“Terry! Terry!" Cherry terus memanggil. Dia mula rasa penat. Apabila dia mahu duduk di sebuah tunggul, seseorang bersuara.
“Sesat ke Tuan Puteri?" Wanita berkelubung itu atau Puteri Ace muncul di sebalik pokok diikuti oleh, apa yang membuatkan Cherry terperanjat, Dayang Luna.
“Err.. Haah. Saya sesat." Teragak-agak dia menjawab. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Bayangkan di dalam hutan yang gelap, macam-macam boleh berlaku! “Errmm... Cik ni siapa?" Dia kelihatan sangat muda, sebab itulah Cherry memanggilnya cik.
“Takkan tak kenal?" Dia menaggalkan kelubungnya, mempamerkan senyuman sinis. Cherry memerhatikannya. Siapa ya?
“Err... Tak. Luna, siapa ni?" Cherry menoleh mamandang Luna pula. Wajah Luna kelihatan tertekan.
Namun begitu, Luna tersengih. “Pemusnah masa depan kau."
Kata-kata itu membuat Cherry tersentak. Serentak itu, dia tahu apa yang berlaku. Tergamak Luna buat dia macam ni!
“Tergamak kau buat aku macam ni?!" Tiada lagi rasa hormat terhadap Dayang Luna. Sanggup dia berkomplot untuk bunuh aku?! Kata Cherry dalam hati.
Luna terkesima pada awalnya ketika Cherry mula membahasakan dirinya sebagai ‘aku’ tetapi dia berlagak tenang. "Kau yang buat aku macam ni. Kau selalu sangat dapat perhatian Ratu. Kau selalu dapat itu dan ini. Kononlah, Puteri! Padahal, parasit!" Luna mengaum. 'Minta maaf, tuan Puteri. Saya tak bermaksud begitu. Saya terpaksa...'
Cherry terdiam. Cuba menghadam kata-kata Luna. Ada sesuatu yang tak kena. Luna pun selalu dapat perhatian Ratu. Malah, Luna tak pernah dilayan seperti dayang-dayang istana lain. Dayang-dayang lain diberikan upah tetapi dalan kuantiti yang sedikit berbanding dengan Luna yang diberi upah lima kali ganda berbanding yang lain. Luna juga diberikan bilik khas untuk dirinya sendiri sementara dayang-dayang lain perlu berkongsi bilik sekurang-kurangnya lima orang satu bilik. Malah, bilik Luna lebih besar daru Cherry sendiri. Cuma bilik Luna ditempatkan di bilik bawah tanah manakala Cherry di tingkat atas sekali.
Apa yang dah berlaku? Mungkin Cherry perlu pertimbangkan lagi untuk menghukum Luna. Mungkin Luna tidak bersalah.
"Kenapa diam? Mengaku salah?" Luna bersuara lagi.
"Tak. Cuma fikir kenapa Kak Luna buat saya macam ni," kata Cherry. Luna terkedu.
"Tak payah fikirlah. Dia memang dah lama jadi partner aku the greatest Princess Ace. HAHAHAHA!" Sungguh! Ketawa itu buruk sekali! Langsung tak sesuai dengan muka jelita Puteri Ace.
Cherry sendiri berdenyut-denyut telinga mendegar tawa Puteri Ace. Luna pula kelihatan tenang. Mungkin sudah biasa. Luna memandang Cherry. Wajahnya kelihatan sayu. Cherry sempat menangkap reaksi tersebut sebelum Luna sempat mengalihkan pandangan.
'Dah agak! Mesti ada yang tak kena!'
Perlahan-lahan, Cherry berundur belakang. Cuba untuk melarikan diri.
"Nak lari ke mana hah?"
Cherry berasa dirinya sedang terapung dan sememangnya dia sedang berasa di udara ketika ini. Puteri Ace sedang menggunakan kuasanya ke atas Cherry untuk mengapungkannya lalu mencampakkan Cherry dengan mudah ke arah pokok yang besar. Cherry terhentak.
Namun begitu, dia tidak akan mengalah. Dia akan berusaha untuk menanganinya!
_________________________
Hey hey hey! Maafkan saya sebab lama tak update. Hope you enjoy it! Jangab lupa untuk nyalakan bintang vote anda ^_^.
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
FantasyMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...