Tiga

224 7 0
                                    

Selepas selesai solat maghrib adalah waktu lapang untuk para pelajar di kolej itu. Pada waktu begini Farhan lebih gemar duduk melepak di kawasan lapang yang berdekatan dengan asrama sambil melihat pelajar² lain bermain roller blade atau basikal yang telah di sewa.

"Yo Paan." Sapa Arel dari belakang sambil menepuk bahu Farhan yang sedang termenung.

"Haa.. baru nampak batang hidung." Sindir Farhan dengan rakan sebiliknya itu.

"Aku macam biasa lh.. date dengan awek." Kata Arel sambil duduk bersila di sisi Farhan.

Farhan hanya tersenyum. Faham dengan perangai sahabatnya itu yang playboy. Kalau boleh perempuan satu kolej tu dia nak cantas. Tak kisah lh awek orang ke tak apa dia kisah.

"Tadi kau gaduh lagi kan dengan si bangau tu?" Soal Arel dengan menggelarkan Alif si bangau. Kerana sawaktu di zaman sekolah dahulu Alif mempunyai badan yang kurus dan tinggi serupa bangau, oleh itu dia di gelar bangau.

"Haah. Macam biasa lah dia tu. Ada je benda dia tak puas hati dengan aku." Hati Farhan kembali panas apabila teringat kembali tentang anak sahabat baik ayahnya itu. Mereka semamangnya tak pernah rapat dari kali pertama lagi mereka berjumpa walaupun telah lama kenal.

"Apa pulak dia buat kali ni?" Itu lah soalan yang dia Sering tanya Arel apabila Alif dan Farhan bergaduh.

"Dia ajak aku lawan futsal. Tu aku okay lagi lh. Lepastu boleh pulak dia ungkit time aku kalah main futsal dengan dia. menaikkan angin aku betul. Memang kena sebijik lh jawabnya." Cerita Farhan yang geram sambil menumbuk tapak tangannya sendiri. Arel melepaskan gelaknya yang besar.

"Lepastu kau mesti kena dua bijik pulak kan?" Soal Arel dengan sisa gelaknya yang masih tidak reda.

"Ni kau tengok bibir aku ni. Dah berapa kali pecah sebab tangan mamat tu. Nasib baik tadi dapat aku layangkan penumbuk aku ni kat hidung dia. Puas Hati jugak lah." Sambung Farhan membuat Arel bertambah geli hati.

"Bagus tindakkan kau. Aku pun dah lama geram dengan mamat tu. Kalau boleh biar patah terus batang hidung dia." Kata Arel dengan tawa yang besar.

Farhanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Matanya kemudian tertumpu semua ke arah kawasan lapang yang di penuhi orang ramai.

Matanya tertangkap susuk tubuh seorang gadis bertudung hitam sedang berjalan sambil tertunduk. Farhan terus menumpukan perhatian ke gadis itu. Memang tak salah itu lah gadis yang turut bersamanya sewaktu di bilik pengetua tadi.

"Kau pandang apa, khusyuk semacam je?" Soal Arel yang pelik melihat tingkah-laku Farhan yang tiba-tiba mendiamkan diri.

"Tu. Kau nampak awek yang pakai tudung hitam tu?" Farhan menudingkan jari telunjuknya ke arah Arissa.

"Agak lh. Banyak kot awek tudung hitam dekat sini." Rungut Arel tidak puas hati.

"Ish.. yang pakai spek mata tu lh." Farhan masih menunjuk ke arah Arissa.

"Lah.. kenapa dengan awek tu?" Soal Arel tak mengerti setelah dapat menangkap gerangan yang di maksudkan Farhan.

"tadi masa aku dengan si Alif setan tu kena panggil dengan pengetua, dia ada sebelah aku." Farhan mula membuka ceritanya.

"Hah? Dia pun kena panggil? Peggh muka je baik. Dia pun join korang gaduh ke apa?" Arel membuat tekaan yang agak 'noob' tetapi logik.

"Kepala hotak kau dia join gaduh. Dia tu kelaka tau tahu. Puan Fatimah tanya dia kenapa dia boleh ada dekat situ, salah apa yang dia buat. Then dia sendiri tak tahu apa salah dia dan kenapa dia kena ada dekat situ. Nak berdekah ketawa aku dekat situ. Nasib baik pandai cover." Cerita Farhan panjang lebar. Arel sudah terguling bersama gelak besarnya.

Be My First LoveWhere stories live. Discover now