"Uncle dengan Paan sudah kenal lama woo.. dari dia lahir lagi." cerita Uncle Lee sambil menghulurkan semangkuk bubur ke arah Arissa yang sedang duduk di meja makan sambil tidak lepas memandang sekeliling. Tak sanga kedai yang kelihatan buruk dan usang itu sebenarnya mempunyai kediaman yang cantik di dalamnya.
"uncle Lee tinggal seorang je ke?" soal Arissa apabila tidak kelihatan sesiapa selain mereka bertiga.
"Uncle Lee ada sorang cucu." kata Farhan menggantikan Uncle Lee.
"ohh.. ." Arissa mengangguk faham.
"dulu saya ada seorang anak lelaki dan juga seorang cucu perempuan sama baya dengan Farhan." kata Uncle Lee hendak memuka kan cerita.
Arissa diam. Matanya terus focus pada Uncle Lee berminat dengan cerita lelaki itu.
"anak saya dan juga menantu saya mati semasa kebakaran. Cucu saya saja yang dapat di selamatkan." sambung Uncle Lee lagi.
"mana cucu Uncle tu?" soal Arissa.
"cucu uncle berkerja dengan papa Farhan."
Mata Arissa kemudia beralih memandang Farhan. "Bukan Uncle kata dia sama baya dengan Paan ke?" soal Arissa tidak faham.
Uncle Lee tertawa kecil. "Mei Ling tu budak genius, umur 16 tahun dia dah masuk universiti." Sekali lagi Farhan menyampuk.
"Mei Ling?" soal Arissa lagi.
"Blur lah kau ni. Mei Ling tu cucu Uncle lah."
Arissa menjeling ke arah Farhan. Mahu saja di ketuk-ketuk kepala lelaki itu. macam dah tak reti nak cakap elok-elok.
"paan.. cakap elok-elok lah dengan perempuan." tegur Uncle Lee.
"entah, dia ni memang. Macam tak ada perasaan dengan perempuan. Dia selalu marah Saya." adu Arissa.
"paan..Paan.. tak baik tau buat perempuan mcam tu. Tuhan cipta perempuan untuk di jaga buka di marah." kata Uncle Lee menggeleng.
Arissa tertawa mengejek ke arah Farhan. haa padan muka kau.
"Umm.. Uncle.. Arissa nak tengok buku-buku yang ada kat depan tu boleh x?" soal Arissa meminta izin.
"mesti lah boleh.. nanti lepas makan pergi lah." kata Uncle Lee kemudian menuju ke arah Farhan yang sedang bersandar di dinding.
"farhan.. Uncle nak naik sekejap. kamu dua orang duduk dulu la ye." katanya lalu meninggalkan Farhan dan Arissa di dapur kedainya.
"mengada kau depam Uncle Lee kan." marah Farhan menunjal kepala Arissa apabila bayang Uncle lee hilang dari pandangannya.
Arissa mencebik sambil mengusap kepalanya yang di tunjal. "tercekik lah orang nak makan!" marah Arissa.
"biar tercekik. Padan muka kau." katanya terus mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu. mangkuk yang berada di raknya di capai lalu menyendukkan bubur yang di buat Uncle Lee kedalam mangkuknya.
"tahu lapar rupanya awak ni. Ingat tahu nak marah je." perli Arissa lalu menyuapkan bubur kedalam mulutnya dengan bersahaja.
"banyak cakap kau ey. Jangan sampai balik jalan kaki nanti." Farhan menjeling.
Arissa membelek satu persatu buku yang berada di rak tersebut. kebanyakan buku di situ adalah buku lama. Dan lebih kepada buku bertemakan prosa tradisional.
berkerut-kerut dahi Arissa cuba memahami apa yang di sampaikan oleh penulis.
"sini semua buku dari zaman jajahan british lagi tau." kata Farhan yang muncul dari belakangnya.
YOU ARE READING
Be My First Love
RomansPuteri Nur Arissa- seorang yang over think, rajin belajar, seorang yang kretif dalam meluahkan idea tetapi mempunyai sifat pemalu yang terlampau dalam diri. Kerana sifat pemalunya telahmembuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. . . . . . Farhan Fak...