Bab 6: Hati yang ikhlas

166 9 0
                                    

"Oit! Termenung jauh nampak." Lisa menegur Cherry dengan memetik jarinya di hadapan muka Cherry.

Cherry tersentak. "Mana ada termenung. Cuma berfikir."

"Apa?"

"Mesti ada cara untuk bebaskan abang awak dari sihir tu," ujar Cherry.

"Memang ada," jawab Lisa.

"Apa?"

"Bunuh Puteri Ace."

"Tak ada cara lain ke?" Bunuh? Takkanlah... Not Cherry's style.

"Ada."

"Apa? Haih... Boleh tak bagitahu je?"

"Hehe.. Ok ok. Memang ada cara lain. Pertama, bunuh Puteri Ace. Kedua, Puteri Ace sendiri yang sanggup tukarkan abang balik ke asal. Ketiga, jumpa ahli sihir lain dan suruh dia tukarkan abang jadi normal semula." Lisa menerangkan.

"Itu aje?"

"Yup."

"Are you sure?"

" Absolutely, sure. 100%." Lisa memang dari dulu ada keyakinan yang tinggi. Dialah yang paling bijak sekali dalam kelas. Cherry pula sering mendapat tempat kedua.

Cherry mengeluh. Nampak gayanya kena pilih antara dua dan tiga. Mana satu yang akan dipilih oleh Cherry?

************************
"Cepatlah...." Cherry menarik tangan Lisa.

"Hisy... Malaslah. Dia ni kan... Memanglah! Menyesal pula bagitahu! Huh!" Lisa mencebik.

Cherry tertawa lucu. "Lain kali jangan bagitahu. Jomlah... Kita dah sampai dah pun."

Lisa mengeluh,"Haih... Yalah, Tuanku yang mulia."

Cherry tersentak. Tuanku? Belum pernah dipanggil macam ni oleh Si Lisa ini. Haisy... Ini yang musykil ini. Tak apa... Nanti Cherry siasat.

Mereka tiba di sebuah rumah usang. Baunya agak hanyir. Terdapat banyak tengkorak di sekeliling rumah tersebut. 'Dah la bau hanyir, ada tengkorak pula tu. Makan bangkai ke apa?' Desis hati Cherry. Cherry memandang Lisa. Begitu juga dengan Lisa.

"Awak serius ke? Benda ni bukan boleh dibuat main," ujar Lisa jelas ketakutan. Rambutnya diikat kemas. Bimbang sekiranya mengganggu muka.

"Demi abang awak, saya sanggup." Cherry jelas bersemangat. Pintu diketuk.

"Hello. Ada orang tak?" Pintu diketuk lagi. Akhirnya, pintu itu dibuka.

"Apakah hajat tuan hamba ke mari?" Perrgh! Macam orang Melayu zaman dulu.

"Emm..." Belum sempat Cherry menjawab, perempuan tua itu menjemput Cherry masuk tetapi Lisa menghalang Cherry.

"Kenapa?" Soalan Cherry tidak diendahkan. Lisa hanya menggelengkan kepalanya kepada perempuan tua itu.

"Tidak mengapa nek. Hajat kami ke sini adalah untuk mencari penawar kepada abang saya yang telah disihir menjadi hamster. Apakah nenek ada penawarnya?" Ujar Lisa penuh keyakinan. 'Sejujurnya bahasa Melayu aku tunggang-langgang,' desis hati Lisa.

Perempuan tua itu memandang Lisa kemudian memandang Cherry. "Betul kalian tidak mahu masuk?"

"Betul, nek," kata Lisa. Air muka perempuan tua itu terus berubah. Seperti ada sesuatu yang mengganggu pemikirannya. Keadaan sunyi selama beberapa ketika.

"Nek. Ada tak jalan penyelesaiannya?" Mereka terus menuggu jawapan sehinggalah perempuan tua itu masuk ke dalam dan kembali semula dengan sebiji botol.

"Suruh dia minum posyen ini setiap malam. Ia hanya akan menunjukkan kesa pada hari ketiga," terang perempuan tua itu.

"Terima kasih, nek," kata Cherry. Nenek itu hanya mengangguk lalu menutup pintu rumahnya dengan agak kasar.

"Yes! Dah dapat!" Cherry terjerit seorang diri kerana terlalu bahagia tetapi tidak bagi Lisa. Dia membaling posyen itu jauh ke dalam hutan tetapi masih boleh dilihat oleh Cherry apabila posyen itu mendarat di sebuah batu yang tajam sebelum hancur berkecai.

Cherry terkesima. "Kenapa baling posyen tu? Tu satu-satunya cara untuk pulihkan semula abang awak."

"Awak terlalu mudah percaya, sayang. Kalau saya tak halang awak masuk tadi, mesti dah lama awak mati tau!" Cherry terpinga-pinga.

"Kenapa pula?"

"Sebab kalau awak masuk, awak alan terpesona dengan haruman yang digunakan oleh perempuan tua tu tadi. Awak tak nampak ke ada banyak tengkorak kat sekeliling rumah dia? Dia makan manusia, awak! Dan haruman itu ialah salah satu dari tektiknya." Panjang lebar Lisa menerangkan. "Dan lagi satu. Posyen itu bukan untuk memulihkan abang saya! Ya! Memang dia akan mengubahkan abang saya ke rupa asal tetapi abang saya akan mati dan mayatnya akan dimakan oleh perempuan tua tu tadi."

Cherry jelas terpinga-pinga. Dia terdiam. Cuba untuk mencerna apa yang dikatakan oleh Lisa tadi. "Mana awak tahu?"

"Adalah... Rahsia. Kalau saya carita nanti jadi cerita panjang pula."

"Aduh! Suka sangat berahsia! Benci tau macam ni." Cherry mencebik.

"Dah. Jom balik."

"Yalah..." Cherry mengekori Lisa.

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now