Kane membuat gaya seperti orang hendak melamar. Kepalanya tunduk manakala tangan kanannya dikepal dan diletakkan di permukaan tanah. Kane bangkit lalu memandang bengis kearah danial. "Erk..janganlah pandang cam tu kane..tau lah aku hensem.." kata danial selamba. "Perampas..kau akan rasakan dendam yang tersemat kat hati aku ni!" Kata kane tegas. " serangan taring jerung " kata kane. Beberapa butir objek seperti taring keluar dari tangan kane. Danial terbang ke langit untuk mengelak. "Apa kena dengan kau ni? Buang tebiat ker?? Tiba tiba marah and serang orang. Lepastu cakap aku perampas. Rampas apa??" Tanya danial seolah tidak puas hati. Kane tidak menjawab sebaliknya dia tunduk sambil mengepal tangannya. "Clynyx raksasa air" kata kane. Satu pusaran air terhasil diudara semakin lama putarannya semakin laju. Lama kelamaan putaran itu hilang. Ia hanya meninggalkan kabus sahaja. Danial yang terapung mengamati kabus itu kerana dia merasakan ada sesuatu disebaliknya. Dia tenung...tenung......... dan terus menenung sehingga muncul satu kelibat benda hidup yang hodoh menyergahnya. Hampir putus nyawanya ketika itu. Danial melatah kerana terkejut dan menumbuk raksasa itu akibat tindakan rangsangan. Dia memang tidak sengaja. Raksasa air itu mengaum dengan kuat seolah marah. "Ops sorry..sakit ke?-_-||" tanya danial tetapi pertanyaannya dibalas dengan ngauman dahsyat. Raksasa itu mula bertindak. Dia melompat dan cuba untuk menangkap danial tapi sayang danial lebih tangkas daripada yang dijangka. Di satu sudut kelibat wanita sedang berpeluk tubuh dilihat. Itu ialah nana yang sedang tersenyum melihat kemahirannya menggunakan kuasa kegelapan. Dia pergi kearah nero yang sedang terduduk menahan serangan daripada afiq dan danial tadi. "Diorang belum tahu kekuatan aku..cepat ambil energy transferter itu!" Arah kane. Nana mengangguk. Dia terus berjalan kearah gigabot yang separa sedar dan mengurung gigabot ke dalam medan kegelapan yang dapat menahan segala unsur tenaga. Nana berjalan kearah nero setelah mengurung gigabot kemudian nero dan nana hilang sewaktu pancaran laser merah muncul. Danial terus mengelak daripada di tangkap oleh raksasa itu. "Argghh afiq tolong aku ::>_<:: Apa salah aku??" Rayu danial. "Salah kau adalah kau rampas nana dari aku" "mana ada!!" "Orang kalau dah berak tepi jalan mana nak mengaku" "Aku tak suka dialah!!". Perbualan antara danial dan kane semakin menjadi jadi. "Aku kata tak buat tak buat lah!! Ishh kau nak lawan kan,meh sini bahang mentari!!!! " kata danial. Serta merta cuaca yang redup bertukar menjadi panas lebih panas daripada kepanasan yang kita selalu alami. Tiba tiba raksasa air itu meraung kesakitan kerana separuh daripada badannya telah tersejat. Kane berasa geram dia memusing musingkan tanganya lantas ditolak ke langit. Raksasa air yang mengikut segala pergerakan kane berubah menjadi cecair dan terbang kelangit seperti arahan kane. Tiba tiba hujan turun dengan lebatnya. Afiq berasa takut. Dia sudah boleh agak apa yang akan dilakukan oleh kane terhadap danial nanti. Afiq mengambil kesempatan itu untuk membekukan semua titik titik air hujan. Kemudian dia menyatukan air hujan yang beku itu menjadi bebola aisberg lalu dicampakkan kearah kane. Kane hendak menyerang bebola aisberg itu dengan air tekanan tinggi tetapi dia membatalkan niatnya. Dia tersenyum sendirian sambil melepaskan genggaman tangannya yang dipenuhi air. Apabila bebola itu semakin dekat,dia melancarkan serangan. " Pukulan badai " kata kane. