(HP Exclusive) Bab 6: Hot Battle

13 2 4
                                    

Segumpal bebola api yang besar muncul ditangan Danial. Besarnya lebih besar daripada bebola besi yang digunakan oleh pekerja kontrak untuk meruntuhkan bangunan. "Ehahahaha!RASAKANLAH PENGKHIANAT!! AMBIK NI ! " Kata Danial. Dia melontarkan bebola api itu kearah Nero afiq kane dan nana. Secara tidak langsung kane menyerang bebola api itu bertubi tubi. " Tembakan air bertubi tubi !! "Kata kane. Serangan yang dilancarkan oleh kane tidak berkesan. Sedang mereka asyik menyerang bebola api itu,Nero mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Namun tindakan itu disedari oleh Danial. "Oi!!! Kau nak lari ea..!! " kata Danial dengan senyuman sinis. "Nanti dulu aku ada saguhati untuk kau" kata danial dengan nada yang agak rendah. Dia memusing musingkan kedua dua tangannya membentuk satu bulatan api. Danial memegang bulatan api itu sambil tersenyum. Kemudian tangan kirinya menarik bulatan api itu lantas bulatan itu menjadi dua. Danial membuka matanya. Kini matanya juga turut berapi. "Terimalah saguhati daripada aku ni!! Lingkaran api!!"

Sambil itu,kane nana dan afiq sedang sibuk memadamkan bebola api gergasi yang kian mendekati mereka. "Tak ada pilihan lain. Meriam ais.. tembakan beku!! " kata kane. Tangan dan lengan afiq diselaputi ice yang sangat tebal,kepingan kepingan salji melekat pada lengan afiq dan membuat suatu pusaran (sebenarnya pusaran tu x de function pon just hiasan) . Afiq menembak ke arah bebola api itu bertubi tubi menggunakan meriamnya. Kane juga turut berusaha memadamkan bebola api itu. Nero kini berhadapan dengan lingkaran api yang banyak. Semakin danial mengepal tangannya semakin banyak lingkaran api. 'Methenix sekarang masa nya.' Ucap Nero perlahan. Methenixbot menembak lingkaran api itu bertubi tubi. Tetapi...semakin lingkaran itu ditembak ia akan menjadi dua. Danial menggenggam tangannya dengan lebih kuat. Tiba tiba muncul deduri tajam yang mengelilingi lingkaran api itu.

Afiq terus menembak bebola spi itu. Usahanya mendatangkan hasil bebola api itu semakin membeku. Lama kelamaan hanya tinggal suku sahaja daripada bebola api itu yang harus dipadam. Afiq kini menembak bebola itu menggunakan peluru salji yang lebih besar saiznya (sebesar bola keranjang). Sebaik sahaja afiq melepaskan tembakan itu,bebola api itu terus membeku tiada setitik pun bahagian yang tertinggal. Ini menyebabkan bebola itu menjunam dengan laju. "Nana tembak!!" Jerit Afiq. Nana menghalakan tangannya ke hadapan. Dia membentuk jalinan urat urat petir yang menjalar seperti akar. Dia menyatukan jalinan urat urat petir ditangan kirinya itu dengan tangan kanan lantas urat urat petir itu melilit satu sama lain. "Super Maximum Elektroid Blast!!" Jerit Nana kemudian melepaskan tembakan kearah bebola api yang sudah beku itu. Bebola api (beku) itu pecah,berkecai,bertaburan dan yang sewaktu dengannya bagaikan hujan kristal. Namun,kristal kristal ice itu tidak lama. Ianya mencair disebabkan tenaga haba yang dihasilkan oleh danial semakin melampau. Senang kata jemur baju boleh kering bukan kering jer letak kertas satu minit pun boleh terbakar. Begitulah tahap kepanasannya.

Hero Parltren EXCLUSIVEWhere stories live. Discover now