enam

163 7 0
                                    

Arissa menghempaskan badannya di atas katil setelah masuk saja ke dalam bilik hostel. Dia mengelap peluh yang mengalir di dahi. Terlalu penat apabila di dera oleh lelaki yang tidak berperi kemanusiaan itu.

Timbu Rasa tidak puas hati dalam hatinya. Dia kemudian segera ke meja belajarnya yang berdekatan dengan kepala katil lalu mengeluarkan sebuah buku nota bersaiz A5 dan berkulit putih. Di hadapan kulit buku itu tertulis 'Dear dairy'. Sebatang pensel di yang terikat di tepi buku di cabut. Lalu di buka buku itu.

Sabtu 13 apirl

LELAKI KEJAM!

Dear dairy,
Langsung tak di sangka oleh aku, lelaki yang aku jumpa bergaduh tempoh hari bakal mengukir sejarah yang sangat malang dalam hidup aku di kolej ini. Kenapa aku di layan seperti sampah? Dia melantik aku sebagai kulinya. Apa aku tak ada maruah diri ke dia melayan aku seperti itu? Aku juga manusia yang punya hati dan perasaan. Aku bukan golongan hamba! Lelaki itu sering menyuruh aku melakukan kerja-kerja yang pelik semata-mata untuk menjadi bahan hiburan untuk dia.

Arissa berhenti menulis. Air mata yang mengalir perlahan di pipi di kesat perlahan. Di tutup kulit buku itu lalu menyimpannya kembali di dalam laci meja.

"Rissa!"

Segara Arissa berpaling saat mendengar suara yang cukup di kenali berada di hadapan pintu sambil memandangnya tidak berkelip.

"Ya Allah Hang pi mana? Jenuh aku mencari hang!" Marah Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Ehh.. awat diam? Hang ni tak sihat ka?" Tangan Sara meraba-raba wajah Arissa.

Tindakkan Sara itu telah menggugurkan air mata Arissa. Sara menarik Arissa ke dalam dakapannya. Di usap belakang Arissa dengan lembut. "Awat ni rissa?" Soalnya dengan wajah yang penuh tanda tanya langsung tidak faham situasi tersebut.

Arissa mengesat Air matanya dengan menggunakan pergelangan bajunya.

"Sara, awak tak payah risau.. saya cuma penat je. Sebab tu saya nangis." Arissa tergelak kecil dengan mata dan hidung yang merah menyala.

Sara mengerutkan dahi. Semakin pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. "Pelik lh hang ni." Kata Sara terus ke meja belajarnya. Buat penat otak je dia fikir apa yang sebenarnya terjadi pada rakannya itu.

Arissa terasa sedikit lega. Di labuhkan punggung di atas kerusi. Lega dapat bahu untuk di lelehkan segala kesukaran di hatinya walau tuan badan sendiri tidak tahu isi hatinya yang sebenar.


Suasana pagi yang tenang itu di hirup segar oleh Alif. Dia merenggangkan otot-otot nya untuk aktiviti bersenam di pagi hari. Sudah menjadi kebiasaannya berjoging pada hari Sabtu dan Ahad bagi mengaktifkan badan.

"Abang Alif.." sekumpulan gadis melambai lambai ke arah Alif sambil tertawa sendiri.

Alif hanya membalas dengan senyuman lagak bergaya. Sambil menyelam minum air, sambil berjoging cuci mata.

"Amboi.. kemain lagi you ni kan." Sindir Fasya yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Eh Fasya? Dari mana pulak you ni datang ha? Haih ada je mana-mana I pergi." Rungut Alif dengan jujur. Di mana saja dia pergi Fasya pasti sentiasa mengacaunya. Susah benar hendak bersendiri, inikan lagi nak mengorat awek junior.

"I just nak teman kan you lh. You tu jangan lah sombong sangat!" Fasya memuncungkan bibirnya yang merah menyala itu akibat dari sentuhan lipstik yang berharga ratusan ringgit itu.

Be My First LoveWhere stories live. Discover now