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bebola aisberg itu berubah menjadi cecair semula sebelum sempat dia memukulnya. Cecair itu menghentamnya lalu membaluti tubuhnya kemudian membeku semula. Danial merendahkan apungan dirinya. "Hah! Bagus kau tangkap dia..biar aku ajar dia..kelubung api!! " kata danial. Beberapa jalinan api sedang bergerak pantas kearah kane. Danial memutarkan pergerakannya menyebabkan serangannya radi bertukar menjadi serangan bebola api berpusar. Bebola api itu meluncur lebih laju. Jarak antara bebola api itu dengan kane hanya sedepa sahaja. Afiq mula bertindak. " ribut salji " kata afiq. Ribut yang dihasilkannya melayangkan bebola api itu jauh ke ufuk timur. "Kenapa kau hentikan serangan tadi?" Tanya danial. "Dia kawan kita danial, kalau kau bertindak macam tu kau boleh membunuh dia." Jawab afiq tenang. "Ergghh! Menyampah betullah!!" Bentak danial. "Dia diselubungi kegelapan" kata afiq. Danial yang membentak tadi memalingkan muka kearah afiq sambil berkata "apa maksud kau dan macam mana kau tau?". "Hurmm..aku rasa aku dah jumpa healer power tu..dan aku rasa aku boleh sembuhkan kegelapan dihati kane.." jelas afiq. Amarah danial mula reda. Afiq memandang tapak tangannya yang digenggam kemudian dia menutup matanya dan membuka telapak tangannya. Satu cahaya putih kebiru biruan muncul di tapak tangan afiq. Danial yang sedang memerhati itu membesarkan tubir matanya kerana teruja. Afiq melemparkan cahaya itu kearah dahi kane. Cahaya itu meresap masuk kedalam badan kane menyebabkannya bersinar seperti bintang. "Woah such a sorcerer!!" Kata danial sambil menepuk tangan. Keadaan kane sedikit demi sedikit pulih. Kelopak matanya yang di tutup serta merta dibuka lantas menjerit "Nero". Afiq dan danial yang melihat keadaan itu terkejut. Akibat terlalu leka akan pergaduhan sesama sendiri mereka terlupa akan nero. Afiq membesarkan bebola matanya lalu bertanya "Gigabot mana!". Rakan rakan seperjuangan afiq tidak menjawab sebaliknya memalingkan kepala kekiri dan ke kanan. "Nero!!" Jerit afiq lantas terbang dengan laju diudara. Danial hendak mengikuti afiq tetapi ditahan oleh kane. "Eh eh kau nak pergi mana lepaskan lah aku.." pinta kane. Danial hanya tersengih. Dia mencairkan ais yang membaluti tubuh kane. Persahabatan yang hampir musnah dapat dibina semula. Danial dan kane terus terbang mengikuti afiq. Apabila berada berdekatan afiq,danial bertanya "apa yang kita nak buat?". "Gunakan spirit kau,ganggu penerbangan nero" arah afiq. "Aku cuba.. dark spirit, phoneix gergasi bangkit haang nero daripada meneruskan perjalananya patuhi dan taatilah segala arahanku bangkitlah!" Kata danial. Muncul kelibat oren yang terbang keudara dari belakang danial. Seekor burung api yang besar sedang terbang di atas mereka. Burung itu mengibaskan sayapnya dengan kuat dan meluncur laju mencari kapal nero. "Dah jumpa! Phoneix hentam kapal tu dan buat diorang rasa macam sauna" arah danial. Burung api itu kemudiannya menghentam kapal nero.
YOU ARE READING
Hero Parltren EXCLUSIVE
FantasyAfiq dan rakan rakan telah termasuk kedalam Galaxy Neuron akibat pusaran hitam yang dihasilkan oleh alien bernama NERO..saksikan pertempuran epik yang akan berlaku di medan ELVITA...hanya di wattpad