MINGYU POV
Aku pandang rumah aku dan Jiseul yang tersangatlah sunyi masa tu. Bukan setakat sunyi. Tapi rasa kosong. Kosong tanpa Jiseul. Aku tak boleh lupa bila Jiseul ber'fangirling tengok BTS perfom kat Music Bank. Bila dia nangis tengok movie 'Miracle In Cell No.7'. Dan bila dia yang ketawa macam orang gila bila tengok Running Man. Memang benda tu menyakitkan hati dulu. Tapi sekarang, benda tu lah yang aku rindu dan tak boleh lupa.
Jiseul-ah... airmata lelaki aku jatuh disebabkan perempuan bernama Lee Jiseul.
Kalaulah masa tu aku tak jumpa Junhee. Kalaulah masa tu aku tak kahwin dengan Junhee. Kalaulah masa tu aku tak bunuh anak aku sendiri. Mesti aku dah bahagia dengan Jiseul sekarang ni.
"Jiseul-ah... a-aku rindu k-kau," aku peluk gambar perkahwinan kami.
Baru tadi aku cerai dengan dia, aku dah rasa macam ni. Apatah lagi nanti? Boleh ke aku teruskan hidup macam takde apa-apa yang berlaku?
Jiseul... maafkan aku. Selamani aku bodoh dalam menilai kau. Aku menyesal. Menyesal sebab tak ambik berat pasal kau. Menyesal sebab marah kau. Dan, menyesal sebab bunuh anak kita.
Maafkan daku wahai readers sekalian. Yang chapter 25 saia terpaksa update balik sebab saia tengok wordsnya tersangatlah pendek. Mian,mian jikyeojuji mothae mianhae... (ㅋㅋㅋ )