Setelah segala urusan selesai. Kini tiba waktu untuk pendaftaran asrama pula. Arissa dan Ain berjalan kaki ke sebuah bangguna 3 tingkat berblok kerana jarak antara dewan dengan asrama tidaklah begitu jauh.
Mereka terpaksa menaiki kawasan bertangga Sambil merengkeh bag yang berat. Tercungap-cungap mereka apabila sampai sampai saja di hadapan asrama. Ain berpaling ke belakang. Kelihatan abah dan Ibunya juga turut tercungap-cungap.
"Huh curamnya tangga dia. Tak larat abah." Kata Encik Adnan apabila sampai saja di puncak. Puan Maria tersenyum mendengar rungutan Suaminya itu.
"Kesian abah. Tak pe nanti Icah suruh je pihak kolej sediakan tangga bergerak untuk abah." Kata Arissa bergurau.
"Melawak pula dia ni. Dah pegi daftar sana." Kata Puan Maria memanjangkan muncung Arissa.
Ain mengekori kakaknya meninggalkan Encik Adnan dan Puan Maria yang sedang berehat di atas bangku yang berada di bawah bumbung sambil mengipas wajahnya dengan surat-surat promosi yang di berikan sewaktu hendak masuk ke dalam dewan tadi.
Beberapa minit kemudian Arissa kembali kepada ibu dan Abahnya. "Jom Ibu, dah boleh masuk dalam asrama. Nak kemas barang." Kata Arissa.
"Tapi abah tak boleh masuk, ni asrama perempuan." Sambung Ain sambil menggoyangkan jari telunjuknya beberapa kali.
"Erm, ye lh. Abah tunggu sini je." Kata Encik Adnan berpeluk tubuh. Yang lain hanya tertawa lalu meninggalkan abahnya sendiri.
Setelah selesai mengemas baju dan memasang cadar katil, telah tiba masa untuk para ibu bapa meninggalkan kawasan kolej. Arissa berasa susah hati saat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya itu. Dia memeluk Ibunya lama. Ikutkan hati tak mahu di lepaskan.
"Ibu, Icah takut duduk sorang-sorang." Katanya yang hampir hendak mengalir air mata.
Ibunya tersenyum. "Icah tak sorang² pun dekat sini sayang. Tengok keliling tu ramai kawan. Dekat sini Arissa kenalah pandai cari kawan. Sini bukan dekat rumah." Kata Puan Maria lembut sambil mengusap pipi Arissa beberapa kali.
"Dah, Abah dengan ibu nak balik ni. Icah jangan sedih-sedih." Sambung Encik Adnan.
Mereka kemudian pergi meninggalkan Arissa sendiri. Setelah hilang dari pandangannya, dia naik semula ke atas untuk masuk ke dalam biliknya. Bilik yang memuatkan 2 orang itu sunyi. Katil sebelahnya kosong. "Bilik ni aku sorang je ke duduk?" Soal Arissa sendiri.
Arissa melabuhkan punggung di atas katilnya yang di sarungkan cadar berwarna merah Hati. Itu merupakan warna kegemarannya.
Dia melihat ke arah Oppo F1nya untuk melihat waktu. Dijit di skrin menunjukkan telah masuk pukul 5.45 petang. pukul 6 nanti dia harus berkumpul di dewan.
"Bosannya." Arissa menghempaskan tubuhnya di atas katil. Tiba-tiba idea timbul dari kotak fikirannya. Dia kemudian bangun lalu mencapai kasutnya.
Dia berjalan-jalan di kawasan arena yang kelihatan tidak ramai orang. Mungkin dalam beberapa orang saja yang melepak di situ. Itu pon lelaki dan perempuan yang sedang asyik berdating. Arissa menyumbatkan earphone ke dalam telinganya lalu lagu di putarkan.
Sedang berjalan dia terpandang kawasan futsal yang ramai pengunjungnya. 'Ada perlawanan ke?' Detik Hati Arissa.
Dia berjalan mendekati kawasan yang agak ribut itu untuk melihat perlawanan apakah yang mereka saksikan. Mengapa begitu meriah?
Di sebalik tubuh orang ramai Arissa menyelit. Kelihatan dua orang lelaki sedang bertumbuk hingga ada di antara mereka yang berdarah bibir dan juga hidung.
Arissa terkejut lalu mengundurkan langkah beberapa tapak sambil menekup mulutnya. Situasi itu amat menakutkannya.
"Woi!! Berhenti bergaduh!" Tiba-tiba beberapa orang pengawal keselamatan berlari kearah kawasan pergaduhan itu. Pelajar² yang tadinya bersorak kuat, berlari lintang pukang tinggal Arissa dan dua orang lelaki itu saja.
Pengawal keselamatan itu menarik seorang lelaki berberbaju t-shirt berwarna hitam bersama seluar sukan dan seorang lagi pengawal keselamatan menarik lelaki yang berbaju merah yang berlengan panjang.
Arissa seperti terkedu melihat kejadian itu. Itu adalah kali pertama dia melihat pergaduhan yang jelas di hadapan matanya. Dia seolah-olah tak bisa berganjak dari tempat dia berdiri.
