"Cherry! Jangan lupa buat kerja rumah!" Suara nyaring mak cik kepada Cherry sudah kedengaran. Cherry yang hampir sahaja terlelap, terus tersentak.
"Baik mak cik," jawab Cherry.
"Jangan asyik baik mak cik aje. Kerja tu buat! Kalau aku balik nanti tengok rumah tak tersusun, siap kau!!"
"Baik mak cik," kata Cherry lagi dan Makciknya itu pun pergi.
14 tahun berlalu sejak pengembaraan Cherry ke dunia fantasi. Kini Cherry telah berumur 20 tahun. Cherry langsung tidak ingat walau sedikit pun apa yang terjadi 14 tahun lepas. Apa yang dia tahu, dia tersedar daripada pengsan dan mendapati dirinya tidak lagi di dalam gua tetapi di hospital. Apa yang telah berlaku? Dia disambut oleh makciknya yang sudah kehilangan suami. Mak cik Amy memberitahu Cherry bahawa ibubapanya telah meniggal ketika berada di sungai itu kerana ditembak oleh penjenayah yang sedang melarikan diri.
Sekarang, Cherry tinggal bersama mak cik dan anaknya, Lisa. Lisa sangat baik orangnya tetapi ketika di hadapan ibunya, dia terpaksa berpura-pura kejam kerana ibunya tidak menyukai Cherry sama macam ibunya tidak menyukai ibu Cherry, Amalia.
Mak cik Amy merupakan kakak kepada ibu Cherry iaitu Amylia. Ibu bapa mereka sering memilih kasih antara mereka berdua. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati Amy kerana ibu bapanya sering melebih-lebihkan adiknya. Amalia pula sangat menyayangi keluarganya. Walaupun kakaknya sering membuli Amalina tetapi Amalina tetap menyayangi Amy sehingga dia meninggal dunia.
Cherry memulakan tugasnya. Hidupnya kini seperti Cinderella. Cuma bezanya dia tidak mempunyai keluarga tiri. Macam Rapunzel pun ada. Cuma tidak dikurung di dalam menara sahaja.
"Nak saya tolong?" Lisa yang muncul secara tiba-tiba membuatkan Cherry terkejut lalu terhantuk meja. Ketika itu, Cherry sedang membersihkan sampah yang berada di bawah meja.
"Tak payahlah... nanti mak awak marah pula," kata Cherry.
"Eh eh... dia ni. Macam tak biasa pula. Nanti saya pura-pura kejamlah bila mak saya balik nanti," ujar Lisa.Cherry tergelak kecil. "Ya tak ya juga. Macamlah kita tak biasa."
"Biasa apa?!!" Suara itu kedegnaran di belakang Cherry dan Lisa. Mereka tersentak. Lisa mula rasa senak.
"Tak ada apa-apa. Err.. Lisa suruh buatkan air untuk dia. Saya cakaplah... Macamlah kita tidak biasa." Mujur Cherry dapat memikirkan idea untuk melepaskan diri. Kalau terus kaku seperti Lisa, memang sudah lama mereka berdua terkurung dalam bilik yang boleh dianggap penjara.
Mak Cik Amy memandang Cherry. Kemudian, memandang Lisa."Betul ni?" Tanya Mak Cik Amy.
"Betullah...," kata Lisa. "Kenapa mummy tak keluar lagi? Kata nak beli barang," tambah Lisa.
"Mummy terlupa kunci kereta.""Oh...," kata Cherry dan Lisa serentak.
"Apa oh? Buat kerja tu cepat!" Mak Cik Amy menengking Cherry lalu pergi mengambil kunci kereta yang terletak di atas peti.
Cherry cepat-cepat membuat kerjanya. Dia mula menyapu lantai. Lisa hanya berdiri tercegat di situ. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya.
"Hah! Yang berdiri tercegat di situ kenapa? Kerja sekolah dah siap?"
"Dah... Lisa nak tengok tv jap," kata Lisa.
"Hmm... Lepas tu, belajar! Kalau tak, sia-sia aje mummy hantar sekolah setiap hari."
"Baiklah mummy."
Setelah Mak Cik Amy pergi, Lisa segera membantu Cherry. Walaupun ditegah oleh Cherry, Lisa tetap nak tolong. Begitulah kisah dua orang sepupu yang sangat rapat. Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Cherry mengusap hamster kesayangannya. Dia terjumpa hamster minggu lepas. Hamster itu pelik. Kerana hamster itu berwarna biru. Kena cat mungkin. Budak sekarang memang ada bermacam-macam idea nak berbuat jahat. Kesian haiwan itu.
"Cherry!!! Mana kau?!" Macam biasa, Mak Cik Amy yang memanggilnya.
"Ya!" Cherry menyahut.
"Ada apa mak cik?" Cherry tanya lembut.
"Ada apa kau cakap?! Mana barang kemas aku? Kenapa tak ada dalam kotak ini?!" Mak Cik Amy mula menengking."Apa? Cherry tak ambillah. Sumpah!" Cherry pertahankan diri. Mana mungkin dia mengaku bersalah sedangkan dia tak bersalah.
"Kau ni memang pembawa siallah! Berambus kau dari rumah ini! Kemas baju dan berambus!" Mak Cik Amy memang tidak berperikemanusiaan.
"Baiklah kalau itu yang mak cik nak!" Kata Cherry lalu berjalan menuju ke biliknya sambil menhentakkan kaki. Sengaja dia buat macam itu agar Mak Amy tidak tahu bertapa bahagianya dia kena halau. Sejujurnya, Cherry sudah tak tahan lagi nak duduk di banglo besar ini lagi. Dia sendiri tidak dibenarkan sambung belajar.
Cherry mula mengemas. Dia memasukkan semua bajunya dalam beg sandangnya. Bajunya hanya sedikit. Jadi, dia tidak perlu bersusah-susah berkemas.
"Awak tak perlu pergi. Saya akan pujuk mak saya supaya benarkan awak tinggal di sini dengan lebih lama," pujuk Lisa.
Cherry menggeleng-geleng kepalanya. "Tak apa. Saya pandai jaga diri.""Saya ikut!" Lisa membuat keputusan.
"Gila! Mummy awak macam mana?"
"Pedulikan dia. Dia bukan ibu kandung saya pun," kata Lisa selamba.
"What?!!" Cherry bingung.
'Wait. What?! Dia permainkan aku ke?' desis hati Cherry.
"Nanti saya terangkan kalau awak bagi saya ikut."
"Err... haih.. baiklah. Awak boleh ikut," kata Cherry. Lisa terus lesap.
"Eh? Mana dia?" Beberapa saat kemudian..."Done!" Lisa muncul semula dengan membawa bagasi.
"Cepatnya," ujar Cherry. Lisa hanya membatu dan memerhatikan Cherry mengemas.
"Apa kau buat lama sangat tu Cherry! Cepat kemas dan berambus dari rumah ni!" Mak Cik Amy mula menjerit dari tingkat bawah.
"Saya tunggu kat luar. Awak keluarlah dulu," ujar Lisa lalu menghilangkan diri.
Cherry agak kebingungan. Apa yang Lisa dah buat? Adakah dia penyebab barang kemas Mak Cik Amy hilang?
Cherry berjalan membawa beg sandangnya. Laju sahaja dia melangkah keluar dari rumah itu. Sempat dia mengucapkan selamat tinggal kepada mak ciknya. Walaupun Cherry tahu, ucapannya tidak akan diendahkan.
Cherry terus berjalan sehingga masuk ke dalam hutan menuju ke sungai tempat di mana ibu bapanya meninggal dunia. Tidak tahu ke mana lagi dia harus pergi. Tempat itu mempunyai kenangan terakhir dia bersama ibubapanya. Sungguh! Dia merindui mereka.
"Termenung jauh nampak," tegur satu suara di belakang Cherry.
Lisa.
Cherry menoleh ke arah Lisa. "Ingatkan tak jadi nak lari," perli Cherry.
"Eh! Mana ada! Memandai je. Tak nak saya duduk dengan mak tiri saya tu lama-lama."
"Hah?! Mak tiri?" Soal Cherry terkejut.
"Ya... ayah saya kahwin dengan dia masa saya umur 4 tahun. Malangnya, ayah saya meninggal ketika umur saya 6 tahun. Sebulan sebelum awak duduk dengan saya."
"Oh... kesian awak. Dah jadi anak yatim piatu dah." Cherry meluahkan rasa simpatinya.
"Kenapa pula? Mak kandung saya hidup lagilah!""Oh yeke? Hehe." Cherry malu. Mereka masih berjalan.
"Kita nak ke mana?" Tanya Lisa.
"Sungai...," jawab Cherry selamba.
"Hah?! Boleh pula! Ingatkan nak pergi Dunia Fantasi," kata Lisa.
"Dunia fantasi?"
"Ya. Dunia fantasi. Takkan tak ingat? Hmm... mungkin awak tak minum posyen tu sebelum keluar dari Dunia Fantasi," ujar Lisa. Walaupun perlahan, tetapi tetap boleh didengari.
'Posyen? Jap. Dunia Fantasi?' Desis hati Cherry.
"Lisa. Dalam Dunia fantasi tu ada tak pengawal yang menyerupai kad?"
"Ha... itulah istana mak cik saya. Heart Queen namanya. Akhirnya, awak ingat juga!" Lisa terus memeluk Cherry membuatkan Cherry agak terkejut.
Sebenarnya, Cherry sering bermimpi tentang 'Dunia Fantasi' ini. Cuma dia tidak percaya sahaja. Kalau begitu...
Dia baru teringat sesuatu. Terry!!! Dia mengeluarkan Terry dari begnya. Terry kelihatan agak lemas.
YOU ARE READING
Dunia Fantasiku (Completed)
Viễn tưởngMengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 6 tahun. Kanak-kanak tersebut bernama Cherry. Suatu hari, Cherry diajak oleh ibunya untuk pergi ke sungai. Sungai itu sangat cantik. Di situ juga terdapat air terjun yang mengalir. Cherr...