Berpuluh puluh meteor berapi menjunam seperti hendak menghentam bumi. Nero terkedu apabila melihat tindakan Danial. 'Erghh..Methenix serang,guna peluru GRANIEX..!!' Arah si Nero kerana kegeraman. Muncul beberapa bukaan di badan methenixbot yang menempatkan peluru graniex itu. Tembakan telah dilancarkan kearah meteor meteor yang menjunam ke bawah itu. Satu percikan api terhasil apabila meteor berapi itu berkecai kerana ditembak. "Ishhhhh..kau ingat kau boleh lawan aku!!?? Hujan panah berapi!! Panah berapi itu menghujani kawasan itu. Nana ,Kane dan Afiq yang dari tadi berada di atas bumbung kapal cemas apabila melihat serangan Danial itu. "Kita mesti hentikan danial..panah dan meteor ni boleh jatuh ke bawah dan kemungkinan akan merosakkan bandar dan mencederakan orang awam" kata Afiq panjang lebar. "Betul tu kita kena cepat" kata Nana pula. "Korang ada idea ke?" kata Kane pula. "Kane bina lantai daripada air setebal yang boleh aku akan ke bawah untuk membuat tiang bagi menahan lantai ini. Nana, Afiq nak Nana terbang sekeliling meteor dan panah api itu selaju yang boleh untuk mengurangkan oksigen dengan itu api tu tak akan menyala. Gerak sekarang!" arah Afiq seolah olah Kapten dan pasukannya yang sedang bertempur dimedan peperangan. Mereka pergi melakukan seperti apa yang diarah oleh Afiq. "Sumber air..mana aku nak cari aku tak boleh buat air sendiri kerana itu memerlukan sejumlah tenaga yang banyak..Urmm hah!di taman ada air lah."getus hati Kane. Kane menurunkan tangannya ke bawah membuat gaya seolah olah mengangkat sesuatu. Perlahan lahan dia mengangkat tangannya ke atas. Secara tidak langsung muncul satu bebola air gergasi. Sebenarnya itu merupakan air dari tasik di taman. Kane melandaikan tangannya seolah olah meratakan sesuatu. Bebola air gergasi tadi mengikut segala pergerakan tangan Kane. Afiq yang berada dibawah sedang sibuk membina dua batang tiang berbentuk silinder menggunakan ais. Dia terbang ke atas untuk menambahkan lagi ketinggian tiang. Apabila tiang sudah sampai ditahap sepatutnya dia mewujudkan pencengkam untuk mencengkam lantai air itu. Nana pula sedang sibuk terbang mengelilingi meteor dan panah api itu dengan laju. Apabila kane selesai membentuk lantai air yang tebal dia meletakkan diatas tiang yang mempunyai pencengkam itu. Afiq pula terbang dan menghentakkan kakinya pada permukaan lantai air itu secara tidak langsung lantai air itu membeku. Tujuan mereka membina lantai itu adalah bagi menghalang meteor dan panah dari sampai ke tanah. Nero masih lagi menembak kearah meteor api itu. Hanya tinggal beberapa lagi meteor dan panah api yang tinggal. "Apa!! Kenapa korang bantu alien ni!! Korang dah mengkhianati aku!!!!"jerit Danial seperti orang histeria. Nampaknya danial sudah tidak boleh mengawal dirinya. Api yang menyelubungi nya juga semakin marak. "Apa kita nak buat dengan danial" tanya Kane. "Nana~tak~tau~~~" kata nana dengan nada seperti kepeningan. "Kau orang juga perlu diajar nampaknya..hergh.. bebola api superb " kata Danial
…………………………………………………
Hye readers..author nak minta maaf yer kalau novel ni banyak typing error..actually handphone author ade masalah sebab tu lah dia 'hang' yang mana perkataan tak faham tu anggaplah macam jawab soalan..TULISKAN AYAT YANG BETUL BAGI MENYAMBUNG PERKATAAN DIBAWAH..ahahaha..buat lawak pulak..selamat membaca.. = ̄ω ̄=
………………………………………………
YOU ARE READING
Hero Parltren EXCLUSIVE
FantasíaAfiq dan rakan rakan telah termasuk kedalam Galaxy Neuron akibat pusaran hitam yang dihasilkan oleh alien bernama NERO..saksikan pertempuran epik yang akan berlaku di medan ELVITA...hanya di wattpad