Setelah selesai menghantar Arissa pulang ke hostelnya, farhan singgah sebentar di kawasan lapang kolej itu. Seperti biasa dia melihat gelagat pelajar² kolej yang sedang menghilangkan tekanan belajar dengan cara bermain basikal, bola keranjang dan banyak lagi.
"Petang baru balik bro? Pergi mana?" Soal Arel yang memang selalu saja muncul dengan mengejut.
Farhan menarik muka geram. Hampir tersedak air liur di buatnya. "Awek mana pulak kau date hari ni?" Soalnya dengan senyuman sinis. Memang jadi kebiasaan Arel setiap minggu akan bertukar pasangan. Matlamat bercinta dia adalah 'tidak lebih dari semingggu.' Farhan sendiri tidak faham, mengapa harus seminggu? Kenapa tak sebulan? Baru puas. Mungkin ada kisah di sebaliknya.
"Ceh soalan kau. Aku keluar dengan Fasya. Apahal?" Sengaja Arel membohong untuk melihat apa riaksi Farhan apabila mendapat tahu dia memainkan perasaan sepupu rakannya itu sendiri.
"Kau nampak tak tapak kasut aku ni? Pernah rasa tak kasut masak lemak cili api?" Farhan menarik tapak kasutnya ke arah Aril yang tertawa besar.
"Haha.. lex ar. Aku tak kacau sepupu kesayangan kau tu. Tadi aku keluar dengan Tina." Akhirnya Aril menjawab soalan dengan jujur. Lalu meneguk air mineral yang di bawanya sekali sewaktu hendak ke situ.
"Tina? Tina anak Tan sri Rasyid tu?" Farhan memaparkan riak wajahnya yang terkejut.
Arel mengangguk selamba, seperti itu bukan suatu hal yang besar baginya.
"Barani kau? Tina tu serious talk aku kata dekat kau, jangan main². Dia sanggup buat apa saja untuk apa yang dia nak. Termasuk dapatkan kau."
Arel membulatkan matanya memandang ke arah Farhan. Serius ke apa yang di kata lelaki itu?
Beberapa saat kemudian Farhan melepaskan ketawa besarnya hingga terbaring kebelakang. "Hahaha.. Arel.. Arel.. kau patut tengok muka cuak kau tu." Katanya dengan sisa tawa.
"Bodo lah kau!" Arel menyepak kaki Farhan geram apabila di permain kan.
Suasana menjadi sunyi seketika apabila tawa Farhan hilang. Arel menoleh wajah memandang Farhan yang sedang baring sambil tersenyum.
"Engkau apasal happy semacam je hari ni?" Soalnya apabila dapat menyedari perlakuan Farhan yang aneh.
Farhan membalas pandangan Arel dengan mengangkat kedua belah keningnya. Sengaja membiarkan rakannya itu tertanya-tanya. Padan muka kau.
Dia kemudian menyambung lamunannya mengimbas kembali ketika di panggung wayang tadi.
"Awak, jom balik." Arissa menarik-narik lengan baju Farhan dengan wajah yang ketakutan.
"Balik apanya, cerita pon belum start lagi." Kata Farhan tanpa mengendahkan rayuan Arissa.
"Jujur saya nak kata dekat awak, saya ni penakut. Saya tak boleh tengok cerita Hantu. Malam nanti saya mengigau. Betul saya tak tipu." Rayu Arissa lagi tidak berputus asa.
Farhan hanya tersenyum sinis. Tak percaya langsung dengan kata² Arissa.
Akhirnya Arissa akur dan bersandar di atas kerusinya. Kedua belah kakinya di angkat naik ke atas kerusi yang di duduknya lalu di peluk untuk menutup wajahnya.
"Agghhhhhh!!!" Jerit Arissa berkali² setiap kali part hantu muncul pada layar skrin. Hampir pecah gegendang telinga Farhan mendengar jeritan gadis itu.
Farhan mengeluh. Langsung tiada feel hendak menonton cerita seram di hadapannya akibat gangguan dari gadis di sebelahnya.menyesal pula mengenakan gadis itu dengan cara ini.
Farhan memandang kelilingnya. Orang ramai hanya menarik muka geram memandang Arissa yang tidak henti menjerit.
Dia lalu bembuka jeketnya lalu menyelimuti seluruh tubuh Arissa yang sedang menutup wajah dengan kedua lututnya.
YOU ARE READING
Be My First Love
RomancePuteri Nur Arissa- seorang yang over think, rajin belajar, seorang yang kretif dalam meluahkan idea tetapi mempunyai sifat pemalu yang terlampau dalam diri. Kerana sifat pemalunya telahmembuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. . . . . . Farhan Fak...