Bab2: Heart Queen

192 12 0
                                    

Cherry terus mengikuti Terry sehinggalah tiba di sebuah singgahsana yang sangat mewah dan cantik. Cherry agak takut kerana Heart Queen di dalam buku ceritanya merupakan seorang ahli sihir yang sangat jahat dan suka seksa orang.

"Jangan risau. Heart Queen ni baik aje. Baginda suka tolong orang," kata Terry.

"Mana ada takut!" Cherry berbohong.

Angin tiba-tiba bertiup kencang menunjukkan Heart Queen telah tiba. Cherry sedikit terpesona dengan cara kemunculan ratu itu. Memang cun!

"Tuanku Ratu...," kata Terry sambil tunduk penuh hormat.

"Tak perlu nak formal sangat Terry. Anggap je beta ni kawan awak," kata ratu yang mengenakan gaun merah itu.

"Tapi ratu..."

"Sudah! Ikut aje apa yang beta kata!"

"Baik ratu. Ratu, saya bawa budak ni. Cherry namanya. Dia sesat."

Kini, Heart Queen mengalihkan pandangannya kepada budak perempuan yang berada di belakang Terry dan agak jauh. Mungkin kerana Terry telah berlari ke arah ratunya tadi.

"Sesat? Jap... Apa nama kamu?" Tanya ratu itu.

"Cherry. Cherry Amalina," jawab Cherry.

Ratu terkejut mendengar nama itu. "Dayang! Bawa Cherry ke bilik tetamu! Pastikan dia diurus dengan rapi. Terry, ikut saya sekejap," arah ratu itu.

Terry patuh pada arahan manakala Cherry mengikut sahaja dayang yang bernama Luna itu. Luna telah memandikan Cherry dan mendandan Cherry dengan sempurna. Cherry juga dipakaikan dengan gaun yang berwarna kuning keemasan. Sesuai dengan rambutnya yang berwarna kuning itu.

Setelah selesai, Luna meninggalkan Cherry bersendirian. Buat pertama kalinya Cherry senyap sehinggalah pintu bilik tetamu itu dibuka.

"Terry!" Cherry seronok melihat Terry semula. "Terry, apa yang sudah berlaku?"

"Ratu cakap, awak boleh balik tapi awak kena tunggu dua hari lagi kerana ratu sedang menyiapkan portal untuk awak," kata Terry Si Hamster itu.

"Dua hari lagi?! Lamanya... Nak balik." Cherry mula mahu menangis.

"Janganlah menangis, sayang," kata ratu yang entah muncul dari mana. "Kita main sama-sama jom."

Cherry hanya mengikuti ratu sehingga tiba di sebuah Taman. "Ratu, kenapa semua haiwan kat sini boleh boleh bercakap?" Tanya Cherry.

Ratu terdiam seketika. Dia mamandang Cherry lalu berkata,"Dulu, semua manusia di sini hidup dengan aman dan harmoni. Cherry tahu kan yang Permaisuri Putih kena sihir? Permaisuri Putih dan beta sebenarnya adik-beradik. Kami ada seorang adik lelaki dan seorang lagi adik perempuan. Adik lelaki kami sudah lama meninggal. Sepatutnya takhta diserahkan kepada pewaris lelaki. Oleh sebab adik beta telah meninggal, takhta itu jatuh ke tangan Permaisuri Putih. Adik beta yang bernama Puteri Ace itu ingin merampas takhta Permaisuri jadi dia menyihir Permaisuri supaya mengikuti setiap arahannya."

Cherry mengangguk. Mereka berjalan sekeliling Taman itu. Terdapat pelbagai jenis bunga. Ada bunga ros, bunga tulip, bunga lavender dan macam-macam lagilah.

Selepas itu, mereka masuk semua ke dalam istana untuk menikmati juadah makan malam. Cherry mula merindui ibu dan ayahnya. Adakah mereka risau akan keselamatan dia? Adakah ibu perasan akan kehilangannya?

Dua hari berlalu akhirnya tiba masanya untuk Cherry pulang. Ratu tidak mahu Cherry pulang. Cherry sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Lupa nak cakap yang Ratu berumur 22 tahun. Permaisuri Putih pula 26 tahun manakala Puteri Ace 19 tahun. Putera Edward iaitu adik ratu pula berumur 14 tahun. Ayahanda mereka meninggal tahun lepas manakala ibunda mereka meninggal sewaktu melahirkan Putera Edward.

Selain ratu, Dayang-dayang istana juga tidak mahu Cherry pulang. Walaupun baru dua hari, mereka sudah jatuh sayang pada Cherry. Cherry juga merasakan perkara yang sama tetapi dia lebih merindui ibubapanya. Semua memberikan ciuman selamat tinggal kepada Cherry kecuali Terry. Ke mana dia pergi? Pintu portal kini dibuka. Cherry agak sedih kerana Terry tidak mahu berjumpanya. Cherry melambai-lambai ke arah mereka semua sebelum menghilang ke dalam portal.

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now