Bab 4: Terry

193 9 0
                                    

"Terry!! Oh, maaflah. Saya terlupa pasal awak," kata Cherry setelah dia mengeluarkan seekor hamster berwarna biru dari begnya.

"Tak apa. Good to see you, sister." Buat pertama kalinya, Cherry melihat hamster senyum. Cherry menggigit bibir agar tawanya tidak tercetus. Tapi itu tidak bertahan lama. Akhirnya, dia ketawa terbahak-bahak sampai tak cukup nafas. Pernah ke nampak hamster senyum?

"Kenapa gelak?" Terry makin bengang apabila Lisa turut ketawa.

"Ehem.. Tak ada apa-apa. Ehem..," kata Cherry masih lagi dalam sisa tawanya.

"Aduh!" Lisa mengaduh kesakitan apabila dicucuk dengan pedang kecil oleh Terry akibat tidak berhenti ketawa.

"Ha. Ketawalah lagi. Biar abang cucuk lagi kuat." Terry memberi amaran. Lisa mencebik.

"Ada-ada jelah korang ni." Cherry menggeleng-gelengkan kepalanya. Wait a minute... Sister? Abang?

"Korang berdua ni adik-beradik ke?" Tanya Cherry.

"Yup," jawab mereka serentak.

"But...," Cherry masih tercengang.

"Panjang ceritanya."

"Pendekkan."

"Hurm... Nanti jelah cerita. Kita pergi Dunia Fantasi dulu," kata Terry.

'Abang. Abang tak boleh rahsiakan selamanya,' desis hati Lisa.

'Abang tahu...'

****************************

"Wah, seronoknya! Lama tak jumpa awak, sungai!" Rambut kuningnya dibiarkan beralun. Kaki seluar jeansnya dilipat sehingga ke paras betis lalu dia duduk di atas sebiji batu besar. Cherry mahu merendamkan kakinya di dalam air. Rindunya sungai ni! Dalam tak sedar, dia termenung jauh.

"Haih... Orang tu dah jumpa sungai. Mana nak ingat kita dah." Cherry tidak menghiraukannya. Dia seperti sedang berfikir.

Lamunannya terhenti apabila Lisa mencuit bahunya. "Apa yang awak menungkan? Tak nak kongsi? Mana tahu saya boleh join sekali ke."

Cherry tersenyum. "Tak adalah. Saya teringatkan ibu bapa saya je."

"Saya faham perasaan awak. Saya dah bertahun terpisah dengan mak saya. Ayah saya pula meninggal...."

"Apa?! Papa dah tak ada?" Belum sempat Lisa menghabiskan ayat, Terry sudah memotong.

"Yalah. Dah selama ni abang nampak ke papa kat rumah Mak Cik Amy?"

"Yalah... Abang ingat papa pergi melancong ke apa ke..."

"Awak ni macam tak sedih pula yang papa awak dah tak ada," Cherry memerli Terry.

"Sebab papa tak mati lagi."

"Hah?!!" Jerit Cherry dan Lisa serentak.

"Tapi tadi abang cakap...."

"Haha... Saja je tu nak kenakan korang." Ceh! Patutlah muka selamba je. Bikin kecoh je.

"Macam mana abang tahu yang papa tak mati lagi?"

"Sebab mama kurung papa kat bilik bawah tanah. Sebagai hukuman kerana mencurang. Abang selalu perhatikan mama, papa, Lisa dan semestinya Cherry."

"Huh?"

"Heart Queen nak awak balik."

"Balik? Buat apa? Tak sanggup saya duduk dengan mak cik saya tu lagi. Huh! Memang no way la!" Cherry memberontak kecil. Apa? Nak aku buat kerja rumah tu lagi? Cuci tandas? No way baby!

Melihat Lisa ketawa terkekeh-kekeh, dia hairan. Terry pula mengecilkan mata. Ahaks. Comelnyalah hamster yang seekor ni. "Apa? Saya salah cakap ke?"

"Maksud saya, dunia fantasi. Ah! Serabut betul cakap dengan minah ni." Terry mencebik. Mummy... Nak kahwin dengan hamster ni boleh? Comellah. Cherry merepek!

"Oh... Kalau macam tu, apa tunggu lagi? Jomlah."

"Ala... Tak puas lagi rendam kaki," Lisa mengeluh.

"Kat sana pun ada sungai kan?" Kata Cherry.

"Hurm.. Yelah." Bukan apa. Lisa malas jalan sebenarnya. Tapi mujurlah hari ni dia pakai t-shirt dengan seluar track. Uisy! Tak sanggup nak pakai dress bila balik sana nanti! Huwaaa!!!!

Perlahan-lahan Lisa dan Cherry bangun. Bukan apa. Takut jatuh. Kalau jatuh, tak ke naya? Mereka terus menuju ke arah gua yang Cherry pernah pergi dulu.

"Wah, tempat ni dah lain sekarang," ujar Cherry. Gua itu kini telah berubah bentuk. Kalau dulu banyak batu tajam, kini gua tersebut telah menjadi bulat dan licin.

"Well, tengoklah siapa yang selalu kikis batu kat sini," kata Lisa.

"Huh!" Entah betul, entah tidak. Cherry terdiam. Ada sesuatu mengganggu fikirannya. Kenapa Lisa manusia tetapi Terry hamster, sedangkan mereka adik-beradik? Persoalan itu disimpan dulu di dalam kotak fikiran dan hati. Nantilah tanya.
***************************





Hai semua. What about the story? Mesti hambar kan? Haha.. Sorry. Ni baru permulaan. Saya tak berapa pandai sangat buat cerita. Harap ada yang setia membaca. ^_^. I am verry appreciate.

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now