JISEUL POV
"Woon-ah... pergi taman jom... omma bosanlah sayang," aku dukung Woon yang baru bangun tidur itu.
Jahat tak aku? Anak baru bangun tidur terus ajak pergi taman.
Dia angguk.
"Okey... sekarang kita basuh muka dulu, tukar baju..." aku terus bawak dia ke bilik air.
MINGYU POV
"Appa... Minhee nak ke taman..." Minhee mengelipkan matanya berkali-kali.
"Okey, jom!" Aku dukung dia dan cium dia berkali-kali.
"Junhee, oppa nak bawak Minhee pergi taman," aku sedikit menjerit supaya isteri aku yang kat dapur boleh dengar.
"Ok," dia jawab singkat.
KAT TAMAN...
"Appa! Nak aiseukerim..." Minhee tarik tangan aku kearah penjual ice-cream itu.
"Omma,omma... nak aiskeurim..." kedengaran suara budak seusia Minhee minta omma dia belikan dia ice-cream. Memang budak-budak sebut ice-cream berbeza-beza eh?
"Encik, saya nak vanilla satu, coklat satu." Serentak aku dengan omma budak tu bercakap. Aku pandang dia, dan dia pun pandang aku.
Masing-masing terkejut.
Tak lama lepas itu dia mengalihkan pandangan dia kearah penjual ice-cream tu semula.
"Eo! Minhee," Seungwoon memanggil Minhee.
Ya, omma budak tu Jiseul.
"Seungwoon-ah, annyeong! Eo. Annyeonghaseyo, Seungwoon omma..." Minhee menunduk hormat kearah Jiseul.
Jiseul balas dengan senyuman.
Lepas masing-masing dapat ice-cream, Minhee dan Seungwoon main sama-sama.
"Kita duduk kat sana," aku tunjuk satu kerusi panjang yang terdapat di hadapan gelongsor itu. Dia mengangguk.
"So, how's life?" Aku tanya dia.
"Okey je..." dia jawab singkat.
JISEUL POV
"Erm. Mingyu-sshi, bukan ke sepatutnya anak awak 5 tahun?" Seriously aku tertanya-tanya. Yelah. Masa aku bercerai dengan dia, bukan ke anak dia dah nak lahir?
"Huh. Minhee tu anak kedua aku. Anak pertama aku dah takde sebab jantung dia lemah. Dia tinggalkan kami selepas seminggu dia lahir..." dia nampak sedih. Kesiannya.
"Erm. Maafkan saya..." aku pandang dia sekilas.
"Takpe..." dia senyum kearah aku.
Aku tengok jam dah pukul 5:15 petang. Lama sangat dah aku keluar ni. Dari pukul 4 tadi lagi.
"Mingyu-sshi, saya balik dulu ya? Kejap lagi suami saya nak pulang dari pejabat..." aku berdiri.
Aku menuju kearah Seungwoon yang asyik sangat bermain dengan Minhee.
"Woon-ah... jom balik. Kejap lagi appa nak sampai," aku mencangkung depan dia.
"Oklah, Minhee... saya balik dulu... esok kita jumpa lagi. Annyeong. Minhee appa, annyeong," dia lambai Mingyu. Mingyu lambai dia balik sambil tersenyum.
Aku sempat mengusap kepala Minhee. Geram sangat aku tengok dia. Comel.