Tiga belas

121 7 0
                                    

Sampai saja di hadapan pintu pagar rumah teres dua tingkat Farhan terus memberhentikan keretanya.

Arissa terus membuka pintu kereta dan beredar tanpa sepatah kata.

"Welcome.. " kata Farhan sendiri seperti memerli Arissa walaupun sudah tentu tidak di dengarnya.

Dia melihat wajah bersahaja Arissa membuka dan mengunci semula pintu pagar di rumahnya tanpa sedikitpun memandang ke arah Farhan.

Fuh.. Dah pandai tunjuk taring dh dia ni.

Keretanya terus memecut laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Setelah kereta Farhan tidak kelihatan Arissa tergelak kecil.  "Mesti dia bengang gila tengok aku tadi.. Hahaha..  Padan muka" Arissa menjuirkan lidahnya ke pada Farhan walaupun sudah lama lelaki itu beredar.

"Apa kak Icah ni cakap sorang-sorang? " soal Ain yang sejak bila tah ada di meja yang bersebelahan air pancut mini rumahnya.

"Sejak bila Ain ada dekat situ? " soalnya penuh curiga.

"Ain dah lama ada dekat sini kak. Sejak akak masuk dengan muka macam baru kene rendam dengan cuka lagi. " kata Ain memerli sambil tertawa kecil.

"Apa Ain ni perli Akak!" Arissa terus berjalan mendekati Ain lalu melabuhkan punggung di sisi adiknya itu.

Kelihatan beberapa buah buku Fixi dia atas meja tersebut.  Lah mati-mati aku ingat dia tengah belajar. Baca novel rupanya.

"Baru beli ke semua novel ni? " soalnya sambil membelek sebuah novel berwarna hijau bertajuk mereka. Penulis Ariff Adly.

"Tadi lepas balik sekolah saja singgah kejap kedai buku." kata Ain lalu menyambung membaca buku.

Ain kemudian memandang ke arah Arissa semula dengan wajah yang nakal.

"Apa Ain ni pandang akak macam tu?" soal Arissa pelik dengan Adiknya.

"Tadi yang Hantar kakak balik tu siapa?  Ferrari tu. Kaya woo. " kata Ain penuh teruja.

"Ain nampak ke?  Tu kawan akak lah."

"Iya ke kawan? " Ain masih dengan wajah nakalnya.

"Ish kawan lah. Habis tu kalau bukan kawan siapa?" marah Arissa.
"Eleh.. Boyfriend akak kan. Alah malu-malu pulak. " sakat Arissa sambil tergelak besar.

"Ish mana ada! "

Ain terus berlari masuk ke dalam rumah sambil menjerit "kakak Icah ada boyfriend. " berulang kali hingga tidak kedengaran.

"Ainnn!! " marah Arissa. Sempat lagi budak ni mengenakan aku!

Arissa terus berlari masuk dan menuju ke dapur.  Haus lah pula.

"Dah balik iya anak Ibu ni." muncul suara ibu saat Arissa baru sahaja hendak membuka peti sejuk.

Oh damn! turn ibu pulak nak sakat aku.

"Hehe.. " Arissa hanya tersengih sambil duduk di atas kerusi dengan sebotol Air putih.  Cawan yang tersedia di atas meja di capai.

"Ibu.. Akak ada boyfriend. " muncul pula Ain dari tangga. Shit you Ain!

"Tahu.. " kata ibu tersenyum sambil mengelap beberapa buah pinggan yang baru sahaja dia cuci.

"Ibu tahu?" soal Ain dengan riak wajah yang terkejut.

"Tahu lah. Pagi tadi ibu jumpa dia." kata ibu mengusik.

Arissa sudah menebal muka. Rasa macam nak sorok je muka ni dalam baju.

Be My First LoveWhere stories live. Discover now