Pelajar di arahkan berkumpul di dewan setelah selesai saja mengadakan aktiviti senaman aerobik. Manakala pelajar senior yang lain di arah menjalankan aktiviti pembelajaran seperti biasa.
"Wey, mana depa ni? Lama dah kita tunggu." Rungut Sara yang sudah tidak selesa duduk di atas kerusi menunggu pemberi ceramah yang belum bersedia.
"Sabar lh Sara. Nanti start lah tu." Arissa cuba memujuk.
Beberapa minit kemudian seminar di mulakan. Para pelajar secara automatik menumpukan perhatian.
Setelah 2jam mereka di dalam bilik seminar akhirnya semua bersurai. Orang ramai berpusu-pusu keluar dari pintu hadapan bilik kelas.
Arissa dan Sara merupakan orang yang terakhir keluar. "Hang ni Risah, cepat lh. Jenuh aku tunggu hang kemas semua barang hang ni." Bebel Sara yang geram.dengan sikap Arissa yang perlahan.
"Sabaq lah." Sindir Arissa dengan mengejek cara percakapan Sara. Sara memuncungkan bibirnya. Arissa tertawa kecil.
Merka berjalan keluar dari bilik kuliah bersama-sama.
"Sara, awak pergi lah masuk bilik dulu. Ni kunci." Arissa menyerahkan kunci bilik ke pada Sara.
"Lah, hang nak pi mana?" Soal Sara.
"Saya nak ke library. nak cari buku." Jawab Arissa dengan senyuman yang manis. Sara hanya mengangguk.
Suasana di perpustakaan yang sunyi membuat Arissa berasa lebih tenang. Dia lebih gemar situasi itu. Mahu belajar pun senang hendak masuk ke dalam kotak fikirannya.
Dia melangkah ke arah rak yang tersusun dengan banyak buku. Di selak satu persatu buku untuk di jadikan pilihan.
Buku coklat gelap yang bertajuk 'the art of architecture' setebal setengah jengkal itu menarik minatnya. Di tarik buku tersebut keluar dari rak menyebabkan ruang kosong pada rak dan membolehkan dia ternampak seseorang yang sedang memilih buku pada rak sebelah.
Lelaki yang menyedari situasi itu turut terpandang ke arah Arissa yang terpinga-pinga.
'Macam kenal' bisik hatinya.
"Arissa?" Soal lelaki itu pada Arissa.
'Eh, dia kenal aku ke?'
"Tak payah nak buat muka terkejut tu lh. I Alif. Yang gaduh dengan Paan tempoh hari. Tak kan you tak ingat. Sempitnya ruang memori you." Kata Alif cuba beramah tetapi Agak kasar bahasanya.
Arissa terus beredar meninggalkan lelaki itu. Dia langsung tidak berminat untuk berkenalan dengan lelaki itu. Arissa memilih tempat duduk yang berada betul-betul di tepi tingkap untuk memudahkannya memandang suasana luar kawasan banggunan untuk menenangkan fikiran.
"Kenapa lari?" Soal Alif yang dari tadi mengekori Arissa.
"Awak nak apa dari saya?" Soal Arissa yang mula rimas.
"I nak berkawan dengan you." ujar Alif.
"Saya tak selesa dengan awak. Maaf." Balas Arissa tidak berminat.
"Wow.. you know what? you perempuan pertama yang tolak untuk jadi kawan I. Hey, satu kolej ni semua berebut nak jadi kawan dengan I tau." Alif terasa Agak tercabar dengan kata-kata Arissa. Dia di gilai oleh ramai gadis. Memang mustahil Arissa langsung tiada rasa minat terhadapnya.
"Maafkan saya. Boleh tak saya nak baca buku dulu. Kalau awak nak apa² kejap lagi je boleh?" Pinta Arissa. Memang pantang tok neneknya apabila dia sedang ada mood hendak belajar di ganggu pula oleh orang lain.
"Owh.. okay sorry. Kalau macam tu I tunggu you dekat cafe bawah lepas you habis study okay." Cadang Alif.
Arissa hanya membisu. Dia tidak berani berjanji apa-apa.
YOU ARE READING
Be My First Love
RomancePuteri Nur Arissa- seorang yang over think, rajin belajar, seorang yang kretif dalam meluahkan idea tetapi mempunyai sifat pemalu yang terlampau dalam diri. Kerana sifat pemalunya telahmembuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. . . . . . Farhan Fak...