kesana elok-elok tau. Ingat, kamu ni dah ada isteri. Pasal Laila kamu janganlah risau ye. Mama ada boleh jengukkan." Kata Puan Hasmah.

"Emm baiklah ma.. Hairul jaga diri baik-baik. Lagipun Hairul pergi bekerjalah kat sana. Bukannya pergi saje-saje. Kalau yang tu lainlah ma. Hehe."

"Amboii.." lantas tangan Puan Hasmah mencubit lengan kanan Hairul.

"Aduhh.. tengok ni pa.. orang nak ke sana pun masih nak cubit-cubit lagi."

"Isyhh.. sejak bila kamu jadi manja ni. Baru kena sikit dah mengadu. Cakap Bomba?"kini En. Termizi pula yang menguji anak tunggalnya.

Selepas mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh papanya. Hairul terus buat lagak seperti kuat dan macho. Angkat tangan kanan macam ni.. 💪

Mama dan papanya hanya ketawa kecil. Tau sahaja perangai anak tunggal mereka yang bermacam-macam karenah.

Beralih pula ke seseorang yang berada disebelah En. Termizi. Wajah yang amat dia akan rindui nanti.. iaitu isterinya Laila.

Laila menghulurkan tanganya untuk menyalam suaminya sebelum Hairul berangkat. Hairul menyambut, lalu laila mencium tangannya. Apabila Laila mahu melepaskan tanganya. Makin kuat pula genggaman tangan mereka. Waktu itu, mama dan papa Hairul hanya tersenyum nakal sahaja kerana mereka tahu  perangai anak mereka akan melakukan sesuatu.

"ehh.. kenapa ni.. sakitlah" Laila mengaduh kesakitan.

"Abang nak ni..." terus Hairul memuncungkan mulutnya.

Ketika itu, berderau wajah Laila merah padam. Malu ceq oii! Sudahlah didepan mama dan papa mertuanya. Nak pula Hairul nak dia cium depan mereka? Memang nak makan saman ni. Hahah..

"Eee... tak malunya.. tak nakk lah."
Laila beralih pandangan tanpa memandang Hairul. Sengaja dia mahu melihat Hairul bertindak apa sedemikian.

"Haipp.. perintah suami haruslah Isteri turuti."

Dengar sahaja ayat kuasa veto Hairul. Tercengang Laila. Hahah.. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

"Okay. Okaylahh.. nah" dengan sepantas kilat Laila terus mencium. Tapi setakat dipipi sahaja. Tapi yang penting sekali, puan Hasmah dan En Termizi sudah tersengih-sengih macam kerang busuk disebelah.

"Bukan main sweet lagi haih.. ni Hairul bila kawan kamu nak datang ambil kamu ni? Kata pukul 5? Ni dah 5:30 dah." Kata Puan Hasmah.

"Hehe biasalah ma.. janji Melayu."

"Sayang.."

"Hem.." laila menyahut.

"Sayang jaga diri elok-elok tau. Jangan lupa abang kat sana. Nanti setiap 2 minggu abang balik sini tau.. lagipun, tak jauh sangat la. Abang boleh balik jumpa sayang. Ingat nanti jangan lupa makan, solat tau. Maaf sebab abang tak dapat nak jaga sayang selalu."

"Okay abang. Laila janji. Abang Janganlah risau sangat.. mama ngan papa kan ada.. lagipun, kalau dah dekat sana.. jangan terjatuh hati dengan orang pengkalan hulu pulak yaa.. kang tak pasal-pasal ada yang nak kena Flying Kick balik sini kang."
Bebel Laila.

Pinn.. pinn..

"Haa.. baiklah. Azzam pun dah sampai. Hairul pergi dululah ye.. bye Assalamualaikum."

"Bye sayang.." sempat lagi Hairul mengenyitkan matanya sebelum pergi..

Note:
Azzam? Haa.. kalau lupa. Cer baca balik di CDAB 4. Azzam ni merupakan kawan setugas Hairul Di Balai Bomba Balik pulau.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now