18

2.8K 326 3
                                    

JISEUL POV

"Awak diterima bekerja, Ci- maksud saya Puan Lee Jiseul..." aku diterima? Wah!

"Terima kasih, Encik Choi. Terima kasih sangat," aku menunduk berkali-kali tanda berterima kasih kepadanya.

"Ya. Sama-sama. Erm, boleh tak panggil saya Seungcheol je? Lagipun kita sebaya kan?" Kata Encik Choi a.k.a kawan adik aku iaitu Seungcheol.

"Baiklah, Seungcheol," aku tersenyum dan segera meminta diri. Tak sabar nak beritahu Chan. Mesti dia gembira.

"Chan! Noona diterima bekerja!" Aku melompat-lompat gembira. Kesah apa aku Benon tengok.

"Woi, Benon! Kenapa kau tengok noona macam tu?" Tanya aku kepada dia. Pelik.

"Noona ni 21 tahun ke 2 tahun sebenarnya?" 2 tahun?! Kurang ajar betul si Benon ni. Siap kau. Aku jeling Benon yang tengah ketawa macam orang kena sawan tu.

"Kya! Benon Hansol Chu! Sini kau!" Aku panggil Benon yang sedang melarikan diri dari aku.

"Noona. Vernon Hansol Chwe laa," tegur Seungkwan. Lah. Salah sebut rupanya. Hehe.

"Aku tahulah. Sengaja je panggil dia macam tu," kononnya sengaja. Tapi sebenarnga nak cover malu.

"Dah salah sebut tu, mengaku jelah kan, Hoshi hyung?" suara si Dokyeom tu aku dapat dengar walaupun dia 'tengah berbisik' dengan Hoshi. Berbisik ke tu kalau suara dia tengah mengumpat kita bokeh dengar?

"Woi! Macam tu ke berbisik? Aku dengar apa yang kau cakap tu, Dokyeom," aku jeling dia. Dia ni pun satu. Spesies Benon. Eh, silap. Vernon. Dia ketawa terkekek-kekek. Si Hoshi pulak tumpang sekaki. Bertuah betul.

Tak sangka aku boleh rapat dengan mereka secepat ni.

Ting!

Aku dapat notification dari LINE. Aku fikir siapa lah yang chat aku, rupanya Mingyu.

Dia suruh aku datang ke rumah dia. Mesti pasal surat penceraian tu.

LIES || K.M.GTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang