"Icah .. siap cepat Ibu nak pergi beli barang dapur ni. Tolong temankan Ibu." kat Puan Maria yang sudah bersedia di hadapan pintu rumah.
Beberapa minit kemudian Arissa turun dengan memakai baju t-shirt hitam lengan panjang, tudung bawal yang di silangkan ke bahu dan seluar jeans hitam. Simple saja penampilannya, malas nak berlawa sangat.
setelah sampai saja di pusat beli belah seperti biasa Arissa hanya menjadi orang tukang tolak troli. mana kala Puan Maria yang mencari barang-barang keperluan rumah.
Arissa yang bosan menunggu ibunya membeli ayam di tempat barang basah tersandar sebentar di salah satu besi yang menjadi penghalang makanan basah dan makanan kering. Dia sememngnya tak suka menjejekkan kaki di tempat makanan basah itu. Sudah lh busuk, sesak dengan ramai orang pula tu.
Matanya melilau memandang sekeliling. Tiba-tiba terpandang ke arah seorang makcik yang nak kata tua tu tak juga. mungkun lingkungan 40-an. makcik itu terjingkit-jingkit untuk mengambil tin sardin yang berada di almari paling atas.
Pekerja supermarket ni pun satu. Dah tahu mejoriti pengunjung ke sini kebanyakannya perempuan sediakan tempat yang rendah.
haih..kesian makcik tu. kalau aku nak tolong pun aku rasa aku lagi pendek dari makcik tu. sedih betul lah jadi pendek ni. nasib tak terbela!
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai snowcap. Memang nampak macam gila lah kan pakai snow cap dengan kaca mata hitam dalam supermarket ni. Lelaki itu menolong makcik itu mengambil tin sardin.
Wow.. That's was a hero.
Arissa tersenyum melihat gelagat lelaki itu. Ehh jap. Asal aku macam kenal Mamat tinggi lampai ni ey?.
"Jom pergi bayar. " suara Puan Maria tiba-tiba muncul di sisinya.
Arissa terjaga dari lamunan. Terus di lupakan tentang lelaki misteri bertopi snow cap tu.
Selesai membayar segala keperluan. Mereka berjalan untuk ke kereta bagi menyimpan barang- barang dapur.
"Ibu.. Icah tiba-tiba lapar lah pulak tengok kedai masakan Arab tu." tangan Arissa di tunjukkan ke arah kedai nasi Arab.
"Humm dah pukul 1 ni. Kita pon belum lunch lgi. Jom lh."
"Icah tolong order kan dulu nasi ibu, ibu nak letak barang dekat kereta."
Arissa mengangguk.
Dia terus berjalan mencari meja kosong.
Setelah jumpa dia terus duduk di meja yang tersedia empat kerusi untuk empat orang makan.
Kalau abah dengan Ain ada dh complete lh.
"Yes? " datang seorang pelayan yang bertugas.
Handsome. Lelaki itu mungkin dari negara Arab. Hidungnya mancung. Matanya coklet cair. Rambutnya pula kerinting sedang berwarna perang hitam sedikit.
Seronok benar makan di sini. Sambil makan sambil cuci mata melihat pelayannya yang 'wow'.
"Ermm.. " Arissa seperti tidak dapat mengeluarkan suaranya. Memang sukar baginya untuk bercakap dengan orang yang tidak di kenali. Lagi² tak kenal, handsome pula tu.
"Nak ni dua." tangnnya menunjuk ke arah menu yang terpapar gambar nasi Arab berserta lauk kambing.
Pelayan itu mengangguk tersenyum sambil tangannya menulis menu yang di pesan pada kertas di tangan kanannya. Ops.. Kidal rupanya.
"Water? " soalnya lagi.
Alamak, Mamat arab ni tak reti cakap Melayu ke apa?
"Two Fresh orange."

ANDA SEDANG MEMBACA
Be My First Love
RomancePuteri Nur Arissa- seorang yang over think, rajin belajar, seorang yang kretif dalam meluahkan idea tetapi mempunyai sifat pemalu yang terlampau dalam diri. Kerana sifat pemalunya telahmembuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. . . . . . Farhan Fak...