Terry terus berlari meninggalkan Cherry di belakang. Cherry memanggil namanya tetapi tidak diendahkah. Entah kenapa dia berasa sungguh marah. Mungkin dia marah kerana gurauan Cherry. Mungkin marah kerana dia disihir menjadi hamster. Ataupun... Mungkin marah kerana dia sudah jatuh hati pada Cherry...
Ya.. Dia sudah jatuh hati pada Cherry. Tapi... Mana mungkin Cherry sanggup menerimanya. Dia kini hamster. Bukan lagi manusia. Dia tak mungkin kembali menjadi normal semula.
Terry perlahankan lariannya. Dia diambang kesedihan. Dia mahu menjadi normal semula! Tapi... Bagaimana?Terry menuju ke khemah. Setibanya di sana, Isaac tiba-tiba menerkamnya.
"Kau siapa?" Isaac meninggikan suara.
"Kau dah kenapa? Ni aku la... Terry!"
"Tipu! Terry yang aku kenal bukan seorang manusia!"
'Manusia? Apa maksud dia?'
Terry melihat tangannya. Tangan manusia! Ya! Dia telah menjadi manusia semula! Tapi bagaimana?
Lama Terry memerhatikan tangannya membuatkan Isaac semakin keliru.
"Betul ke kau Terry?"
Terry mengangguk. Isaac masih lagi ragu-ragu. Dia masih tidak mahu melepaskan Terry.
"Kalau macam tu, jawab soalan aku. Apa yang aku bagitahu kau semalam?"
"Hanya Cherry boleh bebaskan dunia ni dari kekejaman Puteri Ace. Jaga dia. Lindungi dia. Jangan biarkan dia berjalan keseorangan." Ketika dia berkata itu, baru dia tersedar.
"Alamak! Aku tinggal dia kat dalam hutan!"
"Apa?!" Isaac hampir mengamuk. "Kenapa kau tinggalkan dia dalam hutan?!"
"Aku minta maaflah. Aku emosi tadi."
"Hurgh! Aku rasa dah terlambat. Puteri Ace dah dapat tangkap dia."
"Mana kau tahu?"
"Ni..." Dia menunjukkan kalung yang dipakainya. Jika Cherry ditangkap, maka kalung itu akan menyala.
Terry dilanda serba salah. Salahnya meninggalkan Cherry keseorangan di dalam hutan yang gelap gelita itu.
Isaac melepaskan Terry setelah yakin bahawa itu ialah Terry. "Sekarang macam mana?"
Terry tidak menjawab.
Isaac mengeluh. "Apa-apa hal. Kita mesti cari baju untuk kau dulu."
Huh? Terry melihat anggota badannya. Tiada seurat benang pun menutupinya. Mujur Heart Queen dan adiknya tidak lalu di khemah lelaki.
"Tunggu sekejap ya?"
Terry mengangguk. Sepuluh minit kemudian, Isaac datang dengan sepasang seluar dan sehelai baju. Hmm... Macam kenal je baju tu. Eh! Itu baju adik aku!
Oh tidak! Dia kena pakai T-shirt yang bergambar strawberry! Hmm... Tidak mengapalah. Asalkan ada baju. Gambar strawberry je kot. Mujur baju tu warna hitam.
Terry memakai baju itu tanpa banyak soal.
"Okay. Sekarang kita mesti ke tempat Heart Queen. Aku dah bagitahu pasal kau dan Cherry. Dia tengah risau tu," kata Isaac lalu meniggalkan Terry.
Terry mengikuti Isaac dari belakang.
____________________________
Vote and comment please. Dan maaf sebab lama tak update. Finally! Habis juga exam. 😂
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
FantasyMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...