Bab10: Rahsia terbongkar

137 7 0
                                    

Cherry membuka mata. Kedengaran Lisa terjerit-jerit. "Mak Cik! Dia dah sedar!"

Cherry bangkit dari tempat pebaringan. Keadaan sekelilining diperhatikan. Dia kini berada di kamar miliknya. Macam mana dia boleh berada di sini? Jap. Apa yang berlaku semalam?

Cherry cuba mengingati. Kepalanya menjadi sakit apabila dia memerah otaknya. Berapa lama dia tidur sebenarnya? Takkan sampai sakit kepala macam ni?

Beberapa minit kemudian, Lisa dan Heart Queen tiba. "Oh, Cherry. Nasib baik kamu tak apa-apa." Heart Queen memeluknya. Begitu juga dengan Lisa. Maka, bermulalah drama air mata. Yang paling over adalah Lisa.

"Awak tahu tak awak dah menakutkan kami?! Dahlah keluar seorang diri. Kalau apa-apa belaku macam mana? Dahlah beruang yang hantar awak semalam. Kami mati-matian ingat awak dah mati! Lain kali kalau nak keluar bagitahulah! Jangan keluar seorang diri. Kalau awak mati, siapa nak selamatkan kerajaan ni?!" Lisa menghamburkan segalanya yang terbuku di hati. Cherry tahu Lisa tak marah. Cuma risau.

Tapi sekejap... Ayat terakhir dia tu macam...

"Awak tahu ke yang saya ni sebenarnya pewaris takhta sebenar?" Cherry sudah ingat sekarang. Isaac, Puteri... Ya! Semuanya!

Mereka berdua terdiam. Terkejut mungkin.

"Jadi, awak dah tahulah?" Lisa bersuara akhirnya setelah beberapa saat berlalu. Cherry tidak tahu sama ada mahu marah atau sebaliknya. Kenapa mesti dirahsiakan?

Cherry membisu. Heart Queen pula terpaku.

"Kami tahu kami salah. Kami sepatutnya bagitahu awak awal-awal dulu. Kami minta maaf. Tak. Saya sepatutnya minta maaf. Belasan tahun saya tinggal bersama awak. Tapi saya langsung tak bercakap pasal dunia ni. Saya langsung tak cerita yang awak sebenarnya berdarah diraja. Saya biarkan macam tu je masa awak kena dera dengan Mak Cik Amy dulu. Saya tak boleh buat apa-apa. Dan.. Dan... Saya rasa bersalah sangat! Maafkanlah saya!!!" Lisa meraung. Kolam air mata kini melimpah keluar. Tanpa sempat ditahan.

Cherry dihurung rasa bersalah. Mereka telah banyak buat baik kepadanya. Kenapa pula dia tidak mahu memaafkan mereka?
"Em... Janganlah macam ni. Kalian berdua kan keluarga saya." Cherry memujuk. Heart Queen dan Lisa dipeluk erat.

"Dah habis ke belum? Ke nak sambung 20 bab lagi?" Seseorang memerli. Cherry tahu siapa. Terry.

Semua memberikan hamster kecil itu renungan maut. Terry mengangkat bahu. "Apa?"

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now