Flashback
"Kau ada tanyakan siapa perempuan yang dengan aku haritu?" Dia pandang aku. Kemudian dia mengeluh melihat aku yang tidak mengendahkannya.
"Aku dah taknak tipu kau... aku kesiankan kau... aku tak sanggup nak simpan semua ni lama-lama," macam besar sangat rahsia yang dia simpan daripada aku. Buat apa nak kesiankan aku?
"Dia Ko Junhee. Madu kau. Isteri nombor dua aku. Aku kahwin dengan dia 2 bulan selepas kita kahwin. Dia kekasih aku tapi appa aku tak restu hubungan kami berdua, jadi kami ambik keputusan untuk kahwin senyap-senyap. Maafkan aku, Jiseul..." aku dah agak dah. Mesti perempuan tu istimewa bagi dia. Kalau tak, kenapa shopping baju baby sama-sama kan?
"Tak cukup dengan bunuh anak aku, kau duakan aku tanpa pengetahuan aku. Bagus, Kim Mingyu. Kalau kau cakap dari dulu, mungkin sekarang kita dah berpisah. Patutlah kau jarang balik rumah. Kalau balik pun lambat. Rupanya kau pergi rumah isteri kedua kau. Tch. Kenapalah aku ni bodoh sangat kan?" Aku memaksa diri untuk ketawa. Dia terdiam. Aku rasa diperbodohkan. Aku dah tak tahan denga semua ni. Biarlah aku jadi janda pada usia 21 tahun. Aku lagi sanggup jadi janda dari diperbodohkan oleh 'suami' sendiri.
"Ceraikan aku, Kim Mingyu," dia mengangkat muka dia memandang aku.
Aku terus naik ke bilik. Sampai saja di bilik, aku menangis sepuas-puasnya.
"Kau jahat, Kim Mingyu..." aku menangis teresak-esak. Sia-sia aku tunggu dia cintakan aku selama ni. Rupanya dia ada orang lain.