JISEUL POV
"Awak okey ke?" Seungcheol tanya aku. Nampak macam aku okey ke?
Aku angguk je. Malas nak panjangkan hal tu.
"Tu tadi, suami awak eh?" Dia tanya lagi. Aku pandang dia sekilas. Kemudian aku mengeluh.
"Ya..." aku jawab singkat dan tidak lama selepas itu, aku menunduk.
"Ou... belum cerai?" Aku diam sekejap. Kemudian aku menggeleng. Bukannya dia nampak pun. Dia tengah memandu.
Kami berdua sama-sama diam. Tak tahu nak cakap apa.
"Erm, Seungcheol-sshi... kenapa awak cakap saya kekasih awak?" Aku cuba buka topik memandangkan suasana masa tu tersangatlah kekok.
"Salah ke?" Dia tersenyum dan pandang aku.
"T-tengoklah depan..." aku tegur dia dari terus pandang aku. Pipi aku rasa panas. Aish.
Dia ketawa kecil.
"Jiseul-ah, saya su-" tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada chat dari aplikasi LINE. Serta -merta percakapan Seungcheol terpotong.
Chat tu daripada Mingyu.
"Huh," aku mengeluh kecil.
"Siapa?" Tanya Seungcheol. Mungkin dia dengar aku mengeluh kot.
"Suami saya," aku pandang ke tepi tingkap. Dia pula terus memandu.
Mingyu suruh aku jumpa dia kat Sungai Han sekarang. Mesti pasal tadikan? Entah apalah yang si Junhee tu mengadu kat dia.
"Seuncheol-sshi... awak turunkan saya di sini ya?" Aku kata kepada Seungcheol.
"Kenapa? Awak nak pergi mana? Macam mana kalau Dino tanya nanti?" Uish. Banyaknya soalan kau. Tapi dia tetap berhenti.
"Awak cakap dengan dia saya jumpa suami saya... terima kasih sebab tumpangkan saya..." aku menutup pintu keretanya. Tidak lama selepas itu, sebuah teksi menhampiri aku.
"Ahjussi, hantar saya ke Sungai Han," ahjussi itu mengangguk.