sembilan

114 4 1
                                    

"Thanks sebab bawa saya pergi makan sea food kegemaran saya tadi." ucap Arissa sambil memberikan senyuman yang paling manis di wajahnya.

Farhan mengangguk tanpa sebarang riaksi. "Dah, sekarang ni gi masuk asrama kau, mandi and terus berihat jangan nk keluar mana². Menangis depan tasik ke dpn sungai ke. Hari dh senja ni, kena sorok dengan jin baru tau. " bebel Farhan.

Arissa hanya mengangguk tersenyum. Kalau Farhan tak bebel pon memang tak lah dia nk pergi semula ke tasik tadi semata-mata nak menangis.

Setelah motosikal Farhan hilang dari pandangan dia terus mengatur langkah  menaiki tangga untuk ke bilik asramanya.

Arissa mengeluarkan kunci biliknya sebelum beberapa langkah tiba di depan pintu bilik.

"Eh, pintu tak berkunci? " terkejut Arissa melihat pintu yang tanpa mangga itu.

Arissa malas hendak memikirkannya segera dia menolak pintu tersebut.

Kelihatan katil Sara benar² 'kemas' dengan hanya meninggalkan katil tanpa cadar sahaja.

Nampakkan dia dah keluar dari bilik ni. Lantak lah.

Arissa segera mengunci pintu bilik itu pada selak di baliknya.

Di perpustakaan yang sunyi.

Sejak kerenggangan dia dengan Sara. Arissa kini lebih meluangkan masa bersendirian. Tak sangka pula dia nak mencari kawan itu susah.

Arissa mengeluh sambil melabuhkan punggung di sebuah meja yang mempunyai seorang penghuni.  Perpustakaan agak penuh hari itu jadi terpaksa lah dia berkongsi meja.

Arissa mengeluarkan laptop nya untuk menyelesaikan laporan pertamanya.

"Hi. " sepa orang yang duduk semeja dengannya tadi.

Arissa segera memandang ke wajah lelaki itu. Budak nerd ke ni?  Terdetik kata itu dia hati Arissa apa bila melihat penampilan lelaki itu.

Rambutnya kerinting, tetapi berwarna perang. Adakah perang asli atau buat dia sendiri tak tahu.

Lelaki itu juga mempunyai mata yang berwarna biru. Dia pakai lens?  Maybe yes maybe no sebab rupa dia memang ada macam mat salleh sikit. 

And the last think yang paling nampak dia tu nerd dia pakai spek bulat macam harry potter.

Arissa hanya mengangguk sedikit sembil tersenyum ke arah lelaki itu.

"Saya Danny." katanya memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya.

Arissa sedikit teragak² untuk menyambut salam itu. Dia ni nampak mcm.. Psycho pon ada gak. Detik hati Arissa setelah tangannya menyentuh tangan lelaki itu. "Arissa. " itu saja yang mampu dia luahkan.

Lalu dia segera menarik semula tangannya lalu di lap pada seluar miliknya. Tangannya kini pantas semula menyambung kerjanya.

Arissa dapat merasakan bahawa lelaki Danny itu sedang mencuri² pandang ke arahnya sejak tadi.

Okay, kali ni buat pertama kali dia rasa rimas gila ditenung orang macam tu.

Arissa memandang semula ke arah lelaki itu kemudian lelaki itu seperti tercengang tangannya laju menaip di leptopnya.

Ape benda lah Mamat ni. Padahal PC nya berbunyi seperti sedang menonton movie.

Arissa segera membuat kerjanya kembali. Dia tekad untuk abaikan tenungan lelaki psycho tu.

Selang beberapa saat kemudian Danny cuba membuka perbualan. "Awak,  kenal Farhan? " soalnya tiba².

Arissa mengangguk sambil mata dan tangan masih tekun membuat kerja.

Be My First LoveWhere stories live. Discover now