satu

360 8 0
                                    

Arissa mengeluh di atas katil sambil melihat barang²nya yang sudah hampir siap untuk di bawa ke langkawi. Dia bangun dan terus menyeret bagnya untuk di bawa turun.

Di ruang tamu Encik Adnan, puan Maria dan adiknya Ain yang berumur 17 tahun.
Dia tersenyum kelat melihat Ibunya.

"Hey, kenapa ni?" Soal Puan Maria sambil memeluk bahu Arissa.

"Ibu, icah tak ready lagi lah nak tinggal jauh." Kata Arissa sambil di tundukkan wajahnya. Dia tahu Abah pasti marah jika dia mengucapkan kata 'tak ready' itu tetapi hakikatnya memang itu lh yang di rasanya.

"Berapa kali abah nak pesan jangan sebut kata tak ready tu! Abah tak kira. Icah ready ke tak, abah tetap kena hantar Icah jauh." Marah Encik Adnan lalu segera mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin. Puan Maria pula hanya bersetuju dengan sang suami.

Arissa memuncung. "Alah kak,betul lah apa yang abah cakap tu. Pemalu kau tu dah level teruk tau. Sampai nak keluar rumah pon kau tak nak. Sampai bila nak jadi macam ni?" Giliran Ain pula menyambung bebelan Arissa. Terimbas pula peristiwa sewaktu dia di bangku sekolah. Dia tak mempunyai ramai kawan. Kawannya hanya seorang saja dari darjah 1 hingga tingkatan 4. Sewaktu dia handak melangkah ke tingkatan 5, sahabatnya itu berpindah ke London. Sejak itu sifat pemalu dan pendiamnya semakin teruk hingga dia tidak mahu hadir ke sekolah. Bermacam cara yang di lakukannya. Berpura-pura demam, pura-pura sakit. Perubahannya itu membimbangkan Encik Adnan dan Isteri. Sehingga dia terpaksa mengupah guru untuk mengajar di rumah. Hanya waktu peperiksaan SPM saja dia hadir ke sekolah.

"Woi kak. Kau termenung apa tu." Ain memetik jarinya beberapa kali di hadapan Arissa. Arissa terjaga dari lamunan. Dia memandang Ain lama.

"Ish kau ni dah kenapa Kak? Cepat lh." Ain menarik tangan Arissa lalu di bawa masuk ke dalam kereta. Setelah semuanya selesai, destinasi perjalanan dimulakan.

"Akak, bangun kak." Ain mengejut Arissa yang tersandar di puntu kereta sambil tertidur.

"Dah sampai ke?" Soalnya sambil memandang sekeliling.

"Kita baru sampai KLIA. Kau ni excited sangat lah pulak. Dah jom angkat barang² kau yang berat gila tu, tak larat aku ngan Ibu nak angkat." Kata Ain sambil menepuk bahu Arissa. Di usap bahunya beberapa kali. Berbisa juga tangan si Ain ni.

Arissa keluar dari perut kereta dan melangkah ke arah bonet. Di capai bag-bagnya yang berat 100kg itu.

"Icah, nape berat sangat bag Icah ni. Aduh sakit pinggang ibu." Adu Puan Maria sambil memegang pinggangnya.

"Ya Allah Maria, kenapa awak angkat barang berat ni. Tak payah Angkat. Awak angkat baju awak je." Kata Encik Adnan simpati.

"Tu lah Akak ni. Entah² dia bawa batu dalam ni." Rungut Ain. Arissa memandang tajam adiknya itu. Lalu di cubit lengan adiknya. "Banyak lah kau punya batu." Katanya geram.

"Ish, sakit lh. Abah tengok Akak." Adu Ain kepada Encik Adnan yang hanya menggelengkan kepalanya. Arissa mengajuk kata-kata Ain sambil tertawa besar.

Encik Adnan menutup bonet kereta. Lalu kunci keretanya di berikan kepada orang bertugas untuk menyimpan keretanya di tempat parking yang di sediakkan.

Turun saja dari kapal terbang mereka segara ke ruangan untuk mengambil bag. Ain adalah orang paling gembira kerana merasakan itu adalah percutian. Bukan selalu dapat bercuti dengan keluarga. Abah terlalu sibuk dengan pesakitnya di hospital. Kalau kerja doktor memang susah untuk mendapat cuti. Ibunya pula seorang suri rumah yang hebat dan taat pada suami.

"Alang-alang ke sini. Kita bercuti sekali ye Abah?" Pinta Ain memeluk Abahnya. Encik Adnan hanya mengangguk senyum. Arissa memandang Ain yang sedang bermanja dengan abah sambil menjeling. Ain adalah orang yang paling akrab dengan Abah. Oleh itu, tak hairanlah Ain mewarisi kecerdikan Abahnya. Ain seorang pelajar terbaik sekolah. Dia pintar dalam semua subjek terutama pada bio,kimia dan fizik. Arissa pula hanya mengambil kos lukisan seni bina ,kimia dan Fizik di sekolah. Dia dan adiknya terlampau jauh taraf kecerdikannya. Tetapi Encik Adnan tidak pernah membandingkan mereka.

