Bab7: My BFF

163 8 0
                                    

"Cherry! Turun makan." Laungan Lisa tidak diendahkan. Sebaliknya, Cherry menarik selimut terus menutupi seluruh tubuhnya.

Sejak balik dari rumah ahli sihir semalam, dia rasa tak sedap badan. Apabila tiba sahaja di istana, Cherry terus mengurung diri di bilik yang telah disediakan khas untuknya. Bilik itu agak besar berbanding dengan bilik yang diberikan oleh makciknya.

"Cherry?" Pintu dikuak. Lisa melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Perlahan-lahan mendekati Cherry.

"Are you okay, princess?" Lisa duduk di atas katil sebelah Cherry.

'Semalam tuanku. Hari ni Princess pula. Pelik betul budak ni,' desis hati Cherry.

"Hmm..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Cherry. Sungguh, dia tak larat nak bergerak.

Selimut yang menutupi wajah Cherry ditarik. Dahi Cherry diraba. "Panasnya! Tunggu sekejap, saya pergi ambil air dan kain."

Lisa terus keluar pergi ke dapur. Cherry terharu kerana mendapat seorang kawan baik yang sangat memahami dan prihatin. Dia berniat untuk balas balik jasa Lisa itu.

Beberapa minit kemudian, Lisa kembali dengan membawa dulang berisi makanan, minuman, kain serta air untuk memulihkan demam Cherry. Perlahan-lahan kepala Cherry diangkat lalu diletakkan satu lagi bantal supaya dapat memudahkan Cherry untuk makan.

"Makan, Cherry? Makanlah... Sikit pun jadilah. Asalkan perut tu tak kosong," pujuk Lisa.

"Hmm..." Tanda Cherry tak mahu makan.

"Haih... Tak apalah. Kalau awak nak makan, ambil kat meja ni." Lisa meletakkan dulang tersebut di atas meja yang diletakkan di sebelah katil Cherry. Dia membasahkan kain lalu memerahnya. Kemudian, meletakkan kain itu ke dahi Cherry. Perkara tersebut diulang setiap lima minit. Cherry pula lena dibuai mimpi.

********************
Seorang wanita sedang melambai-lambai ke arah Cherry. Suaminya pula hanya tersenyum. Lama-kelamaan, kedua-dua pasangan tersebut semakin menjauh. Cherry memanggil-manggil namun tidak dihiraukan.

"Mummy! Daddy!" Cherry tersentak. Dia memandang sekeliling. Mimpi rupanya. Ada figura yang sedang terlentok di tepi katilnya.

"Haih... Dia jaga aku sepanjang hari ke?"

"Bukan sepanjang hari tapi dua hari," ujar Terry.

Cherry terkesima. "Dua hari!" Mak oii.. Lama gila aku tidur!

Terry mengangguk sambil melihat Cherry turun dari katil. Dia mengangkat Lisa lalu membaringkannya di atas katil. Tak lupa juga menyelimuti dia. Kesian dia. Mesti penat. Berat juga minah ni.

"Baiknya."

"Mestilah. Sayang kawan, okay!" Bidas Cherry.

"Apa-apa jelah," kata Terry lalu pergi dari bilik itu. Perut Cherry tiba-tiba berbunyi.

"Aduh, laparnya!" Cherry menuju ke dapur. Sasaran utama, makanan! Tiba-tiba, dia terlanggar bahu seseorang. Belum sempat Cherry tahan, figura itu lesap. 'Ah! Pedulikan. Yang penting perut aku ni.'

Terbeliak mata dia apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja. 'Ni nak buat kenduri ke apa?'

"Silalah makan," kata Dayang Luna. Senyuman dia ni tak pernah tak manis. Comel je. Cherry tersenyum kelat. Dia menarik salah satu kerusi lalu menjamah makanan yang disediakan. Memang sedap! Nasi ayam, spegeti, mi sup.. Semua ada. Cuma tiga itu sahaja yang mampu Cherry makan. Selepas itu, dia meminta izin Dayang Luna untuk bersiar-siar di sekitar istana. Dia juga pesan supaya memberitahu Lisa kerana bimbiang kawan baiknya itu tercari-cari.

Dunia Fantasiku (Completed) Where stories live. Discover now