Kane yang dari tadi menundukkan kepala terus memandang gigabot apabila mendengar tentang SPIRIT yang dimiliki. "Jadi apa motif dia menculik nana?" Tanya afiq. "Macam yang aku cakap tadi nana mempunyai dark spirit.." kata gigabot. "Aku pon ade dark spirit kenapa tak nak tangkap aku?" Tanya danial. "Dark spirit nana tak menonjol, ia terselindung di sebalik kelembutan nana. Jadi dark spirit nana lebih kuat. Mungkin...alamak! Mungkin Nero nak gunakan dark spirit dia!" Kata giga cemas. "Untuk apa?" Tanya danial. "Dijadikan senjata. Nana amat kuat kalau dark spirit dia menonjol. Dia akan dijadikan senjata hidup. Lepas habis jer Nero gunakan Nana dia pasti mengambil kuasa nana!" Kata giga lagi. "Kenapa dia nak hapuskan nana?" Tanya danial. "Ishhh kau ni takkan dia nak biarkan ada orang yang lebih kuat daripada dia!!" Marah gigabot. "Apa rancangan kita?" Tanya afiq. "Cari unsur spirit dalam badan korang." Kata gigabot. "Eh aku dapat kesan SS-12!" kata gigabot lagi. "SS-12?" Tanya Afiq. "Kapal angkasa Nero.. ia ada dekat hutan pinggir bandar!" Terang gigabot. "Jom kita kesana." Katas danial bersemangat.
_____________Di SS-12_____________
''Encik, kenapa encik culik saya?" Tanya nana. 'Baru sekarang kau tanya? Hahaha jangan risau aku hanya nak jadikan kau macam aku jer..hahaha' kata Nero. "Macam awak? Macam mana?" Tanya nana pelik. 'Kau ada dark spirit nana. Amat kuat. Kau sama macam aku. Tapi dark spirit kau tak menonjol. Aku akan buat ia menonjol sekarang." Kata Nero. Dia menekan beberapa huruf di papan kekunci dan menekan satu butang sebesar tapak tangan lalu muncul benda seperti rak tabung uji. 'Hahaha jangan risau, serum ni tak akan menyakitkan. Owh ia juga akan membuatkan kau ikut arahan aku..hahahaha' kata Nero. Nana meronta sewaktu Nero hendak menyuntik Nana tapi apakan daya Nana tidak mampu untuk melawan. Akhirnya Nero berjaya menyuntik Nana. Nana mendengus kesakitan sambil menjerit seperti orang histeria. Satu cahaya bergemerlapan didalam SS-12. Besi yang membaluti tubuh nana meletup seperti Bom. Kini,nana telah berubah rambutnya hitam berbelang pink. Matanya yang bewarna coklat hazel juga bertukar menjadi hitam. Satu aura kegelapan menyelubungi nana. Nana telah tenggelam kearah kegelapan. Satu letusan terjadi di bahagian barat kapal. Nero terus memeriksa skrin besar itu diikuti nana yang berjalan kearah skrin itu lagak pahlawan gagah. 'Hehe..budak budak tu..nana,masanya dah tiba' kata Nero lalu menepuk bahu nana. Muncul satu corak berbentuk sisik ikan yang lutsinar di serata badan nana. Sisik ikan itu berubah menjadi sut beserta topeng sama seperti Nero.
Di luar kapal
Afiq dan Danial terus menembak kapal angkasa besar itu menggunakan bebola api dan ais. Kane hanya merenung kapal angkasa itu dengan tajam. Hatinya membara kerana nana diculik. Tiba tiba muncul bebola air disekelilingnya. Kane menyerang bertubi tubi seperti melepaskan geram sehingga dinding luar kapal angkasa tersebut kemik. Tiba tiba afiq danial dan kane di lilit oleh akar akar berduri. "Eh eh, apa ni?" Tanya Danial sambil meronta. Tiba tiba pintu kapal angkasa itu terbuka. Muncul kelibat nero yang sedang mengangkat tangannya paras bahu. Tangannya diselubungi aura hijau muda dan hitam. 'Hahaha...Hero Parltren? Untuk apa kau datang sini?' Tanya Nero sinis. "Mana nana! Pulangkan nana!!" Jerit Afiq terpekik terlolong. Kane merenung nero dengan pandangan yang amat menakutkan. Tiba tiba akar yang melilit badanya terputus. Ditangan kane terdapat satu senjata seperti sabit. Nero memunculkan lagi akar akar untuk menyerang kane. Kane bergerak dan mencantas akar akar itu dengan pantas. Afiq dan danial terkedu. Kane membaling sabitnya kearah afiq dan danial. Lantas akar yang melilit badan mereka terputus. "Wah hebatlah kane macam ninja! (thumbs up)" puji danial. 'Ouh korang nak ninja? Boleh tak de hal..' kata Nero. Muncul satu asap hitam yang berpusing pusing. Apabila asap itu hilang,muncul satu kelibat manusia seperti perempuan. "Nana?" Kata afiq perlahan. Perubahan nana menyebabkan afiq danial dan kane terkejut. Riak wajah kane tampak berubah. Terkejut berbaur marah. ' Hai ' sapa nana sambil merenung tajam. "Ap..apa kau dah buat kat nana hah!!" Jerit kane yang dari tadi membisu. 'Jangan biadab' kata nana. Dia memunculkan satu objek seperti petir ditangannya lalu melemparkannya kearah kane. Kane menahan serangan itu dengan menggunakan tembok air. Apabila kane menghilangkan tembok itu nana juga hilang dari pandangan mata. "Kane!! Belakang kau!!" Jerit afiq dan danial serentak. Apabila kane menoleh kebelakang satu tumbukan padu hinggap di pipinya. Terasa kebas pula. Aura hita makin membuak buak di sekeliling nana. Satu bebola elektrik muncul ditangan kiri dan kanannya. Bebola itu dilepaskan kearah kane. Kane terketar ketar apabila bebola itu tepat mengenai perutnya. Dia tertiarap di atas tanah. Nana menoleh ke arah afiq dan danial. Tiba tiba satu bebola api meluru laju kearahnya dengan sekelip mata nana berada diantara afiq dan danial. Dia menepuk bahu afiq dan danial. Serta merta dua sahabat itu terkena renjatan elektrik. 'Syabas nana syabas..' kata Nero seraya menepuk tangan.
YOU ARE READING
Hero Parltren EXCLUSIVE
FantasyAfiq dan rakan rakan telah termasuk kedalam Galaxy Neuron akibat pusaran hitam yang dihasilkan oleh alien bernama NERO..saksikan pertempuran epik yang akan berlaku di medan ELVITA...hanya di wattpad