Isaac si beruang polar terus berlari laju meredah hutan. Tujuannya hanya satu, bawa Cherry ke tempat itu. Ya! Cherry harus tahu kebenarannya. Cherry harus tahu bahawa dia sebenarnya seorang yang sangat istimewa dan dia, Isaac si beruang akan mendampingi tuannya hingga akhir hayatnya.
Cherry terpaksa memeluk beruang itu. Isaac berlari terlalu pantas sehingga dia rasa mahu jatuh. Masa yang diambil untuk membiasakan diri terlalu lama. Keadaan sekeliling diperhatikan. ‘Aik? Ni bukan jalan balik istana,' desis hati Cherry. Tetapi dia membiarkan sahaja Isaac membawanya entah ke mana. Sekali-sekala dapat keluar istana... Ni tak. Asyik terperuk je. Bosan!
Isaac berhenti apabila tiba di destinasi. Badan direndahkan sedikit agar Cherry dapat turun.
“Hiyah!" Kata Cherry sebaik sahaja mendarat atas tanah. Rumah usang di hadapannya diperhatikan. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Ingin mencari tahu mengapa Isaac membawanya ke situ.
Pintu dikuak. Dengan berhati-hati, Cherry jalan terjingkit-jingkit. Takut rumah robohlah katakan. Isaac pula dengan selambanya melangkah masuk. Dahlah besar, berat pula tu! Langkah macam gajah. Mujurlah rumah itu tidak roboh.
Bagi Isaac pula, Cherry agak berlebihan. Sudah berpuluh tahun dia tinggal di situ. Takkan runtuh punyalah.
Pintu sebuah bilik dibuka. Lampu di situ lebih terang berbanding dengan lampu di ruang tamu. Cherry mengekori Isaac dari belakang.
“Ehem. Isaac. Apa yang awak nak tunjuk sebenarnya? Kenapa bawa saya ke sini?" Cherry memulakan bicara.
Isaac diam. Cherry tahu dia tidak boleh bercakap. Dia kan beruang... .
“Saya bawa awak ke sini sebab nak tunjukkan sesuatu." Pang! Sangkaannya meleset. Rupa-rupanya, dia boleh bercakap! Tapi Cherry tidak terkejut kerana dia sudah terbiasa. Yalah... Terry pun boleh bercakap kan? Mungkin Isaac pun disumpah.
“Err... Kalau awak fikir saya disumpah, baik awak lupakan. Sebab saya memang seekor beruang yang diberi kebolehan bercakap," ujar Isaac.
Cherry terkesima. Sekali lagi sangkaannya meleset. “Oh..."
“Nah. Tahu tak siapa ni?" Bingkai gambar dihulurkan kepada Cherry.
Bingkai gambar bertukar tangan. Cherry merenung gambar tersebut. Macam pernah nampak... Tapi... Di mana ya?
Gambar itu ditenung lama. Oh ya!
“Ini gambar nenek saya!" Cherry baru teringat.
“Tapi... Mudanya nenek dalam gambar ni," tambahnya lagi.
“Dialah sepupu kepada Bonda Heart Queen...," kata Isaac.
“Oh...." Panjang ohnya. “Jap. Kiranya, saya dengan Lisa saudara jauhlah?"
Isaac mengangguk. “Nenek awak kakak kepada bonda Heart Queen. Dia yang sepatutnya mewarisi takhta kerajaan ni. Tapi disebabkan dia kahwin lari, nama dia dibuang dari senarai ahli keluarga. Tapi sekarang, kerajaan ni memerlukan awak, Puteri Cherry. Tiada lagi persengketaan. Hanya tuan Puteri mampu selamatkan dunia ni. Hapuskan Puteri Ace dan naiki takhta. Sesungguhnya, tuankulah pemerintah sebenar." Panjang lebar Isaac berkata-kata.
Cherry sudah berpinar-pinar. Kepalanya pusing. Perutnya berombak. Apakah semua ini?
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
FantasyMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...