CDAB 23

11.4K 322 5
                                    

WAJAH keriangan wanita tua yang mencecah umur 70an itu jelas sekali tampak ceria akan kedatangan mereka ke kampung itu. Dalam beberapa hari yang lepas, Laila akhirnya bersetuju akan cadangan Hairul yang mahu membawa Laila pulang ke kampung yang telah sekian lama tidak pulang.

"Ya allah cucu tok, awat tak habaq nak mai sini?" Wanita itu memeluk Hairul dengan erat. Rindu yang selama ini dipendam, akhirnya terlepas juga. Maklumlah cucu kesayanganlah katakan.

"Huihh, segak aih cucu menantu tok ni. Pandai jugak cucu tok ni pilih isteri kan." Pandangannya beralih kepada Laila yang berdiri disebelah Cucunya itu.

"Biasalah tok, Hairul ni kan terror bab-bab pilih ni." gurau Hairul.

"Haa, lagipon..  apa nama dia? Tok tak berapa nak ingat la. Apa nama... Lola? Eh Lala? Lela?

Ketawa sakan Hairul dan Laila. Tidak disangka, namanya boleh diubah sebegitu rupa. Walaupun, dia baru kenal dengan wanita tua yang berada dihadapannya, dia sudah berasa selesa dengan cara layanan yang ditunjukkan.

Seterusnya, Laila bertanyakan khabar dan menyalam wanita tua itu. Beliau lebih dikenali lagi sebagai Tok Piah. Ibu kandung kepada ayah Hairul a.k.a En.Termizi ini seorang yang peramah oleh itu dia dikenali oleh semua penduduk Pengkalan Hulu.

NOTE: (Korang jangan keliru pulak dengan panggilan tok tu yaa.. kalau dikedah,  tok tu adalah panggilan untuk perempuan. Lelaki pula sebagai tokwan.)

*****


Laila berjalan sekeliling didalam rumah papan itu. Terdapat sebuah almari lama yang diatasnya disusun kemas dengan barangan antik. Sedang asyik khusyuk melihat koleksi itu, tangan Hairul tiba-tiba sudah merangkul pinggangnya dari arah belakang. Dagunya pula diletakkan diatas bahu Laila. Laila yang sudah biasa dengan kelakuan suaminya itu, membiarkan sahaja pelukan itu.

"Buat apa tu sayang.."

"Ermm, tengah cuci baju ni haa.." selamba Laila berkata.

"Eee, sayang ni.. pandai dah ehh buat lawak.... " Hairul mencucuk pinggang isterinya. Sengaja dia berbuat demikian. Pada Laila, bahagian pinggang adalah tempat yang paling sensitif baginya, tetapi semenjak Suaminya tahu akan kelemahannya, Hairul selalu menggeletek dipinggang Laila. Kalau boleh, mahu setiap hari Hairul mahu mengusik Laila. Kini, terasa  mahu melompat sahaja dia ke luar tingkap untuk menyelamatkan diri.

"Ya allah, hampa ni.. dah macam budak kecik tok tengok." Tok Piah menggelengkan kepalanya. Bukan dia tak tahu akan perangai cucu sulungnya itu, suka sangat mengusik. Tambah lagi, Tok Piah ini pula jenis seorang yang kuat melatah.

"Ni Hairul yang punya pasal tok, dia yang duk cucuk-cucuk pinggang Laila."

"Ehh bukan la.. Laila yang ajak main lompat-lompat tok."

Masing-masing mahu membela diri.

"Daripada hampa dok bertengkaq kat sini, lebih baik hampa pi dusun arwah tokwan nuh.. pi tengok buah apa yang dah masak"

"Ow, dah musim buah ke tok?" Tanya Hairul dengan teruja.

Tok piah mengangguk. Dia tahu sahaja perangai cucu kesayangannya itu. Gemar akan buah-buahan.

"Okay, jom Laila. Tok ikut la sekali." Ajak Hairul sambil menarik tangan Laila untuk mengikutinya sekali.

*****

"Hati-hati." Jerit Hairul yang sudah berada di atas pokok. Tugasnya cuma memetik buah manggis dan menjatuhkannya kebawah. Kemudian, Laila dan Tok Piah pula mengutip buah manggis dan masukkan kedalam bakul.

Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)Where stories live. Discover now