29

2.4K 295 7
                                    

AUTHOR POV

"Woon... omma awak belum sampai ke?" Tanya Minhee iaitu kawan kepada Seungwoon.

"Belum... omma saya mesti tengok pakcik Joongki kat tv... sebab tu lah dia lambat," Seungwoon mengeluh kecil apabila mengingati ommanya yang begitu fanatik dengan Song Joongki.

Minhee ketawa kecil.

"Appa awak belum sampai jugak ke?" Seungwoon memandang Minhee. Walaupun mereka baru 4 tahun, tetapi mereka petah bercakap macam dah berusia 5 tahun.

"Tu appa saya!" Minhee menepuk-nepuk tangannya apabila melihat appanya menghampiri mereka.

"Minhee dah lama keluar ke sayang?" Appa Minhee mencium dahi anaknya.

"Eung. Appa, kenalkan ni kawan Minhee. Nama dia Choi Seungwoon. Woon-ah... ni appa saya, Kim Mingyu," Minhee tersenyum gembira disaat appanya mencangkung di hadapan Seungwoon.

"Annyeonghaseyo," Seungwoon menunduk kecil di hadapan Mingyu.

"Comelnya kamu ni... appa kamu belum sampai ke?" Mingyu mencuit hidung kanak-kanak lelaki itu. Seungwoon tersenyum.

"Appa saya kerja. Jadi omma saya yang ambik," Seungwoon memandang Mingyu dan menceritakan kenapa ommanya lambat mengambil dia di taska. Seungwoon memang mudah mesra dengan orang.

"Omma kamu minat kat Pakcik Joongki?" Mingyu tertawa mendengar kanak-kanak kecil itu bercerita akan perihal ommanya.

Bersungguh-sungguh Seungwoon mengangguk.

"Eo! Woon-ah... itu bukan omma awak ke?" Minhee menunjuk kearah kereta putih yang terletak tidak jauh dari mereka.

"Ya! Itu omma saya! Appa Minhee, saya pergi dulu. Minhee-ya, esok kita jumpa lagi ya. Bye!" Seungwoon terus berlari kecil kearah kereta ommanya. Mingyu tersenyum.

"Bye!" Balas Minhee.

Kelihatan seorang perempuan seusianya keluar dari kereta itu.

"Woon-ah! Maafkan omma, sayang... omma tengok pakcik Joongki kat tv tadi sampai lupa yang Woon dah habis belajar," suara omma Seungwoon dapat didengar kerana mereka tidak jauh dari Mingyu dan anaknya.

'Kenapa suara omma Seungwoon macam familiar?' Mingyu bertanya sendiri. Dia berpusing menghadap Seungwoon dan ommanya.

Pada masa itu jugak omma Seungwoon berdiri menghadap mereka. Tetapi omma Seungwoon tidak memandang Mingyu.

"J-Jiseul? Dia omma Seungwoon?" Mingyu seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Appa, omma Seungwoon cantiklah... lagi cantik dari omma," Minhee memuji omma Seungwoon.

Eh, Minhee! Kau ni anak sapa sebenarnya? Anak Jiseul ke anak Junhee?

"Aigoo, Minhee... nanti omma kecik hatilah," Minhee mengetuk kepalanya perlahan. Kemudian dia memandang appanya yang termenung itu.

"Appa! Tengok apa tu? Seungwoon dan omma dia dah balik," suara Minhee menyedarkan Mingyu dari terus termenung.

"Kajja. Kita balik. Mesti omma rindu kat Minhee..." Mingyu mendukung anaknya.

JISEUL POV

"Woon-ah... marah kat omma ke sayang?" Takut-takut aku bertanya kepada Woon. Yelah. Mungkin harini dia marah aku.

"Taklah. Kenapa omma?" Lega aku apabila dengar yang Woon tak marah. Dia siap angkat muka dari tengok tablet lagi.

"Takde apa-apa... Woon sorang-sorang ke tadi?" Seriously aku rasa sangat bersalah kat anak aku. Dahlah dia satu-satunya anak yang aku dan Seungcheol oppa ada.

"Tak. Woon dengan Minhee dan appa dia..." sekali lagi aku mengeluh lega. Asyik sangat budak ni main tablet sampai bercakap pun tak pandang aku.

"Appa Minhee? Nama dia siapa?" Kenapa aku rasa tertanya-tanya ni?

"Kim Mingu... Kim Minguk? Entahlah omma... Woon lupa..." bertuah betul budak ni. Macam mana nak ingat kalau masuk kereta je terus main tablet? Aish. Ni lah akibatnya kalau anak dibesarkan dengan gajet yang canggih.

Salah Seungcheol oppa lah ni. Manjakan sangat anak teruna dia.

LIES || K.M.GTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang