perlarian

382 7 0
                                    


Aku tahu mungkin cerita ni akan kedengaran sangat tidak masuk akal. Atau bodoh. Atau mengarut. Korang boleh berhenti kalau korang tak sukakannya. Tapi yang pasti ini cerita aku. Bagaimana aku bercerita atau bagaimana aku menggubahnya, ianya terpulang pada aku.

Dan aku tak nak bercerita panjang sebab melanjut-lanjutkan cerita hanya akan membuatkan orang tertunggu dan tertanya-tanya dan ia akan menimbulkan satu perasaan yang tidak senang seperti rasa tidak sabar dan teruji. Sejujurnya, aku tidak suka bagaimana kesabaranku diuji sebab perkara yang akan timbul selepas itu, semestinya bukan satu perkara yang enak untuk diberitahu.

Dan sekarang, aku rasa aku sudah banyak menghabiskan ruang dan masa untuk beberapa baris ayat di atas. Satu... pembaziran.

Pada yang masih di situ dan sudi mendengar (membaca) cerita aku. Terima kasih.

Okay, aku mulakan dengan satu perkenalan yang ringkas. Nama aku, panggil saja Kyu dan usia aku 17 tahun. erm, tak, tak perlu rasanya untuk tahu nama penuh aku. Untuk apa? Mungkin untuk diceritakan pada orang lain atau untuk digoogle secara detail. Tapi korang boleh panggil aku Q. sebab? Sebab aku sukakannya. Q dan Kyu... sebutannya yang sama tapi strukturnya yang berbeza menerangkan bagaimana kompleksi dan kombinasi mampu memanipulasikan bunyi.

Sama seperti aku. Manipulative.

Okay, ini membosankan. Sumpah. Mungkin aku patut terus 'get into the point'. Cerita yang sebenarnya aku nak kongsi di sini. Dari mana aku patut mula ya? Em, masa aku bunuh dia? Tak, tak. Aku patut cerita sebelum tu. Sebelum 'sebelum tu' sebab korang perlu tahu reason kenapa ianya berlaku bukan? Jadi aku akan cerita perkara 'sebelum sebelum tu'.

Oh ya. Cuma nak beritahu di sini. Bukan niat aku nak bongkak atau riak tapi ini penting untuk buatkan cerita aku korang faham, faham? Sebenarnya, aku boleh membaca. Yes, sound too mainstream, tipikal.

Tapi aku boleh membaca fikiran orang. Sekarang, bunyi dia pelik, bukan?

Ye, korang boleh berhenti kalau korang nak. Terpulang. Bukan ke aku dah pesan dari awal?

Sebab 'benda' inilah aku berhenti bergaul. Berhenti bersosial dan terlibat dengan masyarakat. Korang ingat seronok ke boleh baca fikiran orang, huh? Ianya sangat teruk! It sucks! Korang dapat tahu betapa hipokritnya manusia! Betapa teruknya dunia, seriously. Masing-masing sembunyikan kepalsuan disebalik senyuman. Aku bencikannya. Aku benci bila dengar mulut diorang kata lain tapi fikiran kata lain. Aku benci diperbodoh-bodohkan.

Dan selepas itu, aku ambil keputusan untuk diam dan larikan diri dari manusia. Hidup sendiri lagi mudah dari terus-terus mendengar kebenaran disebalik pembohongan manusia. Sekali lagi, it sucks!

Tapi bukanlah suara-suara fikiran itu datang terus-terusan pada aku. Cuma kadang-kadang, dia datang sekaligus, bercampur-campur antara suara-suara itu. Dan kadang-kadang aku tak boleh dengar langsung.satu-satunya cara untuk aku baca fikiran orang itu secara individu ialah dengan fokus kepadanya dan asingkan dengan suara-suara yang lain.tapi aku jarang sekali lakukannya sebab aku tak berminat. Dan proses itu bukanlah senang.

Oh ya, maaf maaf. Aku patut tekankan cerita yang aku nak ceritakan dekat korang dan bukannya terus-terus mengetengahkan soal ability aku yang aku rasa tak seberapa meng'kagum'kan ni.

Tapi sekarang dah terlalu lewat (1.20 pagi) dan aku perlu fokus dengan cerita (After The Fall). Aku tak boleh teruskan cerita ini tanpa keinginan dan semangat jadi... aku nak hentikan dulu di sini. Cukuplah ni semua sebagai pengenalan.

Aku janji akan sambung, jangan risau.

Sebab aku memang manipulative tapi aku bukan jenis mungkir janji.

PR0F1LEWhere stories live. Discover now