17

2.8K 338 7
                                    

JISEUL POV

"Kau bawak aku pergi mana ni?" Aku tengok satu cafe kat depan aku. Mak aih. '1004 ANGEL' nama cafe tu. Dahsyat.

"Ni cafe Jeonghan hyung... tempat kawan-kawan Chan selalu lepak..." aku hanya mengangguk. Cantik jugak cafe ni.

Masuk je aku dalam cafe tu, aku nampak semua pelanggannya lelaki kecuali aku. Jangan cakap yang adik aku nak jual aku?

"Wah! Maknae... cantik yeochin," lelaki yang iras-iras Gongchan B1A4 tu menegur adik aku.

"Dia noona aku lah hyung. Lee Jiseul. Umur dia sama dengan hyung, Jeonghan hyung and Coups hyung," adik aku bawak aku duduk disebelahnya. Dia tahu aku kekok.

"Hai! Kami seventeen," mereka mulai memperkenalkan diri masing-masing. Korang ingat aku hafal ke nama korang? Tu pun 2 ke 3 nama je aku hafal.

"Chan, kalau boleh noona nak kerja kat tempat kau tu sementara tunggu permohonan noona nak jadi cikgu diluluskan, tolong noona eh?" yes. Aku nak jadi cikgu. Tapi cikgu taska jelah.

"Tanyalah dia..." dia tunjuk lelaki yang duduk di hadapan aku. Kenapa nak kena tanya dia ni pulak?

"Apa dia, Dino?" Sejak bila nama adik aku jadi Dino ni? Pelik je.

"Ni hah, noona Dino nak kerja kat syarikat hyung. Ada kosong tak, hyung?" Tanya Chan.

"Ada... erm, awak boleh jumpa saya esok. Bawak dokumen peribadi awak sekali..." dia senyum kat aku. Hensem sia.

"Terima kasih," aku balas senyuman dia.

LIES || K.M.GTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang