Seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain di halaman rumahnya. Sedang asyik dia bermain, kedengaran suara ibunya memanggil-manggil namanya.
"Cherry... Cherry... Masuk dalam rumah cepat."
"Baik ibu," jawab Cherry. Cherry segera masuk ke dalam rumah.
"Kenapa ibu?" Cherry bertanyakan kepada ibunya.
"Hari ni... kita akan pergi sungai! Cherry suka tak?" Puan Amalia berkata kepada anaknya."Suka! Yay... pergi sungai... yay yay..." Seronok dia... sampai melompat-lompat. Maklumlah... budak tadika.
Pagi itu, Cherry dan keluarganya pergi ke sungai. Sebelum bertolak, Puan Amalia telah menyediakan semua barangan untuk ke sungai. Makanan juga Puan Amalia sudah sediakan.
Kereta yang dipandu oleh Encik Rayyan akhirnya tiba di destinasi. Cherry sudah terlebih dahulu turun dari kereta sebelum ayahnya sempat mematikan enjin kereta. Nampaknya dia terlalu gembira untuk berkelah di tepi sungai. Ibu dan ayahnya hanya tersenyum melihat gelagat satu-satunya anak mereka itu.
"Hati-hati! Bahaya main sorang-sorang," jerit Puan Amalia. Amaran ibunya, Puan Amalia tidak dihiraukan oleh Cherry. Cherry terus berlari ke arah sungai lalu masuk ke dalam air. Mujur air sungai tidak terlalu dalam dan deras.
"Ingat! Jangan main di dalam gua di sebalik air terjun tu!" Puan Amalia menasihati anaknya. Kemudian, Puan Amalia dan Encik Rayyan memerhatikan sahaja anak mereka itu. Seteleh berasa Cherry akan baik-baik sahaja, mereka terus mengeluarkan barang-barang dari kereta.Tetapi, Cherry tidak mendengar amaran ibunya. Dia melangkah menuju ke air terjun itu. Air terjun itu sangat indah di mata Cherry. Cherry bermain-main di tepi air terjun itu. Kemudian dia memanjat batu yang ada di tepi air terjun untuk memasuki gua tersebut. Gua itu tidak luas tetapi cukup untuk membuatkan Cherry ketawa kegirangan. Setiap kali Cherry ketawa pasti ada orang lain yang ketawa juga. Bukan orang lain. Itu gema sebenarnya. Cherry kan budak lagi. Dia mana tahu gema tu apa...
Sedang asyik Cherry bermain, tiba-tiba muncul seekor rama-rama yang mengeluarkan cahaya keemasan dan agak bersinar. Cherry yang masih lagi berstatus kanak-kanak riang, mengikuti rama-rama itu sambil melompat-lompat mahu menangkap serangga tersebut.
Dia terus mengikuti rama-rama keemasan itu sehigga ia terbang tinggi di langit yang terbentang luas.
"Ala... janganlah pergi...," kata Cherry. Saat itu baru dia sedar kini dia tidak lagi berada dalam gua tapi berada di tempat yang sangat pelik. Seperti berada di dalam dunia lain. Cherry mula menangis.
"Kenapa awak menangis?" Suara itu membuatkan Cherry tersentak dan berhenti menagis. Dia memandang sekeliling tetapi tiada sesiapa di sekekitarnya.
"Awak cari siapa? Cari saya ke? Saya kat bawahlah...," kata suara itu lagi. Cherry memandang ke bawah. Dia melihat seekor hamster tetapi tidak mungkin hamster boleh bercakap.
"Awak ke yang bercakap tadi?" Tanya Cherry.
"Ya. Sayalah. Kenapa awak menangis?" Hamster mengulangi soalannya.
"Saya sesat," jawab Cherry.
"Saya boleh tolong awak."
"Betul ke?"
Hamster itu mengangguk dan menyuruh Cherry mengikutinya. Cherry agak pelik dengan hamster itu kerana bulunya yang berwarna biru laut. Namun begitu, Cherry tidak kisah kerana tempat ini pun memang sudah pelik.
"Err... Encik Hamster."
"Tak payah panggil macam itu. Panggil saja Terry," kata hamster itu.
"Oh... Ok... Terry, macam mana nak keluar dari tempat ini?"
"Nanti awak tahulah. Apa nama awak? Saya belum tahu lagi."
"Oh. Nama saya Cherry Amalina. Umur enam tahun. Tadika di bla bla bla...," celoteh Cherry. Walaupun Cherry baru budak tadika, tapi dia petah berkata-kata. Ibu dan ayahnya pun tak tahan dengan celoteh anak mereka itu. Terry menjeling.
Mereka teruskan perjalan. Dari padang yang luas terbentang sehingga mereka tiba di Hutan Hitam. Hutan Hitam itu agak menakutkan bagi Cherry. Bagi Terry pula, dia sudah biasa dengan hutan itu. Hutan Hitam dinamakan sempena keadaan hutan itu yang gelap dan penuh dengan kabus hitam. Selain itu, hutan itu juga dikatakan diduduki oleh Ahli Sihir.
Cherry mula berasa takut apabila terdengar suara bisikan disebalik pokok-pokok besar yang tiada kian layu itu. Cherry tertanya-tanya bagaimana hutan itu boleh jadi begini.
"Dulu hutan ini tak macam ni. Hutan ni ceria aje. Tapi... apabila Permaisuri Putih disihir, hutan ni menjadi seperti hutan mati," kata-kata itu menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran Cherry. Cherry mengangguk. Dia juga telah berhenti berceloteh. Mana mungkin dia berceloteh pada masa yang cemas ini.
Keadaan sunyi seketika sehinggalah suara Terry memecahkan suasana. "Kita dah hampir sampai," kata Terry.
"Sampai? Lepas ni kita ke mana?" Tanya Cherry.
"Ke istana Ratu Hati atau Heart Queen," jawab Terry.'Heart Queen? Wah, macam dalam cerita Alice in Wonderland la...,' fikir Cherry.
Mereka berjalan melepasi Pengawal yang merupakan kad dan bukan manusia.
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
FantasyMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...