HAKIM melepaskan nafas panjang. Lagi 1 minggu sahaja lagi untuk dia berada di Malaysia. Keluhan yang dilepaskan amat berat kerana banyak lagi tugas yang perlu dipikul sebagai mahasiswa untuk melepasi kelayakan yang terbaik. Dia belajar di Dubai mengambil kursus Engineering Managment. Lagi dua tahun untuk dia menghabiskan masa untuk dia belajar di sana.
Sudah selesai solat, dia memegang telefon bimbitnya lalu membuka aplikasi Whataspp. Terdapat beberapa chat masuk. Salah satunya daripada Hairul.
Hairul: wei bro, 23 April ni, jemputlah datang rumah.
Hakim pun membalas.
Hakim: Ada apa bro?
Hairul: emm🙈
Hakim: kau dah kenape? Nak beruk pulak dengan aku.😂😂
Hairul: haha. Kau datang je lah. Nanti kau tahu arr.😏
Hakim: masalahnya.. aku tak boleh datangla. Sebab, aku dah tak ada dah nanti kat sini.
Lagi seminggu je lagi aku kt sini😧
Hairul: La serius ke wei? Kau agak-agak ar. Takkan la hari pernikahan aku kau tak ada kot???😠
Hakim: serius ar ni. Apa kau cakap tadi? Kau nak kahwin? Haha dengan sape bro?😂
Hairul: kau jugak yang suruh aku kahwin kan. Aku kahwin ar dengan Laila.
Hakim meninggalkan bluetick pada Hairul. Chat itu dilihatnya berkali-kali. 'Laila? Emm.. nak kahwin dah kau. Tapi.. kahwin dengan kawan sendiri?' Lengannya diletakkan didahi. Matanya melihat kipas yang berpusing-pusing itu. Fikirannya melayang jauh. Bermacam-macam dia fikir. Adakah dia tak sanggup melihat Laila kahwin dengan Hairul? Yang dulunya menaruh harapan yang tinggi pada Laila Dan pernah meluahkan perasaannya terhadap Laila. Atau disebabkan janjinya kepada MakNgah Laila yang akhirnya memakan diri?
"Arghhh!!! Tak guna!!"Hakim melemparkan bantalnya ke dinding. Dia memejamkan mata. Cuba untuk tenangkan diri. Dalam beberapa minit kemudian, dia kembali duduk dalam posisi baring semula. Hanya menanti untuk hari yang seterusnya.
******
Pada keesokkan harinya, hujan turun dengan lebat. Hairul pula bergegas untuk bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Kemudian, dia memuruni anak tangga dan terus ke dapur. Dia mengambil gelas kaca dan menuangkan air masak kedalamnya.
Mahu sahaja dia hendak minum, tiba-tiba gelasnya tergelincir pula. Habis berkecai gelas kaca itu. Hatinya mula merasakan tidak sedap hati. Apa yang akan terjadi dengannya nanti? Namun, dia tetap mengutip serpihan kaca itu berhati-hati dan membersihkan tempat itu dengan segera.
Dalam perjalanannya ke Balai Bomba. Hujan masih turun dengan lebat. Cermin keretanya mula kabur. Aircond yang dipasang sudah tidak kuat fungsinya. Kereta milik Hairul pula dah lama tak bawak pergi service kerana faktor tiada masa.
Dia melihat jam ditangannya. Tiba-tiba, dari arah depan cahaya terang menerusi cermin kereta.. Akibat matanya tidak dapat menahan cahaya terang itu, secara automatik tangannya memusing stereng kereta ke kanan.
Kedeeebuumm!!!!
Hairul terbabas sendiri. Dia terlanggar bucu penghadang jalan lalu dua tayar keretanya masuk kedalam longkang. Ia menyebabkan, kepala Hairul terhantuk berkali-kali pada stereng kereta. Darah yang mengalir laju di dahi dikesat. Kemudiannya, satu... dua.... tiga...
Gelaaapppp..... .... ..
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
RomancePengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...