Bab 11: Haircut?

143 9 0
                                    

Selepas mandi, Cherry memilih untuk memakai jean dan t-shirt. Dia bukan jenis yang suka pakai dress atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kain. Bagai langit dengan bumi!

Setelah berpakaian lengkap, Cherry menoncang pula rambutnya. Walaupun diikat tinggi, rambutnya tetap melebihi paras pinggang. Cherry mengeluh. "Aku betul-betul berharap dapat potong rambut. Serabut!"

"Apa? Nak potong rambut?" Lisa muncul entah dari mana. "Kenapa tak cakap? Saya kan ada."

Chery teruja. "Serius boleh?"

Lisa mengangguk. "Serahkan pada saya. Saya akan buat awak sukakan potongan rambut awak nanti."

Lisa berlalu pergi meninggalkan Cherry yang jelas terpinga-pinga. Gadis itu muncul semula sambil memegang gunting, sikat dan botol yang berisi cecair warna kuning.

"Apa tu?"

"Barang untuk gunting rambut awaklah," kata Lisa sambil meletakkan barang-barang tersebut di atas meja solek Cherry.

"Tak. Cecair apa tu?"

"Oh ni?" Tanya Lisa sambil memegang botol tersebut. "Pelembut Rambut Lisa. Saya buat sendiri tau," jawabnya sambil mengenyitkan mata. Ceh!

Cherry memutarkan bebola matanya. Lisa mengarahkan Cherry untuk duduk di kerusi berhadapan dengan meja solek tersebut. Hal ini supaya senang untuk Cherry complain jika dia tidak suka akan potongan rambut yang akan dibuat oleh Lisa.

Setengah jam sesi menggunting rambut diadakan di bilik Cherry. Boleh tahan potongan rambut ni. Lisa memang bagus. Cherry amat suka akan potongan rambut melebihi paras bahu itu. Tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang.

"Terima kasih." Cherry memberikan senyuman manis kepada Lisa.

"Sama-sama."

Sisa rambut dikutip lalu dimasukkan ke dalam beg kertas. Perlakuan Cherry itu diperhatikan oleh Lisa.

"Nak buat apa dengan rambut tu?" Tanya Lisa pelik.

"Nak tanam."

"Buat apa?"

"Tak tahu. Dah menjadi kebiasaan. Takkan nak biarkan rambut bersepah macam ni. Kotorlah nanti."

"La... Kenapa tak buang je dalam tong sampah?" Lisa ni banyak tanyalah.

"Haih... Boleh tak jangan banyak tanya? Dah memang sejak kecil saya tanam rambut saya. Dah jadi tabiat dah pun."

"Oh..." Lisa tidak bertanyakan tentang perkara tersebut lagi. Dia faham tentang tabiat ni. Dia sendiri ada tabiatnya yang tersendiri iaitu tengok cerita seram sebelum tidur. Kalau tak tengok, memang tak boleh tidur. Tak tahulah kenapa. Paling tak pun, baca novel. Tanpa kedua-dua ini, dia takkan boleh tidur dengan nyenyak.

"Eh. Jomlah makan. Makanan dah lama terhidang dekat bawah. Awak dah berapa jam tak makan." Lisa berlalu pergi. Hari ini, Lisa kelihatan sungguh anggun dengan gaun putihnya. Memang sesuai dengam kulitnya yang putih gebu itu.

Cherry turun ke ruang makan lalu menarik salah satu kerusi.

"Dah mandi Cherry?" Tanya Heart Queen. Waktu itu, Cherry teringin nak loyar buruk tetapi ditahan kerana di hadapannya ialah Permaisuri.

"Dah, Tuanku," kata Cherry sambil tersenyum.

"Tak payah berTuanku sangatlah. Panggil aje Mak Cik. Pangkat Cherry lagi tinggi dari mak cik tau."

Cherry mengangguk. Terlalu penat untuk protes. Dia memandang hidangan yang dihidangkan. Nampak macam sedap tetapi seleranya betul-betul terbantut.

Bayangan Isaac menerpa mindanya. Apa dah jadi pada beruang itu ya? Dia baru sahaja mahu menjadikan Isaac sebagai haiwan perliharaannya...





-------------------------

Hai Semua. Selamat hari Malaysia dan selamat hari raya haji. 🎉🎉 Tak lupa juga, selamat bercuti 😂. Cuti sekolah dah nak habis... Sedihnya...
# Vote and comment please?

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now