REMARK

57 8 0
                                    

"Kita ada life"

"Abang.... Q.... Dua dua punya hidup. Abang taknak Q sia siakan life Q. Abang cuma ada Q sorang je as family."

"Kita ada satu sama lain je, Q."

Tak. Salah.

Dia ada Farah Ain. Dia ada kawan. Dia ada kerja. Dia ada semuanya.

Yang takde apa apa tu cuma aku.

Aku pejam mata sambil sandar badan pada kepala katil. 2 minit kemudian, bukak mata balik dan pandang Khai yang still lagi renung aku.

"Life sucks"

" aku penat Khai. Sumpah penat."

"Aku taknak benda ni. Tapi kenapa aku dapat benda ni!? Ingat senang aku nak hidup dalam kelompok manusia dengan boleh tahu apa yang terkandung dalam fikiran diorang??"

"Q..." Khai langkah makin dekat.

"Diorang semua hipokrit! Hati busuk macam air longkang! Depan sembang baik tapi dalam fikiran jijik! Nak nampak baik kononnya."

"Aku cuma nak...."

"Hidup normal."

Aku pandang Khai. Aku tahu aku nampak sangat menyedihkan waktu ni. Tak tahu kenapa tapi semua kebencian yang aku tanam pada Khai terasa seperti ditarik keluar, diganti dengan rasa aku perlukan dia. Ini tak betul. Tapi entah, aku cuma taktahu.

Dia ambil tempat di birai katil. Pegang bahu aku sambil tepat panah mata aku, sayu.

"Abang tahu. Abang tahu family kita dah hancur lepas papa dan mama meninggal. Lebih teruk bila Q terus terang pasal ability Q. Abang tahu abang tak patut buat Q macam tu. Abang tak patut buat keputusan untuk hantar Q ke pusat mental."

Dia tunduk. Bahunya terhenjut henjut. Pertama kali aku lihat Khai menangis sebab aku.

"Abang seorang abang yang teruk. Abang bukan pemimpin keluarga yang baik. Abang mintak maaf..."

Dia tarik bahu aku rapat pada dia. Dia peluk aku erat sambil menangis. Entah kenapa hati aku rasa hiba, cuma tiada tangisan yang keluar. Mata aku kering.

"Maafkan abang, Q..."

Fikiran aku mahu menolak dan leraikan pelukan dia tapi entah bagaimana tubuh aku enggan, menentang keinginan akal waras aku. Rasa terlalu selesa dalam pelukan Khai. Rasa selamat dan dilindungi.

A warm hug from a brother.

"Jom mula hidup baru."
Khai bisik pada aku.

"Abang akan jaga Q. Kita buka buku baru. Abang akan bawak Q jalani kehidupan normal."

"Hidup sebagai seorang yang normal."

PR0F1LEWhere stories live. Discover now