JISEUL POV
Seminggu selepas kejadian tu, aku dan Mingyu telah bercerai secara sah. Penatlah jugak pergi mahkamah hampir lima hari berturut-turut.
"Lepas ni, kita ikut haluan masing-masing," kata Mingyu. Aku mengangguk kecil.
Aku pergi kearah keluarga Mingyu.
Aku peluk bekas mak mertua aku.
"Omma... maafkan Jiseul kalau Jiseul ada buat salah dengan omma... Maafkan Jiseul kalau Jiseul tak sempurna untuk Mingyu..." airmata aku turun. Omma Mingyu pun turut menangis.
"Appa... terima Junhee eonnie ya? Dia baik. Jangan risau. Dia boleh jadi isteri yang baik untuk Mingyu," aku peluk appa Mingy pula. Appa Mingyu tersenyum tawar.
Akhir sekali, aku peluk Mingyu.
"Terima kasih untuk semuanya , Gyu... selamat tinggal," makin menjadi-jadi tangisan aku. Gila kau tak menangis. Cerai kot. Walaupun aku yang nak sangat cerai.
"Noona... kita pergi sekarang," panggilan Chan menyedarkan aku. Aku tunduk hormat kepada keluarga Mingyu untuk kali yang terakhir.
Ya Tuhan... macam ni ke rasa bercerai? Rasa dia sakit sangat. Sakit macam nak mati.

ANDA SEDANG MEMBACA
LIES || K.M.G
Fanfiction"-aku dah penat nak percaya dengan semua penipuan kau,"