Empat Belas

115 4 0
                                    

Encik Adnan yang sedang membaca surat khabar memandang ke arah Ain yang sudah siap berseragam sekolahnya.
Kemudian beralih pada isterinya Puan Maria yang sedang menghidangkan mee goreng di atas meja.

"Ain, sini sarapan cepat. Karang tak sempat pula nak sarapan." panggil Puan Maria ke arah Ain yang sedang mengemaskan buku sekolahnya di dalam bag.

"Iya bu.. " kata Ain.

"Icah mana? " soal Encik Adnan yang dari tadi tidak nampak batang hidung anak sulungnya itu.

"Dia tidur lagi." jawab Ain yang sudah bersedia di atas meja makan.

Encik Adnan melihat ke arah jam di tangannya. 7.00 pagi. "Tidur?  Haih, sejak bila pulak si Icah ni pandai bangun lambat ni? "

"Agaknya dah biasa bangun lambat kot kat hostel tu." kata Puan Maria pula.

"Haih, mana boleh. Tak kan tak bangun subuh? Ain,  pergi kejut dia. " Arah Encik Adnan.

"Dia uzur lah Bang.. Saya dah kejut tadi. Nampak muka dia pucat betul. Macam tak cukup tidur. " tambah puan Maria.

Ain yang tadi baru saja hendak bangun mengejutkan Arissa, terduduk semula mendengar kata-kata ibunya.

"Humm.. Tapi jangan biarkan dia bangun lambat sangat. Rezeki tak masuk rumah nanti." kata Encik Adnan lalu menggalas bag hitam yang berisi leptop. Uniform Doktornya di capai.

"Ain cepat sikit makan. Abah nak start enjin kereta dulu." kata Encik Adnan lalu menghulurkan tangannya ke arah Puan Maria untuk di salam.


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12 tengahhari.

Pintu bilik Arissa di ketuk beberapa kali.

"Icah, tak bangun lagi ke? " teriak Puan Maria dari balik pintu.

Arissa yang sudah terjaga dengan teriakkan ibunya itu terus terduduk dari baringannya. Kepalanya yang terasa berat di pengangnya.

"Iya bu.. Icah nak bangun lah ni." kata Arissa terus mengatur langkah ke arah bilik mandi setelah mencapai tuala yang tergantung di tempat penyidai.

"Aduh sakit kepala aku tidur sampai tengahhari ni." rungutnya sendiri. 


"Kamu tak ke mana-mana ke Icah cuti ni? " soal Puan Maria yang baru hendak menyidai kain setelah melihat Arissah yang sedang duduk bersandar di sofa menonton TV.

Dah macam orang pemalas dah anak dara aku sorang ni.

"Nak pergi mana?  Icah pon bukannya Ada kawan dekat sini." kata Arissa memuncung. Macam mana lah ibunya boleh tanya soalan macam tu sedangkan ibunya sendiri tahu dia memang tak mempunyai rakan rapat sejak kecil.

"Iya lah. Kot ya pon pi lah cari aktiviti berfaedah sikit. Ni dok melangok depat TV. Buat lemak je." bebel Puan Maria seraya berjalan menuju ke pintu keluar bersama bakul yang berisi baju basah di tangannya.

"Kalau ada baju kotor kat atas bawa turun lah cepat ibu nak basuh baju ni." sempat dia berpesan setelah menghilangkan diri.

"Humm.. " Arissa kemudian menyambung menonton TV semula.

Ting..

Satu pesanan mesaj masuk ke dalam taligonnya.

"Eyy nak apa lagi lah si gila ni." rungut Arissa apabila melihat nama Farhan yang tertera di skrin talifonnya.

Wey!  Aku bosan do.

So?

Amboi kau boleh kau tanya aku 'so' pulak?

Be My First LoveWhere stories live. Discover now