"Lagi² korang yang gaduh. Tak de muka lain dah. Sekarang ikut aku pergi bilik pengetua." Arah seorang pengawal keselamatan yang memegang kayu ke arah dua pengawalnya yang memegang dua pelajar lelaki itu.
"Awak pun sama." Terkejut Arissa apabila pengawal keselamatan itu menunjuk ke arahnya.
Dia hendak bersuara tetapi suaranya tak terkeluar. Tangannya di tarik pengawal itu lalu di bawa ke pejabat pengetua.
Wanita Yang bergelar pengetua itu memandang tajam ke arah tiga orang pelajar yang berdiri di hadapannya.
Arissa tertunduk takut.
"Farhan dan Alif. Lagi-lagi nama kamu berdua saya yang saya selalu dengar. Apa masalah kamu berdua ni? Kalau tak bergaduh tak boleh ke? Saya tahu lh ayah awak berdua dah banyak berjasa ke atas kolej ini, tapi itu tak bermaksud awak boleh buat apa yang awak mahukan." Marah pn. Fatimah. Kemudian pandangannya di alihkan ke arah Arissa pula.
"Awak, nama awak siapa?" Soal puan Fatiman menunjuk ke arah Arissa. Jantung Arissa berdegup laju saat tangan wanita berwajah ketat itu menuding ke arahnya.
"Ar.. Arissa." Kata Arissa menggigil. Matanya di tundukkan ke bawah tak berani memandang singa di hadapannya.
Farhan dan Alif turut memandang ke arah Arissa. Pelik, kerena mereka juga belum pernah melihat gadis itu sebelum ini. Budak baru mungkin.
"Kenapa kamu boleh ada dekat sini? Apa salah kamu?" Soal puan Fatimah.
Arissa menggeleng perlahan. Dia sendiri tidak tahu apa salah dia hingga dia di bawa ke pejabat pengetua.
"Macam mana kamu boleh ada dekat sini kalau kamu tak ada buat salah?" Soal puan Fatimah lagi tidak puas hati dengan respon yang di berikan oleh gadis itu.
Arissa terus diam. Tak berani bersuara. Jantungnya berombak laju dan laju. Hendak tersekat penafasannya akibat rasa takut yang teramat.
Puan Fatimah menggeleng sambil mengeluh. "Penat betu lh saya tanya awak ni. Baik lah kamu bertiga boleh keluar. Farhan dan Alif ,saya mohon sangat² dekat awak berdua tolong lah berhenti bergaduh. Saya dah penat dah dengan perangai awak berdua ni. Kalau bukan sebab ayah awak berdua penyumbang terbesar dekat kolej ni, saya dah lama buang awak berdua. Lagi pun kamu berdua ni pelajar terbaik kolej ni. Tunjukkan contoh yang baik sikit dekat pelajar lain. Dah pergi ke bilik masing-masing." Panjang lebar puan Fatimah membebel.
Alif dan Farhan masing-masing membuat muka selamba. Keluar saja dari bilik pengetua Arissa berjalan di hadapan dua lelaki itu perlahan tertunduk. Rasa takutnya tadi masih belum hilang.
"Eh kau boleh jalan sana sikit tak? Semak lah aku tengok muka kau ni." Marah Farhan menolak Alif kedepan hingga terlanggar Arissa lalu terjatuh.
"Engkau ni pahal ha? Main tolak² pulak. Fikir aku hadap sangat ke nak rapat dengan kau." Marah Alif kembali berdiri.
Farhan terpandang ke arah Arissa yang terjatuh.
"Kau tengok perempuan tu dah jatuh. Kau punya pasal lh." Marah Farhan.
"Kau yang tolak aku lh sial." Marah Alif menolak bahu Farhan. Farhan cuba mengelak.
Arissa kembali berdiri. Alif pula mendekati Arissa. "Kau ni budak baru ke?" Soalnya sambil mengintai wajah Arissa yang tunduk.
Gadis itu diam tanpa sebarang respon. "Wey aku cakap dengan kau kot." Tengking Alif hingga bahu Arissa berjungkit sedikit akibat terkejut.
Farhan menolak Alif hengga terundur beberapa langkah. "Tak payah lah tengking bodoh. Takut lah dia nanti." Marah Farhan. Kemudian dia pula hendak berramah mesra dengan Arissa. "Sorry pasal jantan tu. Dia tu memang otak rosak suis sikit. Hi nama Aku paan." Paan mula memperkenalkan diri. Arissa seperti biasa. Hanya diam. "Nama awak Arissa kan? Nice to know you." Tambah Farhan lagi.
Arissa memberikan sebaris senyuman kelat ke arah Farhan dan berlalu meninggalkan dua orang lelaki itu.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
YOU ARE READING
Be My First Love
RomancePuteri Nur Arissa- seorang yang over think, rajin belajar, seorang yang kretif dalam meluahkan idea tetapi mempunyai sifat pemalu yang terlampau dalam diri. Kerana sifat pemalunya telahmembuatkan dia tidak mempunyai ramai kawan. . . . . . Farhan Fak...