Di dalam teksi, Arissa banyak berdiam. Dia lebih gemar memandang pemandangan di luar tingkap berbanding berborak dengan adiknya. Ain tidak berhenti bercakap sejak turun dari lapangan terbang tadi. Fuh, pening betul kepala melayannya yang terlalu teruja.

Sampai di sebuah apartmen yang tinggi, mereka melangkah masuk. Abahnya kata dia mempunyai sepupu yang tinggal di situ. Mereka hanya pernah berjump pada waktu kecil.

"Assalammualaikum.." Encik Adnan memberi salam. Beberapa saat kemudian salamnya di sambut oleh seorang lelaki berkopiah dan berjubah putih.

Encik Adnan dan lelaki itu berpelukan dan bersalaman. Manakala dia hanya tersenyum memandang aku, ibu dan Ain. Dia menjemput kami masuk. Kelihatan isterinya sedang menyuap anak kecilnya yang sedang makan. Ain yang pantang melihat baby segera mendekati bayi itu lalu memicit pipinya yang tembab. Arissa pula hanya menyendeng di sisi ibunya.

Ya, penyakit pemalunya mula menghantui dirinya. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang mereka di situ.

Pernah sekali Encik Adnan mengarahkan dia untuk ke dapur mengambil barang sebentar tetapi Arissa menolah dengan keras. Dia tidak mahu berganjak.

Mereka tidur di rumah itu untuk jangka masa satu malam dan esok adalah hari pendaftaran masuk ke kolej Arissa.

Matahari yang dirasakan baru saja terbenam sudah terbit semula. Arissa mencucimatanya beberapa kali setelah bangun dari tidur. Kelihatan tilam dibsebelahnya kosong menandakan Ain bangun lebih awal dari padanya. Dia atas katil juga kosong. Ibu dan abahnya juga bangun lebih awal darinya.

"Akak, kenapa tak siap lagi? Kitakan nak pergi kolej kakak." Ain bersuara di balik pintu lalu mendekati Arissa. Di tarik badan kakaknya itu untuk bangun. Arissa hanya menurut. Dan menghilangkan diri ke dalam bilik mandi.

Ain mengemas tempat tidur kakaknya. Dah tidur rumah orang mestilah kena pandai mengemas. Nanti apa pula kata orang.

Di hadapan sebuah bangunan yang besar Arissa dan Ain berdiri. "Wah, akak. Lawanya kolej ni." Kata Ain terlompat² seperti anak kecil walaupun usianya sudah 17 tahun.Arissa hanya diam membisu.

"Icah, adik.. jom masuk." Panggil Encik Adnan yang baru turun dari kereta. Mekera dua beradik mengikut langkah ibu dan abahnya masuk ke dalam kawasan dalam banggunan. Arissa memeluk failnya yang berisi sijil²nya dan juga slip peperiksaan.

Dia dalam dewan tersebut terdapat ramai manusia yang sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Ada yang menunggu giliran sambil membaca buku, ada juga yang bermain dengan talifon pintar untuk menghilangkan bosan.

Arissa melihat nombor di tangannya. 75. Dia orang ke-75. Ini bermaksut terdapat lebih dari 75 orang yang mengambil kos architecture sepertinya. Ramainya. Arissa semakin risau. Takut untuk menghadapi orang ramai.

"Puteri Nur Arissa." Tiba-tiba saja namanya di sebut. Arissa segera berdiri. Tangannya sudah sejuk membeluk. Dia berjalan lalu melabuhkan punggung di hadapan meja yang di sediakan menghadap ke arah orang yang hendak menemu ramahnya.

"Awak Puteri Nur Arissa?" Soal wanita lingkungan 40-an itu untu menantikan. Arissa mengangguk perlahan.

"Boleh saya tengok result SPM awak?" Pinta wanita itu. Arissa mengangguk lalu mengeluarkan slip peperiksaannya.

Di lihat dengan teliti slip itu. Kemudian di serahkan semula kepada Arissa. "Result awak melayakkan awak untuk mengambil kos ini. ambil borang ni isikan kemudian hantar semula pada saya." Kata wanita itu tersenyum manis.

"Terima kasih." Itu saja yang keluar dari bibir nipis Arissa. Di sambut borang yang di serahkan kemudian beredar mendekati keluarganya.

"Macam mana?" Soal Encik Adnan tidak dapat mengagak dari riak wajah Arissa yang tiada perasaan. Arissa hanya mengangguk. Itu telah melebarkan senyuman Encik adnan Dan Puan Mariam.

Tangan Arissa menggigil memegang batang pen. Ain dapat membaca perasaan gemuruh anaknya pada waktu itu. Dia kemudian merampas pen dafi tangan kakaknya. "Tak apa, akak nervous kan? Biar Ain yang tulis." Kata Ain.

﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏

Ini cerita ke-3 saya selepas maid dan the power of love.

Mungkin cerita ini lebih lain dari cerita saya yang sebelum ni.

Yeah, hope you guys enjoy and don't forget to vote and comment. ♥

Be My First LoveWhere stories live. Discover now