LAILA bangun seawal 5:30 pagi. Habis segala otot-otot dan sendinya diregangkan. Laila memusingkan badanya ke kiri. Aik! Mana pulak suaminya pergi. Dilihat bantal Hairul rapi disusun. Laila bingkas bangun dan melihat sekeliling. Beg Hairul juga tiada di atas kerusi. Tetapi matanya tertarik kearah almari di meja soleknya.
Laila mendekati almari itu dan membaca apa yang tertera pada sticky note yang berwarna hijau itu.
Sorry sayang.
Abang ada emergency call dari balai.
Duit abang dah bank in dalam akaun sayang.Bye take care my dear💕
Sticky note itu ditatap lama. Dia merenyuk note itu dengan satu genggaman yang kuat. Fikirannya menjadi bercelaru.. emergency call dari balai atau nak cepat-cepat berjumpa dengan perempuan tu?? Harghhh! Laila menghentak-hentakkan tangannya di meja solek itu.. Niat Laila pada malam itu, dia mahu memberitahu kepada Hairul tentang kehamilannya. Namun, perkara lain pula yang jadi dan terpaksa Laila menangguhkan tentang berita itu.
*****
Dua minggu kemudian...
"aku nak.. kau orang semua langgar dia. Kalau boleh biar dia mati dekat situ jugak! Faham!?" Tegas Amyra berkata kepada dua orang suruhannya itu.
"Okay boss. Bila harinya boss?"
"Nanti aku akan bagitahu dekat kau. Aku akan buat dia datang sini.. and lepastu aku nak kau jalankan tugas bila dia blah dari sini."
"itu jangan risau boss.. tapi kerja tak akan jalan kalau tak ada 'pendahuluan' dulu boss" senyuman sinis diberikan kepada Amyra.
Lalu, Amyra segera mengeluarkan satu sampul surat dan diberikan kepada mereka. Lantas pemuda yang bertopi hitam itu membukanya dan check samada cukup ataupun tidak wang itu.
"Asal? Tak cukup lagi.?" Tanya Amyra sambil menyilangkan tangannya.
"Okay.. cun boss.."
"And lagi satu. Aku taknak siapa-siapa tahu pasal ni." Balas Amyra lagi.
Namun, keadaan itu dapat diperhatikan oleh sesorang dari awal hingga akhir perbincangan antara Amyra dan dua orang suruhannya. Malah, sempat lagi dia merakam perbuatan itu.
"Okay done!" kata seorang lelaki yang berada disebalik banggunan itu.
******
Pada keesokan harinya.. Laila mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke tempat Hairul. Itupun disebabkan Laila mendapat satu mesej dari nombor yang sama. Kini, dia sudah tahu bahawa nombor yang selama ini menghantar mesej kepadanya ialah daripada Amyra. Sendiri. Mujur dia sempat menghafal nombor itu pada malam kejadian. Seterusnya, Laila hanya mengikut sahaja alamat yang diberikan oleh Amyra tentang pernikahan itu.
Flashback
Sedang Laila khusyuk membaca buku di perpustakaan. Tiba-tiba telefon bimbitnya vibrate. Tanda mesej masuk. Laju sahaja Laila membacanya.Unknown:
Kalau kau nak tahu.. lusa aku akan bernikah dengan HAIRUL. Jemput-jemput lah datang ye untuk memeriahkan lagi suasana okay. And lepastu kau boleh la blah awal-awal dari life Hairul. And kau pon akan tahu.. dia akan pilih aku jugak nanti. Sorry dear!
YOU ARE READING
Cinta Dari ABANG BOMBA✔ (COMPLETE)
RomancePengorbanan bagi seorang gadis yang bernama LAILA yang sanggup menunaikan permintaan terakhir Ibu Saudaranya untuk mengahwini dengan seorang Ahli Bomba. "Apa syarat dia?" "Kau kena kahwin dulu"-HAKIM "Apa?? tak nak aku.."HAIRUL RIZQI "Ehh. Tadi na...