Warning! Typo beterbangan!
Seluruh istana kecoh dengan kehilangan Cherry. Bukan sahaja Cherry. Malah, Dayang Luna. Heart Queen berada di dalam keresahan. Apa yang paling ditakutinya benar-benar terjadi. Luna... Sampai hati Luna khianati beta.
"Arahkan seluruh pengawal untuk mengawal keselamatan istana ini. Beta tidak mahu keselamatan istana terancam sewaktu ketiadaan beta." Heart Queen bertitah.
Semua pengawal mengangguk lalu bersiap untuk menjalankan tugas. Heart Queen tidak akan berada di istana buat sementara waktu. Baginda ingin mencari Cherry sendiri. Tanpa bantuan sesiapa. Walau bagaimanapun, Cherry tetap sebahagian daripada ahli keluarganya. Baginda tahu di mana keberadaan Cherry.
---------------------------------------
Cherry mengeluh. "Haih! Bosannya!" Dia menjerit tiba-tiba.
"Tuan Puteri! Ada masalah ke Tuan Puteri?" Luna menerjah bilik.
Cherry menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak ada apalah. Cuma bosan dan tolonglah panggil Cherry je. Saya bukan Tuan Puteri."
"Oh... Baiklah Cherry." Luna tersenyum. Memang patut pun dia bosan. Sudah dua hari dia terkurung di menara ini. Menara yang sangat tinggi tanpa pintu keluar. Rasa macam Rapunzel pula. Hanya Luna dan Puteri Ace sahaja yang boleh keluar masuk dari menara ini. Menara ini diberi nama Menari Putih.
Menara Putih diberi sempena sifatnya iaitu siapa yang jujur sahaja yang akan menjumpai pintu keluar. Luna diberikan 'kunci' untuk keluar masuk dari menara itu. Kunci yang diberi bukan berbentuk seperti kunci rumah seperti yang sering dilihat tetapi suatu objek sihir yang sangat kuat.
Setelah apa yang dilaluinya dalam masa dua hari ini, banyak perkara yang Cherry tahu. Satu per satu rahsia terungkap. Cherry juga agak terkejut setelah mengetahui rahsia besar Luna.
Flashback
Puteri Ace berfikir lama. "Tak ada syarat lain ke?"
Cherry menggeleng.
"Okay. Baiklah. Mak cik akan buang sihir tu dari dia. Tapi mak cik terpaksa kurung Cherry sehinggalah hari pertabalan mak cik sebagai ratu di empayar ini. Boleh?"
"Tak ada masalah." Cherry tersenyum. Dia berasa selesa pula apabila bercakap dengan Puteri Ace. Puteri Ace kelihatan sungguh muda. Agaknya berapalah umur mak cik ya?
Mulut Puteri Ace terkumat-kamit membaca sihir untuk memecahkan sihir yang telah dibuatnya lama dulu. Dia sebenarnya tak kisah sangat pasal tukarkan Terry menjadi normal semula. Dia masih lagi terikat dengan satu lagi sumpahan.
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
FantasyMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...