34

2.3K 271 13
                                    

MINGYU POV

"Eo, Woon belum balik lagi ke?" Aku duduk disebelah Seungwoon. Kemudian aku letakkan Minhee diriba aku.

"Belum. Mesti omma tengok pakcik Joongki. Tak pun pakcik Soohyun. Tapi kebelakangan ni, omma selalu tengok abang Bogum kat tv. Omma, omma..." aku ketawa melihat Seungwoon menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Omma Minhee pun macam tu jugak ke?" Dia tanya aku. Alahai, comel betul muka dia ni. Semuanya mirip Seungcheol kecuali hidung dia. Aku tak cakap Seungcheol tu comel okey? Aku cakap anak dia.

"Tak. Omma Minhee suka tengok rancangan kecantikkan..." aku balas sambil usap kepala dia. Minhee pandang aku kemudian tersengih.

"Woon... omma saya suka nampak cantik depan orang... sebab tu lah dia selalu tengok rancangan kecantikkan..." Minhee ketawa apabila mengingatkan Junhee. Mak Minhee memang. Tak padan dengan umur nak 30. Masih jugak nak bermekap mengalahkan anak dara.

"Ouh. Mak awak tengok StarGram eh? Atau Beauty Bible yang ada Jessica noona dan Jaekyung noona tu?" Terkejut aku apabila Woon mengetahui rancangan kegemaran Junhee. Takkanlah Jiseul tengok rancangan tu jugak.

"Macam mana awak tahu Woon?" Minhee tanya Woon.

"Jangan bagitahu orang ya? Omma saya, dia suka melawa kat rumah. Kalau dekat rumah, omma saya pakai mekap tebal-tebal tahu. Dia ikut apa yang orang buat kat tv. Kadang-kadang appa saya dengan saya tak boleh tengok tv waktu petang sebab omma saya, dia sembunyikan remote control. Omma saya ni lain sikit. Dia mekap sampai masa nak makan malam. Jadi, appa sayalah yang kemas semuanya. Kesian appa." Panjang lebar Woon bercerita pasal Jiseul. Haih. Dia betul-betul dah berubah sekarang. Kalaulah aku tak cerai dengan dia dulu, agaknya aku kat tempat Seungcheol ke sekarang?

"Woon-ah... maafkan omma... tadi omma tertidur. Omma mintak maaf sangat-sangat," aku nampak Jiseul berlari kecil kearah Seungwoon. Sayang betul dia kat anak dia sampai mintak maaf berkali-kali walaupun Seungwoon tak marah kat dia. Siap kelip-kelip mata lagi.

Takpelah omma... Woon tak apa-apa. Lagipun papa Gyu ada temankan Woon..." aku terkejut bila dia panggil aku papa. Tapi, lebih kepada gembira sebenarnya.

"A-apa yang Woon cakap ni?" Jiseul tergagap-gagap bertanya kepada anak dia.

"Yelah... kan Woon dah ada appa, Seventeen Daddy. Cuma papa je Woon takde. Boleh kan Woon panggil appa Minhee, papa?" Seungwoon pandang aku. Cepat-cepat aku mengangguk kemudian mendukung dia.

Dia ketawa suka.

"W-woon-ah... balik jom..." Jiseul ambik Seungwoon dari dukungan aku. Kenapa dia macam tak suka bila anak dia panggil aku papa?

"Omma! Annyeong!" Minhee melambai Jiseul. Jiseul lambai kat dia balik. Tapi, dia tak pandang aku pun.

JISEUL POV

"Woon-ah... lepas ni, jangan panggil appa Minhee papa okey?" Aku cakap kat Seungwoon yang tengah fokus bermain game itu.

"Kenapa?" Dia tanya aku dengan muka innocent. Yelah. Budak-budak kan?

"Omma cakap jangan, jangan okey?" Aku takut dia tersasul kat depan Seungcheol. Mahu mati aku dimarah Seungcheol. Dia pernah cakap kat aku yang kalau boleh dia taknak aku jumpa dengan Mingyu lagi.

"Okeylah..." nasib baik Seungwoon tak degil.

LIES || K.M.GTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang