Sempena harini Hari Ulang Tahun Author pada 23hb11.. Author hadiahkan dua bab kepada readers yang tersayang.. ahahah💕
"ALHAMDULILLAH..." kata Puan Hasmah seraya mencedok nasi kedalam pinggan suaminya.
"Tu la.. abang harap diorang tu bahagia balik lah macam dulu-dulu. Hah. Ni mana menantu dengan anak kesayangan kamu tu?" Tanya En. Tarmizi sambil membetulkan kedudukannya.
"Diorang makan kat atas la tu bang. Tadi Hairul dah bawak makanan naik atas. Ya lahh.. Laila tu mana boleh gerak banyak sangat. Dia kan baru lepas operate tu. Sudah lah.. kita punya tangga nak ke bilik bukan main tinggi lagi."bebel Puan Hasmah.
"Dah.. dahh.. kalau kamu dah start membebel.. sampai esok lusa belum tentu habis lagi... Bismillahhirohmanirrohim...." mencebek Puan Hasmah. Selepas itu, mereka sama-sama menjamu selera.
******
"Sayangg.. Aaaa" panggil Hairul sambil menyuruh Laila untuk membuka mulut.
"Tak pe.. Laila boleh suap sendiri. Tangan Laila bukannya sakit pon."
"Sekali je.. please.." rayu Hairul sambil mengebil-kebilkan matanya.
"Sekali je ehh.. Aaaa.."lalu Hairul menyuapkan nasi kedalam mulut Laila.
"Alahh.. nak sweet-ii dengan dia pon tak boleh. Nah laa.."kata Hairul sambil memberi pinggan kepada Laila. Seterusnya, Hairul bangun dan pergi menekan butang On pada televisyen.
"Alololo.. majuk pulakk.. hahah.. mengada aihh" kata Laila sambil menahan ketawa.
Hairul pula sengaja dia nak bermanja-manja dengan isterinya kali ni. Ya laa.. sudah lama, dia tidak bergurau senda dengan Laila. Itupun sebab dia kena tukar tempat kerja.
Hairul membawa remote dan mula baring diatas katil. Isteri yang berada di meja kecil sebelah katil itu dipandang sekilas. Ajet-ajet jual mahal gitu.
"Apa jeling-jeling. Cucuk kang baru tau" kata Laila sambil menayangkan garfu kepada Hairul.
"Aihh.. nak suruh abang jadi macam P.Ramle dalam cerita Ibu Mertuaku ke?? Ya laa.. Laila mana sayang abang dahh... kan"
"Aipp.. sejak bila pulak dah pandai buat ayat pasrah ni.. hahaa.. ya laa.. ya laa.. laila mana lah sanggup nak buat macam tu dekat abang. Abang lah satu-satunya harta yang Laila ada tauuu.." bicara Laila sambil mengunyah makanan.
"Ehh.. nak abang sebut chiaa chiaa ke? Hahaa.. bertuah punya isteri.. makan sambil bercakap. Apa lah sayang ni.. kang tersedak baru tahu" cetus ketawa Hairul.
Hairul menekan siaran TV2. Melihat berita-berita yang disiarkan. Tiba-tiba, Hairul tertarik kepada kes yang disampaikan oleh pemberita perempuan itu.
"Terkini. kes melaporkan bahawa seorang gadis telah diculik oleh sekumpulan penagih dadah di ladang kelapa sawit. Mangsa dikatakan tertipu di atas mempercayai kemalangan palsu yang dirancang oleh penagih dadah tersebut. Mangsa juga dibawa kesebuah rumah usang dan dirogol. Mangsa akhirnya, disyaki sudah meninggal ditempat kejadian kerana menerima hentakan dikepala yang teruk. Amat memilukan lagi, mayat mangsa dicampakkan kedalam semak samun yang berhampiran di tempat kejadian. Mangsa dipercayai daripada anak usahawan yang berjaya di Pulau Pinang. Mangsa tersebut bernama Nur Amyra Binti Mohd. Zainal"
"Abang!!. Tu.. tuu.. bukan A.. Amyra ke?" Mengigil Laila setelah mendengar berita yang disampaikan oleh pemberita itu.
"Yyaa ya... tu nama Amyra.. Masyaallah.. macam mana boleh jadi macam ni?"
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
Любовные романыPengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...